Episod 20: Salam Perkenalan

Romance Series 58056

Diam tak diam, sudah masuk pertengahan bulan April. Sungguh pantas masa berlalu. 7 bulan saja lagi baki yang tinggal untuk peperiksaan paling besar dalam penglibatan aku di sekolah iaitu SPM. Kehidupanku di sekolah tidak seteruk dahulu. Buli masih ada tetapi tidak kerap seperti awal tahun ini dan juga ketika tingkatan 4. Apa yang menyedihkan adalah rakan sekelasku sendiri yang bertindak sedemikian.

Walaubagaimanapun, hubunganku dengan pelajar kelas lain tampak baik. Beberapa pelajar kelas Automotif mula ingin berbual denganku sebagai kawan bukan untuk dijadikan sebagai bahan untuk membuli. Tetapi aku sentiasa berhati-hati dan tidak hanyut dengan keakraban mereka. Hubunganku dengan pelajar perempuan masih sama. Hanya 2 orang sahaja yang sering bertegur sapa denganku iaitu Shafiqah dan Mazlin. Kedua-duanya adalah rakan sekelasku ketika di menengah rendah dahulu.

Hubunganku dengan para guru juga masih sama. Oleh sebab aku bukan pelajar yang nakal di sekolah, aku agak dilindungi jika ada yang ingin membuliku. Cuma nakal di tempat lain itu hanya aku saja yang tahu. Cikgu Haslina masih kekal mengancam tetapi tetap tidak boleh menandingi Cikgu Rozita. Saban hari jika beliau berjalan di tepi kelas kami, semua pelajar lelaki akan memandang beliau di luar. Begitu kuat daya tarikan beliau.

Hubungan intimku dengan Cikgu Haslina juga terhenti atas permintaannya. Beliau menyatakan tidak elok untuk guru dan anak murid menjalinkan hubungan sulit. Sekiranya rahsia besar ini pecah, masa depanku juga akan rosak dan berkemungkinan dibuang sekolah. Tetapi beliau bersedia untuk menjadi teman berbual sekiranya ingin berkongsi masalah mahupun pendapat. Aku bersetuju dengan cadangannya cuma aku tidak pasti sampai bila gelora ini mampu bertahan. Sudah banyak cerita yang aku dengar tentang isteri orang mahupun janda yang kehausan seks.

Sementara itu di pusat tuisyen, sesi pembelajaran masih berjalan. Pelajar baru juga ada yang masuk mendaftar di pusat berkenaan. Aku dah tidak peduli tentang budak baru atau apa. Jija juga sudah lama tidak aku hubungi melalui sms. Dia juga tidak pernah hubungi aku. Mungkin dihalang oleh teman lelakinya untuk berhubung dengan lelaki lain walaupun kawan sendiri. Ah biarlah.

Seperti biasa, sesi hari Sabtu berjalan lancar. Aku mula berpindah tempat duduk ke bahagian hadapan kelas tetapi tidak terlalu depan. Hanya berganjak di bahagian tengah namun bagiku sudah memadai kerana kawasan belakang sudah penuh dan bising.

"Weh".

Aku dengar seperti seseorang memanggil. Rupanya Emilia yang memanggil aku sambil melambaikan tangan. Dia juga pelik mengapa aku duduk di tempat lain. Aku sambil membuat gerak mulut menjawab, 'Belakang tu bising, dah lah sempit. Entah budak mana entah asyik duduk situ. Baik duduk depan'.

Tiba-tiba, Emilia turut mengemas begnya berpindah lalu duduk sebaris denganku. Dia bersetuju dengan pendapatku yang di belakang sudah tidak sama seperti awal bulan dahulu. Aku terdengar juga keluhan daripada rakan-rakanku yang kecewa kerana perpindahanku di barisan depan. Ah, aku peduli apa. Aku nekad dengan keputusanku. Biarlah aku duduk berseorangan sekalipun kerana aku sudah biasa.

Ketika kami menunggu loceng kelas bermula, pelajar baru yang menjadi kegilaanku baru tiba ke kelas. Hari ini, busana yang dikenakan adalah blouse hitam bersama seluar jeans jenis season. Rambutnya yang panjang mengurai tetap dibiarkan lepas. Aku membuat isyarat mata kepada Emilia agar mengajak budak itu duduk bersama mereka. Aku lihat Emilia mempelawanya duduk disebelah kanannya sambil berbual kosong. Barangkali mereka bertanyakan khabar atau memulakan perkenalan. Walaubagaimanapun, aku tidak mahu terburu-buru untuk berkenalan.

Sejak daripada itu, saban minggu aku akan bertanyakan Emilia tentang perihal budak itu sedikit demi sedikit. seperti yang dinyatakan, aku tidak mahu terburu-buru. Nanti aku dikatakan gelojoh. Melalui risikan daripada Emilia, rupanya beliau adalah pelajar sekolah Seri Pagi di Senawang. Padan aku lihat orangnya begitu cantik. Banyak perkara yang aku dengar tentang pelajar perempuan Seri Pagi ini tetapi hanya sekadar mendengar saja namun tidak mempercayai bulat-bulat. Ada yang kata, pelajar sana kebanyakkannya cikaro( minah rempit), diam ubi berisi( pendiam tetapi tubuh mantap), boleh detect kita perokok atau tidak(yang ini memang betul) dan macam-macam lagi.

Selepas itu, Emilia memberitahu nama budak itu adalah Ika. Nama penuhnya tidak diberitahu kerana dia mahukan aku bertanyakan kepada empunya badan sendiri. Aduhai. Tak mengapa, yang penting aku sudah tahu namanya dan sekolahnya. Ini kali kedua aku akan berkawan dengan perempuan Seri Pagi. Pertama adalah Husna, yang aku kenal di Fac. Nanti aku ceritakan tentang beliau di topik akan datang.

Setelah 4 minggu, barulah aku memberanikan diri untuk berkenalan secara berdepan dengannya. Walaubagaimanapun, aku masih tidak berani bercakap secara berhadapan dengannya kerana bimbang diketahui oleh rakanku yang lain. Kalau boleh, aku tak nak mereka tahu yang aku ingin berkenalan dengan Ika. Penyelesaiannya, sekali lagi aku gunakan Emilia untuk mendapatkan nombor telefon beliau. Aku lihat mereka seperti berbisik sesuatu sambil mata menjeling sedikit ke arahku.

"Weh, boleh. Tapi mesej atau call benda yang penting saja".

Emilia memberi pesanan melalui sms di telefonku. Sudah tentu arahan daripada tuan empunya badan. Tak kisahlah. Apa yang pasti, langkah pertama sudah hampir berjaya. Setelah menunggu nombor telefon yang diminta, guru yang mengajar pula masuk untuk memulakan sesi pembelajaran.

Akhirnya, tamat sesi pembelajaran untuk sesi Sabtu. Pelajar berpusu-pusu keluar daripada kelas. Geng aku juga sudah keluar dan turun ke bawah. Hanya aku setia menanti Emilia, Aisyah dan Ika untuk turun bersama-sama. Aku juga ingin berbual sekejap dengan Ika.

"Eh kau tak turun lagi?", Tanya Aisyah kepada aku.

"Tak. Aku tunggu korang. Dah lama tak jalan sama dengan korang. Hehehe."

"Eleh, ya lah tu. Entah-entah sebab ada Ika. Kalau tak mana pernah kau tunggu kami semata-mata nak turun tangga sama-sama", balas Aisyah lagi. Aku cuma mampu ketawa saja. Ika pula hanya tersenyum saja.

"Hai Ika, pergi balik biasa naik apa?", Aku cuba berbasa-basi sedikit.

"Hai. Balik dengan abang. Dia selalu jemput dan hantar ke sini."

"Oh. Kenapa tak naik bas?"

"Tak pandai naik bas. Hehehe".

Ehem, macam orang kaya saja dia ini. Tak pandai naik bas? Ini mesti spesies daripada kecil naik kenderaan sendiri. Zahid dulu agak sukar untuk aku ajak menaiki bas. Jenuh mengajarnya cara membeli tiket, pilih destinasi untuk turun. Mujur selepas itu dia sudah tahu semuanya.

"Eh awak, takpe ke saya ambil nombor telefon awak? Saya memang macam ini. Nombor budak berdua ini pun saya ada. Sengaja saya nak simpan, senang untuk masa akan datang."

"Boleh, tapi hal yang penting saja ya. Kalau mesej mengarut memang tak akan dilayan lagi-lagi kalau mesej berantai. Nak kena sebarkan 200 orang la, kalau tak sebar nasib tak baik la apa la. Macam apa je".

Tersenyum aku mendengar omelannya. Mustahil untuk aku kongsikan mesej mengarut seperti itu. Buat habis kredit aku saja.

"Jangan risau, tak buat macam tu. Hehehe".

Aku keluarkan telefonku untuk mendail nombornya tetapi sayangnya, telefon bimbitku mati pula. Aku mengeluh panjang. Ika hanya tersenyum lalu mengeluarkan pen dan meminta aku menghulurkan tangan kiriku. Dia terus menulis nombor telefonnya di atas tanganku sambil tangan kanannya memegang pergelangan tanganku. Baru kenal sudah bersentuhan pula. Aku lihat dia menulis nombornya dengan tangan kiri. Kidal rupanya.

Setelah selesai, kami terus turun ke bawah lalu berpisah ke haluan masing-masing. Aku seluk tangan kiriku di saku seluar supaya rakan-rakanku yang menunggu dibawah tidak tahu akan nombor ini. Walaupun mereka kawan aku, aku tidak percaya akan mereka terutama sekali bab perempuan.

"Lamanya kau, pergi mana tadi?", tanya Zahid.

"Tandas. Dah jom balik".

Sebaik saja tiba dirumah, aku cas telefon dan terus simpan no telefonnya apabila skrin mula menyala. Hatiku tersenyum memikirkannya. Adakah aku angau sekali lagi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience