Episod: 21 Keluar Bersama

Romance Series 61837

Malam itu sebelum tidur, seperti kebiasaan aku akan bermesej dengan sesiapa yang aku mahu. Tetapi kali ini aku ingin bermesej dengan Ika. Jenuh otakku berfikir apa perkara penting yang ingin aku katakan. Aku terus menghantar mesej salam perkenalan dahulu.

"Assalam, hai Ika. Amin nie yang dekat Institut Setia tadi. Simpan nombor ini ya. Hehehehe".

Hampir 10 minit aku menunggu balasan daripadanya. Aduhai, lama betul. Tiba-tiba skrin telefonku menyala menandakan mesej masuk. Pantas aku membukanya. Sayang sekali rupanya mesej daripada Hotlink. Pemberitahuan yang kreditku bakal tamat tempoh tidak lama lagi. Aku pasti ramai yang benci akan mesej seperti ini.

Sekali lagi telefonku menyala. Kali ini ada 2 mesej masuk. Satu daripada Ika dan 1 lagi daripada Hotlink lagi. Aku biarkan sahaja mesej itu untuk membalas mesej Ika.

"Wassalam. Hai. Okay wehh".

Balasan pendek daripadanya membuatkan aku mati akal. Okay tak apa. Selepas ini pasti akan dapat berbual panjang.

Selepas beberapa hari, aku menerima mesej daripada Ika. Dia mengajak aku keluar untuk membeli peralatan lukisan. Aku berasa agak terkejut dengan perlawaannya. Seakan tidak percaya dengan ajakkannya.

"Assalam Amin, boleh tak nanti teman aku beli alat lukisan? Tema hidupan di dalam laut."

Sepantas kilat aku membalas mesej berkenaan.

"Wassalam, boleh weh. Kau nak pergi hari apa? Sabtu Ahad senang sikit."

"Entahlah weh. Mungkin hari Sabtu kot. Ahad aku ada hal lain. Kau tahu tak mana kedai yang jual barang-barang bertemakan hidupan laut?"

"Aku pun tak pasti weh. Takpe kita cuba cari di kedai buku Seremban. SBC ada, Sinaran ada. Mesti ada dekat kedai macam tu."

"Okay weh. Tq tau. Aku tak tahu nak minta tolong siapa lagi. Apa2 aku bagitahu kau ya. Bye weh. Assalam."

Hari yang dijanjikan tiba jua akhirnya. Aku bangun awal seperti kebiasaan kerana bimbang dimarahi Mak Pek. Selesai saja bersarapan, aku segera bersiap untuk keluar. Penampilanku yang berbaju T warna hitam berkolar dan seluar jeans hitam, kutenung di depan cermin. Ini adalah kali pertama aku keluar berdua dengan perempuan. Pastinya aku ingin bergaya walaupun hanya ke kedai membeli alat lukisan saja.

Aku katakan kepada makcikku itu yang aku ingin keluar ke perpustakaan negeri. Setelah keizinan diminta, aku dibenarkan keluar. Aku terus menghantar mesej kepadanya bahawa aku sudah keluar rumah dan menunggu bas di luar. Kami sepakat untuk berjumpa di perpustakaan negeri dahulu kemudian baru bergerak ke kedai buku SBC.

"Ika, aku dah gerak. Tengah tunggu bas nie."

"Okayy weh, aku dalam teksi. Tengah gerak jugak. Jumpa sana ya".

Setelah menunggu bas selama 5 minit, akhirnya bas tiba jua. Aku terus naik lalu membayar tambang berharga RM 1.00. Oleh sebab dalam kawasan perumahanku sukar untuk mendapatkan bas, aku terpaksa berjalan kaki ke jalan besar untuk menunggu bas mahupun teksi yang melalui jalan ini.

Aku tiba di destinasi yang dijanjikan pada jam 10.20 pagi. Kelihatan Ika menunggu kedatanganku di tangga yang berdekatan. Aku pantas melambaikan tangan kepadanya sehingga dia perasan akan lambaian ini. Penampilannya agak menawan dengan kemeja biru dan seluar jeans hitam berserta kasut kasual. Rambutnya yang panjang mengurai juga dibiarkan lepas begitu sahaja.

Kami masuk ke kedai SBC dahulu. Aku sekadar menemaninya memilih apa yang perlu dipilih. Maklumlah, aku bukan pelajar sekolah menengah biasa selain subjek Pendidikan Seni memang tidak diajar di sekolah vokasional. Memang typical perempuan, pilih barang sahaja hampir sejam. Kadangkala aku turut memberikan pandangan tentang pemilihan bekas warna yang sesuai dan macam-macam lagi.

Walaubagaimanapun, sepanjang aku di kedai, pelanggan wanita yang keluar masuk rata-rata bertubuh mantap. Kebanyakkan daripadanya adalah wanita yang berusia atas daripadaku. Sudah lama aku tidak melakukan seks dan melancap. Nafsuku bergelora melihat punggung dan badan mereka.

Akhirnya, setelah hampir 1 jam setengah, barulah selesai pembelian barang-barangnya. Kami sepakat untuk makan di kedai mamak yang berhadapan dengan perpustakaan negeri. Sesiapa yang menetap di Seremban pasti tahu akan restoran itu. Kami berbual kosong antara satu sama lain selepas selesai memberi pesanan kepada pelayan restoran ini.

"Kau ambik course apa weh kat sekolah vokasional kau?"

"Eh, mana kau tahu aku sekolah vokasional?"

"Emilia yang cakap, masa kau nak nombor aku haritu. Hehehe".

Cis, jangan dia cerita buruk pasal aku sudah.

"Oh, ya aku sekolah vokasional ambil jurusan Binaan Bangunan. Apa lagi dia cerita?"

"Hahaha, itu sajalah."

Kami berhenti berbual apabila air yang dipesan sampai. Kemudian kami menyambung kembali perbualan yang tergendala. Banyak perkara kami bualkan antaranya tentang pelajaran di sekolah, status diri sendiri dan pelbagai lagi.

"Betul ke Seri Pagi banyak cikaro?"

"Hmmm, budak sana suka bercinta dengan orang luar iaitu orang yang atas dari kita. Apa yang penting mesti ada kenderaan sendiri, duit. Itu saja. Tapi aku tak pandang semua itu."

Maka benar apa yang dikatakan Husna dahulu. Adakah Ika kenal atau tahu tentang Husna?

"Jadi kau kenal Husna tak? Dia sekolah situ jugak. Nama dia Husna Rahim. Itu yang aku ingatlah. Nama penuh tak tahu. Course apa pun aku tak tahu".

"Husna mana ya? Kalau kau tunjuk gambar mungkin aku kenal".

"Tengoklah telefon aku ini. Ada kamera ke?",ujarku sehingga Ika tertawa kecil.

Kami rancak berbual sehingga hampir jam 1 tengah hari. Melalui perbualan kami, barulah aku tahu yang ibu bapanya sudah lama bercerai. Ayahnya sudah lama tidak menjenguknya. Segala perbelanjaan ditanggung oleh abangnya yang bekerja di kilang On, Senawang.

"Kita senasib weh, aku pulak mak ayah aku dah meninggal dunia. Ayah aku pergi dulu tahun 2005. 4 tahun lepas itu, mak aku pulak meninggal. Sekarang duduk dengan makcik aku iaitu kakak kepada arwah mak aku."

"Ya Allah, seriuslah weh? Tak boleh bayang weh aku."

Ika tampak sebak dengan cerita yang aku sampaikan. Aku sudah lali dengan individu begini sama ada ikhlas atau hanya sekadar berpura-pura.

"Takpe, mula-mula memang macam tak boleh terima. Tapi lama-kelamaan dah boleh terima pasal ini. Setiap perkara ada hikmahnya."

Setelah lama berbual, kami mula menjamah makanan yang terhidang di atas meja. Sebentar lagi, kelas tuisyen akan bermula. Kami makan secepat yang boleh tetapi tidak gelojoh. Aku makan nasi campur manakala Ika makan mi goreng mamak berserta telur mata di atasnya. Air yang dipesan adalah teh ais manakala aku hanya air sirap sahaja.

"Kau rasa macam mana aku nak bawak barang-barang ini?"

"Hmm, bawak je lah. Bukan banyak pun. 2 plastik saja. Hehehe".

Setelah selesai membuat pembayaran, kami bergerak ke pusat tuisyen. Aku dengan ikhlas hati membawa 1 plastik besar yang berisi water colour yang berisi di dalam kotak besar.

"Weh, kau nak pergi mana lepas ini? Kelas lambat lagi", kataku kepada Ika.

"Aku letak barang ini dekat tempat lain dulu kot. Lepas situ kejap, lepas itu baru masuk kelas. Kau pula nak pergi mana lepas ini?", dia pula menyoal aku kembali.

"Entahlah, mungkin duduk perpustakaan kot", balas aku lagi.

"Ke kau nak ikut aku lepak dekat tempat aku? Itu pun kalau kau boleh masuk dengan jiwa kau", Ika sepertinya ingin mengajak aku ke studio jammingnya.

"Kau lepak dekat studio Terminal itu ke? Kalau aku nak ikut sekali boleh? Haritu aku nampak kau main gitar dekat situ", teruja juga aku bila dia pelawa aku sekali ke sana.

"Boleh saja kalau nak ikut".

Kami berdua terus berjalan menuju ke studio Terminal 1 yang terletak di tingkat 1. Sepanjang perjalanan, aku mencungkil rahsia Ika yang mempunyai bakat terpendam dalam bermain muzik. Alangkah bagus jika aku tahu bermain muzik juga. Sudah tentu aku dapat peluang beraksi bersama Ika barangkali.

Hampir 10 minit perjalanan, kami berdua sampai juga di studio itu. Aku hanya mengikut Ika daripada belakang memerhatikannya yang bertegur sapa dengan orang-orang di studio itu. Kebanyakkannya adalah lelaki namun ada juga wanita seperti Ika. Ika memperkenalkan aku dengan orang-orang disitu.

"Kenalkan, ini Nash. Studio ini dia yang punya. Kalau nak belajar muzik, dia boleh aturkan tenaga pengajar", Ika memperkenalkan aku dengan seorang lelaki yang berambut panjang. Aku dan Nash berjabat tangan sesama kami.

"Ini pula Jimmy, dia bahagian sound system. Kalau ada orang beli gitar ke apa tapi tak tahu cari tune, dia boleh bantu", kelihatan lelaki yang bernama Jimmy itu sedang memetik gitar di hadapan dua lelaki lagi. Barangkali pelanggan beliau agaknya.

"Ini pula Bella, dia main drum dalam band aku".

Wah! Ada band rupanya dia. Semakin kagum aku dengan gadis seusia aku ini. Aku melemparkan senyuman kepada Bella yang hitam manis sedikit. Wajahnya biasa saja, tetapi berbakat bermain muzik.

Aku membontoti dua gadis itu menuju ke sebuah bilik. Sebaik saja tiba, aku lihat bilik itu mempunyai set drum dan beberapa gitar elektrik yang cun melecun! Macam dalam mimpi saja bila lihat gitar-gitar jenama Ibanez yang sering aku lihat di internet, kini ada di hadapan mata.

Kami berbual-bual sedikit antara satu sama lain. Baru aku tahu bahawa Bella dan Ika adalah rakan sekolah yang sama. Band mereka ada 2 lagi wanita yang tidak sertai mereka. Namun, mereka hanya bermain di studio saja kerana kekangan masa sebagai pelajar sekolah.

"Ika, mainlah solo Floods. Haritu aku nampak kau main solo lagu itu. Syok woo", ujarku teruja bila melihat Ika bermain lagi-lagi yang aku dengar di internet.

"Layan Pantera ke?"

"Boleh lah juga. Hehehe"

Ika terus belanja solo gitar daripada lagu itu. Solo itu antara solo berhantu daripada kumpulan itu selain antara solo gitar yang sukar untuk ditiru sebiji-sebiji. Namun begitu, Ika telah melakukannya dengan baik.

Beberapa lagu lagi dimainkan oleh mereka berdua. Aku turut menyanyikan sedikit lagu-lagu yang dimainkan. Ada yang aku diam sahaja kerana tidak pernah dengar akan lagu itu. Tetapi dengan hasil daripada melepak ini sudah membuka sisi baru Ika terhadap pemerhatianku. Sudah tentu aku ingin memiliki gadis ini

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience