Episod 8: Kenalan Ramai

Romance Series 58047

Seperti yang pernah dinyatakan dalam episod yang lalu, aku tidak ramai kawan di sekolah. Justeru itu, aku mula meluaskan rakan-rakanku dengan lebih ramai melalui fac dan kawasan yang lain. Melalui fb, aku mula berani berchatting dan bersembang dengan yang lain. Selain itu, sejak perkenalanku dengan Zahid, aku mula berkawan dengan rakan sebayaku yang sama sekolah dengannya. Aku diperkenalkan dengan kawan-kawannya seperti Zul, Aziz, Haris, Rayyan, Fatohah, Afiq, Zul, Muz dan Ayoi. Semuanya bermula apabila Zahid mengemukakan cadangan untuk daftarkan nama di sebuah pusat tuisyen yang terkenal di Seremban bertujuan untuk meningkatkan ilmu memandangkan SPM bakal ditempuhi tahun itu. Pusat tuisyen berkenaan pernah aku sertai ketika PMR semakin hampir.

Oleh sebab pendaftaran agak lambat ketika itu, aku gagal mendapatkan tumpuan yang sewajarnya di dalam kelas kerana silibus semakin jauh. Jadi aku tidak mahu pisang berbuah dua kali, aku terus sahaja setuju dengan cadangan Zahid. Di pusat itu, ada beberapa rakan sekolahku ketika di menengah rendah turut menyertai pusat itu dan mereka juga diperkenalkan kepada Zahid sebagai rakan baru.

Pada hari pertama kelas, aku dan Zahid duduk di belakang sekali bersama 2 budak perempuan lain. Seorang berwajah agak bersih namun kelihatan seperti tomboi, dan seorang lagi berfizikal gempal tetapi berwajah manis kerana sering tersenyum. Aku berkenalan dengan mereka dimana si tomboi bernama Aisyah dan seorang lagi bernama Fiqah. Fiqah juga bersekolah di sekolah vokasional tetapi di kawasan yang lain.

Kelas tuisyen berkenaan diadakan setiap Sabtu dan Ahad pada setiap minggu. Sesi yang diadakan ada 3 iaitu di sesi pagi dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari, 12 tengah hari hingga 2 petang dan 2 petang hingga 5 petang. Aku dan Zahid sepakat memilih sesi 3 pada hari Sabtu dan sesi 1 pada hari Ahad. Kelas tuisyen ini juga turut disertai oleh adik aku dan kawannya namun dia memilih sesi yang berbeza. Pada minggu pertama, tidak ramai pelajar yang mendaftar disitu namun begitu ianya bertambah pada minggu ke 2 dengan jumlah yang agak ramai.

Pada minggu ke 2, pelajar baru kebanyakkannya adalah perempuan jadi aku mula seronok kerana sesi kami mempunyai pelajar perempuan yang ramai. Hasil siasatan dan kaji selidik yang aku lakukan, ada 3 geng perempuan disitu kerana situasi tempat duduk yang sering bersebelahan, berbual sesama mereka dan sentiasa bersama kemana-mana.

Geng yang pertama ada 4 orang iaitu Faz, Jija, Emy dan Fazira. Mereka ini berasal dari Labu dan datang ke pusat itu menggunakan tren komuter. Geng yang kedua ada 3 orang iaitu Umie, Tasya dan Shakila. Mereka juga berasal dari Labu namun yang menarik perhatianku dalam geng ini adalah Tasya dan Shakila. Tasya sangat menawan dan mempunyai suara yang lemah lembut manakala Shakila pula mempunyai bentuk badan yang montok dan mengiurkan. Kehadiran Shakilla di dalam kelas sering menjadi perhatian kerana bentuk badannya yang mengancam selain mempunyai buah dada yang besar. Geng yang ketiga ada 2 pelajar iaitu Noreen dan Haiza. Aku difahamkan mereka ini adalah sepupu rapat. Mereka ini dikategorikan sebagai geng pendiam namun berwajah manis.

Aku tidak gelojoh dalam menghulurkan salam perkenalan pada gadis disitu. Aku mulakan dengan 2 pelajar yang sering duduk sebaris denganku dan Zahid di barisan belakang iaitu Aisyah dan Amelia. Hasil perkenalan dengan Amelia, aku mendapat tahu yang beliau mengambil jurusan pengurusan perniagaan di vokasional manakala aku mengambil jurusan binaan bangunan. Aku terus berbual dan bertanyakan pelbagai perkara untuk menjadi lebih rapat. Niatku ikhlas untuk berkawan dengan sesiapa. Jika aku hanya ingin berkawan dengan perempuan cantik sahaja, aku tak rapat dengan Zahid seperti sekarang. Aku yakin Amelia akan menjadi cantik dan langsing di masa akan datang. Setelah aku lihat dia sudah mula mesra denganku, aku mula meminta facnya untuk aku tambah sebagai rakan dan tanpa segan silu dia berikan nama fb miliknya. Aku tidak terus meminta nombor telefon kerana aku yakin aku pasti dapat nombornya. Takkan lari gunung dikejar.

Selepas itu, aku mengorak langkah kepada Aisyah pula. Aku terpaksa libatkan Amelia sekali kerana dia kelihatan tidak mesra dengan orang. Aku mula mengajaknya berbual secara perlahan-lahan, bertanyakan soalan yang tidak aku faham, membuat sedikit jenaka barulah dia mula kelihatan selesa denganku. Bukan sahaja Amelia, tetapi Aisyah juga mula berkongsi cerita dan masalah sama ada di sekolah atau di kehidupan sehariannya. Jika seseorang itu mula berkongsi kisah sama ada duka, masalah keluarga dan sebagainya, orang itu sudah mula selesa dengan kita. Itulah pegangan yang aku sematkan dalam sanubari sehingga hari ini.

Setelah berjaya menambah jumlah kawan di belakang, aku beralih arah di kawasan tengah iaitu tempat duduk yang sering diduduki oleh 4 sekawan iaitu Faz, Jija, Emy dan Fazira. Antara 4 orang ini, Jija kelihatan agak peramah dan friendly denganku sementara Faz seorang yang bergaya dan bertinggi lampai. Emy seorang yang pendiam manakala Fazira seorang yang becok. Sekali dapat peluang bercakap dia akan gunakan sebaik-baiknya. Ha ha ha.

Hubunganku dengan mereka menjadi rapat apabila satu hari aku terserempak dengan mereka di kedai buku Popular. Aku yang berseorangan kerana Zahid tidak hadir, terserempak dengan mereka dan menegur mereka "Hai, korang nak pergi mana?" Jija yang peramah itu menjawab "Hai, kitaorang saja jalan-jalan kawasan sini. Malas nak balik awal sebab awal lagi nie", kata si Jija lagi. Aku meminta izin untuk menyertai mereka kerana aku juga malas nak pulang awal ke rumah. Apa tidaknya, asal pulang ke rumah saja kena marah.

Aku menyertai mereka kemana sahaja kecuali ketika beli belah di kedai baju perempuan, aku akan tunggu di luar. Kami makan tengah hari di McDonalds, berjalan di tepi tasik Lake Garden, dan melepak di pondok disitu. Kelibat 5 orang di pondok tidak mendatangkan sebarang syak wasangka dalam kalangan masyarakat. Oleh sebab kehidupanku dari kecil yang sentiasa disisi perempuan, jadi tiada masalah untuk aku melepak dengan geng perempuan asalkan aku tidak dimalukan.

Ahli keluarga dan sanak saudaraku kebanyakkannya adalah perempuan dan disebabkan itu aku mudah serasi dengan mereka berbanding dengan geng lelaki. Hasil daripada lepak itu, barulah aku tahu yang mereka adalah musuh kepada geng Tasya. Pelbagai cerita yang diceritakan kepadaku dengan mengatakan bahwa Tasya seorang perempuan yang lidah bercabang. Musuh utama Tasya adalah Faz dan macam-macam lagi kisah yang diceritakan kepadaku.

Aku sekadar mendengar dengan teliti selain seronok dengar kisah perempuan. Walaupun mereka menegahku untuk rapat dengan geng sana, tapi aku tak kisah kerana tujuanku selain dari belajar disitu, adalah untuk berkawan dengan semua orang.

Kami akhiri lepak itu dengan pemberian akaun fb antara satu sama lain untuk di add. Apabila aku buka fb di rumah, aku lihat ada 4 permintaan menjadi rakan dan aku terus menerima dengan hati terbuka. Kemudiannya, aku terus memasang niat untuk berkenalan dengan geng Tasya pula. Setiap hari Ahad, aku akan keluar dari rumah seawal jam 8 pagi dan bersarapan di KFC. Nak dijadikan cerita aku selisih dengan mereka yang baru tiba di situ juga namun kelibat Shakila tidak kelihatan. Aku memesan makanan dan meminta izin untuk menyertai mereka memandangkan aku berseorangan dan mereka bersetuju. Aku memulakan perbualan dengan bertanyakan dimana Shakilla, namun yang peliknya apabila Umie menjawab "Dah agak dah mesti cari dia, Ha Ha Ha", aku pelik kejap.

Rupanya Shakilla memang sentiasa menjadi perhatian lelaki, maka mereka tidak hairan bila aku bertanya dimana dia berada walhal aku sekadar bertanya untuk berbasa basi saja. Aku mengubah topik perbualan dengan bertanyakan mengenai sekolah, kursus yang diambil dan hubungan mereka yang rapat itu. Barulah aku tahu yang mereka adalah sepupu, bersekolah di sekolah yang sama dan mengambil bidang yang sama iaitu Sastera. Aku sedikitpun tidak membangkitkan kisah permusuhan antara Tasya dan Faz kerana bimbang akan menjadi lebih keruh seterusnya merosakkan hubungan yang baru aku cipta. Tidak lama selepas itu, Shakila sampai menyertai kami. Dia berpakaian agak daring dengan baju harimau bintang yang sendat dan menampakkan bentuk badannya yang mantap itu.

Lebih menggetarkanku, dia duduk bersebelahan denganku di meja KFC itu. Aku pun menyapanya dan sempat berbasa-basi kosong. Tak tahan aku dibuatnya. Lama kami berbual sebelum masuk ke kelas pagi itu, kami sempat bertukar akaun fb untuk ditambah sebagai rakan. Cuma aku agak ragu-ragu untuk meminta akaun Shakila kerana orang sepertinya pasti ramai jantan yang didampinginya. Bimbang jika aku terlebih sikit, aku yang kena teruk nanti. Akan tetapi, aku ambil juga akaun fbnya itu. Aku tidak dapat berkenalan dengan Noreen kerana sesi mereka sama denganku hanya pada hari Ahad sahaja. Ingin sahaja aku tukar sesi untuk berkenalan dengan Noreen tetapi bimbang akan dimaki oleh Zahid pula.

Akhirnya, dalam masa sebulan aku berjaya mempunyai kenalan yang ramai terutama sekali kenalan perempuan. Segala taktik yang aku gunakan semuanya berjaya. Dapat berkawan, melepak dan sebagainya bagiku sudah cukup. Jika ingin lebih, satu hari nanti perasaan itu pasti akan bercambah juga. Seperti yang kunyatakan, aku ikhlas ingin berkawan dengan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience