BAB 1

Romance Completed 9263

Hampir setiap kedai dimasuki Annamirah Maisara. Dia ingin yang terbaik daripada yang terbaik. Tidak ada satu pun pakaian kerja yang dipamerkan di kedai-kedai yang telah dimasuki mampu menawan hati Maisara. Samalah seperti lelaki-lelaki yang dia pernah kenal sebelum ini.

Maisara terduduk di bangku berhadapan sebuah kedai jam tangan berjenama. Dia belum lagi putus asa. Misi mencari pakaian kerja akan diteruskan. Tidak lama lagi dia akan bekerja di syarikat ayahnya sendiri.

Hampir setengah tahun berehat kononnya untuk menghilangkan stress sepanjang dia bergelar pelajar, barulah Maisara membuat keputusan untuk bekerja dan meneruskan legasi perniagaan yang telah dibentuk oleh datuknya dahulu.

Setelah menghabiskan minumannya, Maisara bangkit semula. Kedai pakaian di tingkat 1 hampir semua telah digeledah. Sekarang dia ingin meneruskan pencarian di tingkat 2 pula.

Dalam dia berlenggang-lenggang berjalan tiba-tiba bahunya dirempuh dari belakang membuatkan dia terjatuh. Nasib baik tidak tersembam ke lantai, kalau tidak mahu tak malu. Dan jika itu berlaku dia tidak akan sekali-kali menjejakkan kaki ke shopping mall itu lagi. Sekali dah malu, sampai ke matilah parutnya nanti.

“Sorry, lady..” lelaki itu menghulurkan tangan untuk membantu Maisara bangun.

Maisara masih belum mahu bangun. Semua barangan yang terdapat dalam beg tangannya terlontar keluar. Satu-persatu dikutip dengan laju. Lelaki yang merempuhnya tadi masih setia menghulurkan tangan. Tak gentleman lah kalau terlanggar perempuan dibiarkan begitu saja!

Setelah selesai mengutip semua barangnya, Maisara akhirnya mendongak. Wajah lelaki itu dijamah tajam dengan pandangan mata. Dia tidak marah melainkan dia terpesona. “Wow! Kacak abang ni! Aaron Aziz pun kalah kut! Dah kacak, suara macho pulak.. Gentleman pulak tu, alahai..” hatinya berbisik.

“Lady?” lelaki itu masih lagi menunggu Maisara menyambut tangannya.

“Oh, ok. Sorry..” Maisara malu sendiri dengan gelagatnya. Kut ya pun tergamam dengan putera raja di depan mata, agak-agaklah sikit!

“Tak, saya yang patut mintak maaf.. Saya nak kejar anak saya tadi.. Tu, yang pakai baju putih tu..” lelaki tanpa nama itu menunjuk ke satu arah. Seorang budak lelaki yang sedang membawa bola memerhatikan mereka.

Demi mendengar perkataan “anak”, Maisara yang sudah berdiri tegak terasa ingin jatuh semula. Kenapalah harus dilanggar bapa orang pulak? Kalau tak kacak, tak apalah juga. Ni yang melanggar dah setaraf Brad Pitt gitu. Kononnya lah!

“It’s ok. Saya tak apa-apa. Tak berdarah pun kan..” Maisara cuba berlagak selamba.

“Hmm.. Kalau macam tu, saya jalan dulu. And once again, sorry..” lelaki itu terus berlalu meninggalkan Maisara terkapai-kapai.

“Melepas..” bebel Maisara.

Maisara balik dalam keadaan hampa. Bukan kerana tidak menjumpai barangan yang dikehendaki tetapi kerana berjaya dirempuh oleh lelaki kacak yang mengundang rasa cintanya. Cinta? Maisara bukan gadis jalang cuma dia jenis orang yang mudah jatuh cinta lebih-lebih lagi pada lelaki-lelaki kacak.

Dulu semasa berada di Tingkatan 5 dia pernah mempunyai seorang kekasih. Kekasihnya pulak dipilih lantaran dia adalah lelaki yang boleh dikatakan paling kacak seantero sekolah.

Namun cintanya pada lelaki itu pupus sebaik saja melihat seorang senior Tingkatan 6 yang baru saja berpindah masuk ke sekolah mereka. Maisara tidak peduli, dia suka dia kejar!

Walaupun dicemuh, Maisara tetap tabah. Terkadang dia juga hairan dengan dirinya sendiri. Mudah sangat jatuh cinta, rasa tak bernilai pula cinta baginya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience