Prolog

Romance Series 58047

Setiap manusia pastinya inginkan pasangan dalam hidupnya. Untuk memperoleh pasangan, haruslah ada sebuah perasaan cinta yang mendalam terhadap pasangan supaya hubungan itu akan kekal selamanya sehingga ke akhir hayat atau selama-lamanya. Walaubagaimanapun, tidak semua berjaya memiliki cinta itu dengan mudah. Buktinya, masih ramai lagi yang belum berkahwin atas dasar komitmen yang tinggi, takut akan kecurangan yang semakin berleluasa dan sebagainya.

Aku sendiri sehingga ke hari ini masih belum memiliki cinta sejati waima sekali sepanjang aku bernafas di muka bumi ini. Aku pernah cuba menjalinkan hubungan cintaku ketika di alam persekolahan bersama seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah elit. Namun, hubungan itu tidak lama kerana aku merasakan hubungan itu sekadar ingin merasa bagaimana mempunyai pasangan selain ingin menunjukkan kepada rakan-rakan sekolahku yang aku boleh bercinta walaupun rupa parasku tidak seberapa ini.

Kadangkala, aku cemburu juga melihat rakan-rakanku yang lain berdamping dengan pasangan mereka begitu bahagia sekali. Walaupun hubungan itu belum sah, tetapi sekurang-kurangnya mereka mempunyai teman yang akan menyokong di belakang dan bersama-sama kejar impian untuk mengakhiri perhubungan sehingga ke jinjang pelamin. Apabila hubungan sah dalam hukum Islam, sudah tentu pasangan boleh melakukan apa sahaja bersama dan itu yang paling mengujakan aku.

Walaubagaimanapun, ada juga suara-suara yang memujuk supaya bertenang dan bersabar. Akan ada seseorang yang menjadi milikku kelak. Usiaku masih muda lagi tak perlu terburu-buru untuk mencari pasangan. "Kau dah habis belajar, kau kerja bagus-bagus, nanti akan ada orang nak kat kau nie", kata suara-suara itu. Namun sampai bila aku harus menunggu dan mencari.

Minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, usiaku semakin meningkat dan sudah tentu hawa nafsu semakin besar dan membara. Aku mula berani melakukan perkara yang aku sendiri tak sangka yang aku sanggup melakukannya hari ini. Tanpa cinta sejati, aku berjaya memiliki sebuah perasaan indah yang semua orang inginkan terutama sekali lelaki. Sengaja aku kiaskan maksudku ini kerana kalian pasti mengerti apa yang aku maksudkan.

Ikuti kisahku yang seterusnya, perjalananku dalam hidup, cinta yang tak kesampaian, perkara yang indah dan nikmat dikecapi. Semuanya akan kukupaskan.

*Ini sebuah kisah benar. Baru pertama kali berjinak menulis di laman novel+ nie..hehehe

Share this novel

zafieyrah
2019-12-20 16:14:13 

best ah cite ni...btw btol ke u wat cmtu


NovelPlus Premium

The best ads free experience