BAB 7

Romance Completed 9263

“Assalamualaikum pakcik,” ucap Raqeem terlebih dahulu.

“Waalaikumsalam.. Raqeem tengah buat apa tu? Pakcik mengganggu?”

“Eh, taklah pakcik. Raqeem tengah rehat je..”

“Hmm.. Sebenarnya macam ni.. Esok birthday Maisara. Pakcik dengan makcik nak sambut birthday dia. Pakcik nak jemput Raqeem sekali..”

“Ramai ke nanti pakcik?” Raqeem sekadar bertanya.

“Adalah, pakcik cuma jemput kenalan dekat je. Kamu datang ya..”

“Insya-ALLAH pakcik..” seraya itu talian dimatikan.

“Ok, birthday tuan puteri kita..” Raqeem segera memikirkan hadiah apakah yang sesuai diberikan untuk Maisara.

“Happy Birthday..” ucap Raqeem. Dia menghulurkan hadiah kepada Maisara. Selepas itu dia terus berlalu mendapatkan ibu dan ayah Maisara.

“Ok, takpe. Sombong..” rungut Maisara.

Sepanjang majlis, Raqeem tidak sekalipun mendekati Maisara. Bukan hanya itu, dia juga pulang tanpa pamitan dengan Maisara. Maisara geram padahal malam itu peluangnya untuk memikat Raqeem. Tapi dia tidak putus asa. Esok lusa masih ada.

“Apa yang dia bagi ni..” Hadiah pemberian Raqeem terlebih dahulu dibuka.

“What!” sebaik sahaja dia melihat hadiah itu wajahnya merona merah. Raqeem memberikan satu set alat kecantikan untuknya. Siap dengan mask muka. Memang dah lebih Raqeem ni! Maisara membuka kad yang disertakan dengan hadiah tersebut. Setiap bait perkataan dibaca dengan gelodak hati yang membara.

Cik Maisara. Selamat Ulangtahun..

Hadiah saya ni rasanya padan dengan cik.

Saya harap lepas cik guna produk saya bagi ni,

Cik akan bertambah cantik!

Maisara melontarkan hadiah tersebut disisi katil. Raqeem tidak puas lagi menyindirnya. Dia tidak akan mengaku kalah, Raqeem akan ditakluki!

Keesokan harinya, Maisara mencari Raqeem di pejabat. Dia ingin mengucapkan “terima kasih” atas hadiah penuh makna Raqeem itu.

“Ada apa hal nak jumpa aku?” nada Raqeem berubah kasar membuatkan Maisara tergamam.

“Amboi kasaq nampak! Ok fine! Aku nak ucapkan terima kasih atas hadiah kau semalam!” sengaja perkataan hadiah itu ditekankan.

“Welcome!”

Demi melihat Raqeem yang langsung tidak mempedulikannya, Maisara terus keluar. Semakin lama disitu membuatkan hatinya semakin panas. Kalau dah semakin benci, bagaimana pula ingin ditawan lelaki itu!

“Ibu..” tegur Maisara sebaik saja melangkah masuk ke ruang makan. Fail-fail dari pejabat dibimbit kemas. Nampak riak kepenatan pada wajah anak tunggal Puan Latifah itu.

“Sara dah balik.. Mandilah dulu, solat lepas tu kita makan sama-sama..” Puan Latifah mengelus lembut rambut ikal Maisara.

“Baiklah bu. Tapi, ni semua..” Maisara tidak menghabiskan ayatnya. Cukup isyarat tangan menggambarkan persoalan yang ingin diutarakan. Hebat hidangan makan malam kali ini!

“Hmm.. Malam ni kita ada tetamu. Lepas Maghrib nanti dia sampailah. Sara cepatlah pergi mandi, nanti terlepas waktu Maghrib pulak..”

“Siapa bu?” Maisara masih tidak mahu berganjak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience