BAB 8

Romance Completed 9263

“Adalah. Kalau Sara nak tahu, cepat pergi mandi!” gesa Puan Latifah. Maisara memang begitu, sekali otaknya masih dibendung persoalan, selagi itulah dia akan bertanya sehingga menemukan jawapan.

“Hmm.. Baiklah Puan Latifah ku sayang..” Maisara segera berlari-lari anak menuju ke tingkat atas. Sempat Puan Latifah menegurnya, sudah besar namun masih keanak-anakan.

Usai saja mengerjakan solat Maghrib, Maisara segera ke tingkat bawah untuk mendapatkan ibunya yang sedang menyiapkan makan malam. Namun Maisara kaget. Tetamu itu!

“Ibu, dia buat apa kat sini?” dingin suara Maisara bertanya. Matanya kejap memandang ke arah ruang tamu. Raqeem dan Encik Maliki kelihatan sedang rancak berbual.

“Ayah yang jemput Raqeem makan malam sekali dengan kita.. Lagipun dia, esok dah nak..”

“Dia tak ada rumah sendiri ke? Nak makan kat rumah orang bagai! Huh!” getus Maisara.

“Sara, tak baik macam tu. Kata orang, kalau dah benci bagai nak rak hujungnya nanti bertukar sayang.. Sara nak macam tu?” sengaja Puan Latifah menguji.

“Tak ada maknanya nak sayang bu.. Ayat klise je tu.”

“Aik, takpe kita tunggu dan lihat..” Puan Latifah tersenyum penuh makna.

Maisara sepertinya langsung tidak menikmati makan malam itu. Jelas sekali dia menunjukkan rasa tidak senang dengan kehadiran Raqeem namun pada Raqeem itu memang lumrah seorang Maisara. Raqeem yang muka sekerat, mana Maisara nak pandang!

“Malam ni Raqeem imamkan..” pinta Encik Maliki sewaktu mereka sekeluarga hendak menunaikan solat Isyak. Tanpa banyak bantahan, Raqeem hanya menurut.

“Ya ALLAH, KAU permudahkanlah urusan kedua ibu-bapaku. Ampunkan dosa-dosa mereka, tempatkan mereka kelak di syurga-MU. Ya ALLAH, tenangkan hatiku dan lapangkan dadaku. Permudahkanlah urusan dunia dan akhiratku Ya ALLAH. Ya ALLAH, KAU permudahkanlah urusan saudara-saudaraku yang ditindas, walau dimana saja mereka berada. Jadikanlah musibah itu jalan kebaikan kepada mereka, sesungguhnya hanya pada-MU tempat kami memohon pertolongan dan sesuatu kebaikan. Ya ALLAH, jodohkan aku dengan dia yang bisa menjaga hatinya, yang bisa menjaga bicaranya dan bisa menjaga hubungannya dengan-MU. Cintakan aku padanya hanya kerana-MU dan cintakan dia kepadaku hanya kerana-MU. Sesungguhnya hanya pada-MU tempat aku melabuhkan cinta.. Rabbana La tuzigh qulubana ba’da iz hadaitana wahablana mil’ladunka rahmah, Innaka anntal wah’haab. Rabbana atina fid-dunya hasanatan wa fil ‘akhirati hasanatan waqina ‘adzabannar..”

Sayup-sayup kedengaran suara Raqeem melontarkan doa tersebut. Tanpa disedari, airmata Maisara mengalir dan segera airmatanya diseka kerana dia tidak mahu ibunya melihat dia dalam keadaan begitu. Entah, dia dapat merasakan keikhlasan Raqeem dalam menuturkan doanya.

Malam itu Maisara cuba untuk melelapkan mata. Walaupun Raqeem agak lama berada di rumahnya tadi, namun dia langsung tidak berbicara dengan lelaki itu. Begitu juga dengan Raqeem, langsung tidak mengambil peluang untuk bercakap dengannya. Mengapa?

“Ya, ALLAH jodohkan aku dengan dia yang bisa menjaga hatinya, yang bisa menjaga bicaranya dan bisa menjaga hubungannya dengan-MU. Cintakan aku padanya hanya kerana-MU dan cintakan dia kepadaku hanya kerana-MU. Sesungguhnya hanya pada-MU tempat aku melabuhkan cinta..” Maisara menuturkan doa itu Raqeem itu semula. Hatinya terkesan.

“Alahai Annamirah Maisara. Tidurlah diri.. Tidurlah..” Maisara cuba memujuk dirinya. Semoga dengan tidur yang sekejap mampu melupakannya pada hal-hal yang dia tidak ingini. Contohnya, seperti jatuh cinta pada Raqeem ataupun yang sama waktu dengannya.

Cuti hujung minggu lepas dihabiskan Maisara dengan menghadap kerja pejabat yang menimbun. Hari ini dia kembali bekerja seperti biasa. Semakin lama, semakin betah dia di situ. Dia sedar jika bukan dia yang menyambung legasi keluarga mereka, siapa lagi?

Dari pagi sampailah habis waktu pejabat, kelibat Raqeem langsung tidak kelihatan. Ke manakah dia? Bercutikah atau dihantar mengikuti kursus lagi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience