Episod 1: Cinta Pertama

Romance Series 58047

Dalam episod sebelum ini, aku ada mengatakan bahawa aku pernah menjalinkan hubungan cinta di alam persekolahan. Perkenalan kami bermula di alam maya iaitu Fac seperti lagu penyanyi Najwa Latiff - Cinta Muka Buku. Ketika itu aku baru berusia 16 tahun sementara si dia berumur 14 tahun. Perbezaan umur dan lokasi sekolah menjadikan kisah kami ini boleh dikategorikan sebagai hubungan jarak jauh. Aku bersekolah di sekolah vokasional sementara si dia bersekolah di sekolah perempuan elit. Cukuplah aku namakan dia sebagai Ana (bukan nama sebenar). Ana bukanlah perempuan yang boleh dikategorikan cantik, tetapi yang menarik minat aku kerana keletahnya yang manja dan sering memberikan respon dalam setiap posting yang aku update setiap hari.

Sebelum itu, aku telah dipelawa oleh rakan FB untuk menyertai sebuah kumpulan yang agak public yang bernama Love Music. Disitulah bermula perkenalanku dengan Ana. Setiap ahli kumpulan akan bersembang dalam ruangan chat kumpulan itu dengan topik menarik, membawang atau kenen - kenen antara satu sama lain. Disitu juga aku cuba-cuba nak adjust Ana untuk jadi teman wanitaku. Satu hari, aku sekali lagi mengusik Ana dalam ruangan chatting itu untuk menjadi teman wanitaku. Dia tampak bersetuju dan di esok harinya, dalam ruang friend request, Ana menghantar permintaan untuk menjadi teman wanitaku! Aku terus tekan approved dan terpampang lah di halaman utama FB aku dan Ana in relationship. Bila kenangkan kembali, lucu juga rasanya. He he he.

Bila dah terpampang di newsfeed, semua orang akan membaca dan melihat posting itu yang menunjukkan aku dan Ana dalam hubungan cinta. Berita ini terus tersebar meluas di kalangan rakan sekolahku dan juga ahli keluargaku sendiri. Makcik-makcik aku ada yang ketawa bila lihat posting itu begitu juga dengan sepupuku yang lain. Dalam kalangan rakan sekolahku juga turut heboh dengan berita itu. Ada yang memerli, "Fuuhh, muka pecah macam kau pun ada makwe dah", "Weh min, kau kenal dia kat fb kan,gambar pun pakai gambar bunga kalau dia bukan orang dia babi macam mana, Ha Ha Ha Ha". Aku cuma senyum sahaja. Yang penting masa tu aku dah ada makwe.

Selepas itu, kami sentiasa berbalas mesej melalui sms (zaman sebelum lahirnya Android, dan juga kegemilangan Samsung Corby). Berbekalkan tambah nilai Hot Ticket Hotlink yang mengandungi 150 sms, aku akan bersembang lama melalui sms. Kami tidak pernah bergayut atau bahasa sekarang Otp (On The Phone) kerana aku agak kekok berbual dengan orang yang baru kenal. Sehingga ke hari ini, aku jarang bergayut telefon walaupun dengan rakan-rakan perempuanku sendiri.

Apabila hubungan tanpa perasaan ini terjadi, kita akan merasa bosan dengan cepat. Aku akui Ana seorang yang baik, namun aku merasa bosan dan tiada perasaan terhadap dia. Akhirnya, aku putuskan hubungan dengannya. Bukan sahaja putus, bahkan juga aku tukar nombor telefonku yang baru dan unfriend FB untuk melupakan terus dia. Pernah juga terserempak dengannya di Terminal 1 Seremban, aku hanya berpura-pura tak mengenalinya dan berlalu begitu sahaja.

Tahun ini, genap 7 tahun kisah itu berlalu, Ana kini menjadi wanita yang agak daring dengan pakaian yang mencolok mata, dan sengaja berpakaian begitu untuk memperagakan bentuk badannya yang mula solid itu. Aku mengetahuinya menerusi kawanku yang menunjukkan gambarnya di laman Instagram. Hmmm, suka hati dia lah. Asalkan kau bahagia sekarang. He he he..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience