BAB 5

Romance Completed 9263

“Dah kamu bergurau macam tu, ayah apa lagi. Ayah pun nak..” ujar Encik Maliki.

“Yalah ayahku sayang.. Ok lah, Sara masuk tidur dulu.” Maisara terus meluru ke kaki tangga dan sempat dia menoleh kearah ibu dan ayahnya yang masih duduk di ruang tamu, “ayah, ibu selamat malam!”

“Cik Maisara, Encik Raqeem nak jumpa cik sekejap,” Siti, setiausaha Maisara memaklumkan kedatangan Raqeem.

“Dia ada buat appointment?” tanya Maisara tegas.

Siti kehairanan. Takkan pekerja syarikat sendiri pun nak buat temujanji bagai. “Hmm.. tak cik..”

“Takpe, bagi dia masuk..” Maisara akur. Silap haribulan dia kena lapor dengan Tuan Besar baru tahu!

Setelah mendapat keizinan dari Maisara, Raqeem terus meluru masuk. Melihat keterlanjuran Raqeem yang masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dulu membuatkan Maisara bengang, “Encik Raqeem, sebelum masuk tu boleh tak ketuk dulu?”

“Eh, maaf. Saya ingatkan slide door. Automatis gitu!” seloroh Raqeem. Semakin bengang Maisara dibuatnya.

“Ada apa nak jumpa saya? Nak mintak claim?”

“Kan kita dah sebulan tak jumpa. Sekadar nak bertegur sapa tak boleh ke?” Raqeem cuba mengawal keadaan. Dia tahu Maisara marah.

“Awak siapa nak bertegur sapa bagai ni?”

“Saya kan tunang awak!” Raqeem terlepas bicara. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata agaknya pasu bunga melayang di kepala.

“Tunang? Eh, Encik Raqeem.. Awak jangan nak perasan! Dah keluar!” arah Maisara.

Raqeem hanya menurut. Dia akur. Jika identitinya sebagai tunang yang tak dianggap itu terserlah, dia jugak yang susah nanti.

“Kalau diri tu kacak nak mengaku tunang orang, takpe jugak. Muka pun sekerat..” Maisara menghamburkan marah. Tanpa sedar, Raqeem masih berada di dalam pejabatnya.

Raqeem yang mendengar kata-kata Maisara merasa tercabar. Penting sangat ke wajah seseorang untuk dijadikan ukuran utama dalam sesebuah perhubungan. Raqeem tekad, Maisara harus diubah! Prinsip gila tunangnya harus dihapuskan!

“Cik Maisara awak ingat awak tu cantik, orang macam saya ni akan tergila-gilakan awak ke?”

“Bukan ya ke? Kalau tak awak takkan tiba-tiba tegur saya dulu kan!” Maisara bangkit dari kerusinya. Panahan mata Raqeem ditentang.

“Eh, awak ingat sikit ya saya takkan pernah sukakan orang macam awak! Awak ingat awak cantik lepas tu pasangan awak nanti mesti yang kacak juga?

Come on lah, cuba awak pergi kat luar tu, yang muka sekerat macam saya ni yang banyak dah ada pasangan kan? Awak pulak? Dah nak melanjut usia, nikah pun belum! Boyfriend? Awak ada ke?” Raqeem juga meluahkan amarahnya.

Maisara terpempan. Dimarah pekerja sendiri, ini sudah luarbiasa!

“One more thing Cik Maisara binti Maliki, kalau cinta awak tu hanya bertunjangkan paras rupa semata saya yakin yang awak bagi tu bukan cinta tapi malapetaka! Awak ingat orang zaman sekarang ni banyak ke yang natural beauty. Semua tu plastik jelah! Kalau ada pun orang yang nak kata awak, saya yakin orang tu hanya sukakan kecantikan awak bukan awak sendiri! Hey, get lost lah with your face conditional love! Kalau Tuan Maliki bagi awak kat saya sekalipun, saya tak ragu-ragu tolak!” Raqeem tidak menunggu lama. Selajur menghabiskan ayatnya dia terus keluar.

Sudah seminggu lebih semenjak kejadian dia diherdik Raqeem. Kata-kata Raqeem tidak pernah dia lupakan. Kadang Maisara merasa tercabar. Orang seperti Raqeem tidak akan pernah terpikat padanya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience