Episod 7: Media Sosial

Romance Series 58056

Apabila aku sudah lali dengan video pornografi, aku beralih arah ke media sosial untuk mencari kawan baru yang lain atau dalam erti kata lain cari awek. Ketika masyarakat dan rakan sebayaku yang lain masih lagi menggunakan myspace dan friendster,aku mendapat tahu ada sebuah lagi laman sesawang sosial yang fungsinya seperti myspace iaitu fac. Aku belajar untuk membuat akaun FB ini kerana aku merasakan sudah terlambat untuk aku membuat akaun myspace. Justeru itu, aku ingin merasai suasana berada di alam maya, berkenalan dengan rakan yang jauh dan sebagainya. Sejujurnya, aku tiada sebarang kenangan untuk diceritakan kepada anak cucuku nanti ketika era kegemilangan myspace.

Lalu pada suatu hari, aku layari laman web berkenaan di firefox(masa itu firefox jadi sumber utama). Melalui carian itu, terpapar pilihan Fac dan aku terus klik pada pautan berkenaan untuk pendaftaran akaun baru dan disitulah bermulanya perkenalanku dengan dunia maya ini. Dalam pautan yang dibuka, perkataan yang menarik perhatianku adalah your email kerana sepanjang aku hidup selama 16 tahun, aku tak pernah ada email! Perkara yang menghantuiku terimbau kembali ketika aku meminta rakan sekelasku untuk membuat akaun myspace dan dia meminta ym atau yahoo mail aku. Bila aku katakan yang aku tiada yahoo mail, aku digelakkan semahunya. Oleh kerana pengetahuan IT tidak banyak masa itu, aku sekadar isi mana yang patut sahaja.

?

?

Seperti yang kita tahu,untuk membuat akaun fac terdapat 4 langkah yang harus diikut. Mencari rakan, menambah rakan, info profil diri dan gambar profil sendiri. Aku berjaya melepasi semua cabang itu dan berjaya memperoleh 1 akaun fac sendiri. Aku mula menjelajah web ini untuk melihat sejauh mana kecanggihan produk ciptaan Mark Zuckerberg ini. Paling mengujakanku adalah bahagian menambah rakan kerana fb akan mencadangkan kita untuk menambah rakan yang berdekatan dengan kawasan kita. Oleh kerana akaun baru, bermakna tiada rakan dalam koleksiku, maka aku add as friend semua yang terpampang sebagai cadangan. Pada ketika itu, fac belum canggih seperti hari ini sehingga ada yang membuat perniagaan secara atas talian hanya bermodalkan fb sahaja. Selain itu, page-page popular hari ini seperti Semuanya Bola, Bicara Bola Semasa dan sebagainya belum wujud lagi apatah lagi jutawan online yang lain.

Setelah seminggu, jumlah rakanku kian bertambah dari masa ke semasa. Dalam tempoh masa seminggu, aku berjaya mempunyai 150 jumlah rakan tak kira lelaki atau perempuan. Namun begitu, jumlah rakan perempuan lebih ramai dari lelaki. Sebab?aku lelaki, mestilah cari perempuan sahaja manalah tahu kalau-kalau ada yang berkenan di hati. He he he he. Disinilah bermulanya cinta perkenalan pertama aku dan Ana, perkenalan dengan rakan sekepala yang meminati muzik keras yang sama(sila rujuk episod 2) dan lain-lain lagi.

Melalui fac jugalah aku berkenalan dengan seorang lelaki yang kini menjadi rakan baikku hari ini iaitu Zahid(bukan nama sebenar). Perkenalan aku dengannya adalah dalam kumpulan Love Music iaitu kumpulan yang sama dengan Ana, bekas kekasihku dahulu. Zahid adalah tempat aku mengadu masalah, berkongsi kisah suka dan duka, selain memberikan aku perasaan seronok mempunyai kawan baik. Sewaktu di menengah rendah, rakanku begitu ramai tetapi setelah berpindah ke sekolah vokasional, jumlah rakanku tidak ramai malah aku sering dibuli oleh yang lain.

Tak dapat aku lupakan pertemuan kami ialah di Stadium Paroi untuk menyaksikan perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia 2011 yang melibatkan Negeri Sembilan menentang Felda United. Disebabkan aku jarang keluar beramai-ramai di tempat yang sebegitu, pemakaianku agak over dengan set pakaian hitam berserta snow cap. Dia yang bersama rakan sekolahnya yang lain agak pelik melihat ketibaanku kerana mereka berpakaian biasa sahaja. Bagi menutup malu, aku diperkenalkan dengan rakan-rakannya yang lain. Oh ya! Pertemuan ini kami aturkan melalui fac dan disitulah kami mula bertukar nombor telefon untuk saling menghubungi. Zahid adalah satu-satunya rakan fb yang masih berhubung denganku.

?

Melalui fac juga, aku berjaya berhubung dengan peserta-peserta program kelolaan Perkeso pada tahun 2012 yang turut aku sertai. Generasi kami dianggap bertuah kerana generasi sebelum ini agak sukar untuk berhubung kerana tiada internet alam maya seperti ini. Kami cipta 1 kumpulan yang dihimpun oleh bekas peserta program SPM itu dengan tujuan untuk saling berhubung dan tidak putus kawan. Kesemua peserta adalah senasib denganku iaitu tiada ibu, tiada bapa, dan ada yang tiada keduanya. Melalui kumpulan itu, kami berkongsi rasa dan luahan menghadapi cabaran hidup, berbincang soalan SPM dan lain-lain. Tetapi kini kumpulan itu tidak semeriah dahulu kerana fesilitator program yang kami jemput sertai kumpulan telah bertindak menambah peserta program yang sama tetapi edisi 2013. Justeru itu, satu persatu tinggalkan kumpulan itu.

Fac telah banyak mengajar aku mengenal erti hubungan baru antara satu sama lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience