BAB 11

Romance Completed 9263

“If you say so, yes it’s me Raqeem Shaarani!”

“No, awak jangan main-main. I know my Raqeeem very well..”

“Your Raqeem?” Raqeem tersenyum bahagia. Dia dapat merasakan apa yang cuba disampaikan oleh Maisara.

“Tak, it just that.. Well, definitely you are not him!” Maisara cuba berdalih. Terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata padahlah makannya.

“You love him? Raqeem Shaarani?” tanya Raqeem ingin tahu.

“Awak tak perlu tahu!” marah Maisara.

“Well, I am supposed to be your fiance and it makes me your future husband. Tell me, how am I supposed to approved my fiancee to be in love with some other guy?” kali ini Raqeem menguji.

“Fiance? Awak jangan main-main! Saya takkan bertunang apatah lagi berkahwin dengan lelaki yang saya tak cinta!” tegas Maisara.

“So tell me, did you love him? Raqeem Shaarani!”

“YES, I DO!” Maisara tidak lagi berdalih. Airmatanya hampir mengalir namun dia cuba bertahan.

“So means that you love me, Annamirah Maisara..” Raqeem tersenyum. Dia sendiri tidak mengerti bagaimana perasaan Maisara boleh berubah. Sedangkan dia tampil dengan peribadi yang lebih menarik tetapi Maisara lebih memilih Raqeem Shaarani yang dulu.

“What? Saya tak faham..” Maisara pelik dengan ketegasan lelaki dihadapannya. Bagaimana lelaki itu adalah Raqeem? Maisara yakin mereka dua insan yang berbeza.

“Maisara, dia memang Raqeem. Dia tunang Maisara, bakal suami Maisara..” suara lembut itu membuatkan Maisara dan Raqeem segera berkalih pandang ke arah pintu banglo milik keluarga Encik Maliki. Kelihatan ahli keluarga mereka berkumpul di situ, seolah-olah menyaksikan kemelut antara pasangan yang telah ditunangkan dalam diam itu.

Maisara memandang ibunya, dia ingin jawapan dari ibunya sendiri. “Ya Maisara, dia Raqeeem..” cukup kata-kata Puan Latifah menyakinkan Maisara.

“Tapi.. Maisara tak faham bu..” akhirnya airmata Maisara jatuh jua ke bumi.

“Mama, makcik biar Raqeem sendiri yang jelaskan pada Maisara..” pinta Raqeem. Setelah mendapat persetujuan, maka tinggallah Raqeem dan Maisara di situ. Bersama dengan tenangnya malam Ramadan itu, Raqeem berusaha menjelaskan semuanya ada Maisara.

“Tapi dulu awak lain.. Awak tak macam ni. Awak..” Maisara terdiam. Masakan dia sanggup menuturkan perkataan yang tidak elok pada Raqeem.

“Saya selekeh? Saya kotor? Tak kacak atau muka sekerat?” Raqeem tertawa.

“Maisara.. Dulu, saya yang awak lihat bukan saya yang sebenar. Yang ada depan mata awak ni, inilah saya yang sebenar..”

“Tapi kenapa perlu nak berubah macam tu? Kenapa tak jadi diri awak yang sebenar?” Maisara masih tidak puas bertanya.

“Kalau dulu saya datang pada awak dengan keadaan macam ni, agaknya kita bertekak tak? Rasanya awak akan terus suka saya kan dan tak lama lepas tu awak pun lupakan saya lepas awak jumpa yang lagi kacak dari saya. Macam yang pernah awak buat sebelum ni..”

“Sebelum ni? Rasanya kita tak pernah jumpa, kan? Kenapa..” tanya Maisara ragu-ragu.

“Maisara lupa? Masa Maisara masih Tingkatan 5 dulu Maisara sukakan saya. Maisara tulis surat kat saya dan Maisara kata Maisara sanggup tinggalkan kekasih Maisara ketika itu demi saya, demi abang..” jelas Raqeeem.

“Saya tak ingat!” Maisara berdalih. Dia malas untuk mengingat perkara lepas.

“Hmm.. Tak apalah Maisara. Yang penting masa sekarang ni. Our future. So, Maisara percaya yang saya ni Raqeem? Atau Maisara nak tengok IC saya?” Seloroh Raqeeem.

“Entah, saya nak percaya tapi..” Maisara masih tidak mampu membuang rasa ragu-ragu. Tiba-tiba dia teringat sesuatu.

“Jodohkan aku dengan dia yang mampu menjaga hatinya..” tutur Maisara sambil memandang tepat pada Raqeem yang sedang tersenyum.

“Yang bisa menjaga bicaranya dan bisa menjaga hubungannya dengan-MU..” sambung Raqeem.

“Cintakan dia padaku hanya kerana-MU,” ujar Maisara.

“Dan cintakan aku kepadanya hanya kerana-MU,” sambung Raqeem membuatkan Maisara tersenyum.

“Sesungguhnya hanya pada-MU tempat aku melabuhkan cinta..” kali ini kedua-duanya berkata serentak.

“Maisara ingat doa tu?” tanya Raqeem.

“Ingat? Dan kerana doa tu yang buatkan saya jatuh cinta dekat Raqeem, lelaki tongkat ali..”

“Lelaki tongkat ali?” Raqeem mengerutkan dahi.

“Ya..”

Annamirah Maisara dan Raqeem Shaarani dinikahkan dalam majlis yang cukup bermakna seminggu selepas lebaran. Maisara berjanji, dia akan setia pada Raqeem. Nickhun oppa, Kim Bum oppa yang selama ini digilainya dihapuskan dalam diari hidup Maisara. Ruang hatinya hanya muat untuk seorang lelaki dan lelaki itu telah berikrar untuk menuntun hidupnya.

“Kalau boleh aku setia, cukuplah hanya pada seorang lelaki. Dan dia adalah Raqeem Shaarani, suami dan merangkap lelaki tongkat ali!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience