Episod 11: Cikgu Baru

Romance Series 58047

Isnin adalah hari yang paling tidak digemari semua manusia. Kebiasaannya, perkara ini dibenci oleh golongan pekerja, namun sebenarnya golongan pelajar di sekolah juga benci akan hari ini. Apa tidaknya, murid perlu hadiri perhimpunan rasmi dengan nyanyian lagu kebangsaan, negeri dan sekolah. Itu belum lagi ucapan berjela daripada penolong kanan mahupun tuan Pengetua. Perhimpunan ini boleh dikatakan tempat untuk sesiapa saja melepaskan geram terhadap pelajar.

Kami diperkenalkan dengan kehadiran 2 guru baru, seorang lelaki dan seorang perempuan. Sang lelaki dikenali sebagai cikgu Rosli bin Shalkom manakala sang wanita ialah cikgu Syarifah Haslina Syed Othman. Cikgu Rosli adalah pengetua baru di sekolah ini menggantikan pengetua lama yang berpindah ke sekolah vokasional di Port Dickson. Sementara cikgu Haslina adalah guru mata pelajaran biasa tapi tidak dinyatakan di perhimpunan sebentar tadi.

"Walaupun saya adalah pengetua baharu disini, tetapi saya berharap agar semua pihak tidak kira daripada pihak guru mahupun pelajar, harap diberikan tunjuk ajar kepada saya disini", ujar pengetua baru tersebut.

"Bagi kegiatan kokurikulum, saya akan cuba naikkan sukan bola sepak di sekolah ini supaya kita boleh berjaya di peringkat tertinggi. Saya difahamkan, sukan ragbi disini cukup popular selain sekolah kita adalah pasukan yang kuat. Justeru, saya berharap bola sepak disini boleh berjaya sama seperti ragbi".

Ucapan berkenaan mengundang tepukan gemuruh semua yang berada disitu. Ternyata beliau sempat menyampaikan manifesto awal sepanjang perkhidmatannya disini. Harap-harap tiada undang-undang baru dibuat. Satu hal pula jika tiba-tiba pelajar lelaki wajib botak kepala.

Setelah hampir 1 jam lebih, akhirnya perhimpunan tamat dan pelajar pulang ke kelas masing-masing untuk sesi pembelajaran.

---------------------------------------------------------

"Hai min".

"Hai".

" BM kau dah siap ke?"

"Dah".

"Fuyoo, baguslah kau. Hehehe".

Amelia, pelajar perempuan yang sekelas denganku. Boleh dikatakan dalam kelas, dia antara individu yang layan aku dengan baik. Cuma aku tak terlalu menonjol kerana bimbang diketahui yang lain, maka aku mungkin diejek mereka. Wajah bersihnya mencairkan hati sesiapa saja. Dia juga antara pelajar perempuan yang boleh dikatakan popular di sekolah ini kerana wajah bersih dan menawan. Punggungnya sedikit tonggek. Dia datang ke mejaku lalu membelek buku BM yang aku keluarkan sehelai demi sehelai muka surat. Dah macam cikgu dah aku tengok.

"Nie mesti tak siapkan. Nak tiru la tu".

"Hehehe, semalam buat kerja lain. Lupa pulak BM hari ini. Tahu aku buat BM dulu baru yang lain", jawabnya sambil tersenyum. Aduhai, senyuman yang mencairkan hati aku. Kalau dia tidak popular, dah lama aku cuba.

Sedang dia membelek, cikgu baru di perhimpunan tadi iaitu cikgu Syarifah Haslina masuk ke kelas kami. Semua kembali ke tempat duduk masing-masing. Selepas selesai memberikan salam, pelajar semua dijemput duduk.

"Baik semua, seperti yang sedia maklum saya Puan Syarifah Haslina binti Syed Othman telah menjadi guru baru disini. Jadi, saya akan mengajar kelas ini subjek Bahasa Inggeris menggantikan Puan Siti Silvia yang dah pindah tu", katanya dengan suara yang agak lembut.

"Jadi, sepanjang kelas saya, kamu semua kena cakap Inggeris dengan saya atau dengan kawan sekelas kamu. Kalau kamu cakap BM, satu perkataan akan didenda 50 sen. Tapi hari ini, saya bagi kelonggaran dulu cuma biasakan speaking mulai hari ini. Jika diluar kelas saya, nak speaking boleh, tak speaking pun boleh."

"Okay, saya nak kamu semua perkenalkan diri kamu secara speaking. Mula dengan nama, adik beradik, tempat tinggal dan cita-cita", kata cikgu berkenaan. Nampaknya, cikgu baru ini buat undang-undang baru juga.

"Sebelum itu, saya tinggal di Taman Kobena, Senawang. Sudah berkahwin dan mempunyai 2 anak. Seorang umur sebaya macam kamu semua, seorang lagi umur 10 tahun", katanya lagi dalam bahasa Inggeris.

" Yang sebaya kami tu lelaki ke perempuan", sampuk Afiq, antara pelajar nakal dalam kelas. Dia antara budak yang suka buli aku. Tetapi pertanyaannya mengundang gelak tawa yang lain. Cikgu Haslina hanya tersenyum sambil menjawab "Jantina tak dapat saya nak bagitahu". "Baik kita mula dari sebelah kiri saya".

Daripada meja hujung sebelah kiri, bermulalah sesi pengenalan diri kepada cikgu ini. Aku jadi seronok sebab ini adalah cabaran untuk bertutur dalam bahasa Inggeris memandangkan aku banyak mendengar lagu genre metal dan rock alternatif yang kebanyakkannya daripada barat. Akhirnya tiba giliranku memandangkan aku duduk di barisan kiri.

"Nama saya Muhammad Aminuddin bin Abas, adik beradik ada 2 orang dan saya yang sulung. Saya tinggal di Kampung Dusun Nyior Seremban. Cita-cita saya ingin menjadi seorang jurutera bangunan", jelasku dalam bahasa Inggeris yang agak gagap sikit. Maklumlah pertama kali speaking dalam kelas ini. Jika cikgu yang lama, sesi pembelajaran bercampur dengan BM.

Sesi pembelajaran terus bersambung selama 1jam 15minit. Jujur aku katakan, aku seronok dalam kelas pertama cikgu Haslina ini. Pengajarnya juga agak cantik, suaranya lembut selain potongan badan yang menarik juga tampak seperti bukan ibu anak dua. Melihatkan peribadi serta fizikalnya, teringat aku kepada cikgu lama di menengah rendah yang hampir menjadi ibu angkat aku.

Akhirnya tamat sesi kelas Bahasa Inggeris. Beliau memberikan kerja rumah iaitu buat 5 ayat dalam bahasa Inggeris tentang apa sahaja yang kami ingin kongsikan. Sudah pasti aku akan tulis berkenaan bola sepak dan muzik berat yang aku layan sekarang.

Tiada apa yang menarik selepas itu, sesi pembelajaran dalam kelas dan tepat jam 3.45 petang, barulah pelajar pulang ke rumah masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience