Bab 26

Adventure Completed 306

Akia pulang ke rumahnya.
dia dapat rasakan seseorang di belakangnya.
asyik mengekori nya.

"apa yang kau nak?"~Akia tidak memalingkan mukanya tetapi, memberhentikan langkahnya.

"aku cuma lah nak tahu tentang kau. salah ke?dan aku nak tahu kenapa orang lain pandang kau macam ada sesuatu."~Lelaki di belakangnya ingin tahu.

"satu,kau tak perlu tahu apa apa tentang aku. ya,ianya memang tak salah kalau kau nak tahu tentang orang lain tapi,aku bukan macam orang lain.dua,macam yang aku cakap tadi,kau tak perlu tahu tentang tu."~Akia memandang lelaki di belakangnya.
Kikena.

"kenapa?kenapa kau asyik bersikap dingin? perlu ke kau bersikap macam tu?"~serentak itu,Akia menggunakan kuasa anginnya untuk mencampakkan Kikena jauh sedikit.

"aku buat semua ni untuk kebaikan."~Akia berlalu pergi dari situ.

"kebaikan?kebaikan kepada siapa?kau sendiri?"~Akia menghentikan pergerakan nya.

"you don't know anything.so, jangan masuk campur urusan aku.kalau tak,kau sendiri akan terima akibatnya. aku tak nak korang terbabit.lagi satu,jangan percaya kan sangat budak bernama Gashi tu. dia pengkhianat"~Akia pergi dari situ dan melajukan pergerakan nya.

"kuasa kegelapan semakin menguasai dia. tak lama lagi,ianya akan jadi lebih berkuasa. kasihan Karma."~seorang lelaki misteri sedih melihat sahabatnya dahulu terperangkap dalam kuasa kegelapan.
dia tahu kuasa kegelapan itu semakin memakan diri Akia.

di rumah Akia.

Akia yang baru sahaja pulang dari sekolah itu sangat keletihan.
Akia berguling-guling di atas katilnya itu.

"apa yang saya katakan pada Kikena tadi?kenapa saya rasa penat sangat ni..."~Akia tertidur tanpa dia sedar.

di rumah Tesra.

Tesra yang sedang memasak itu perasan yang ada seseorang di belakangnya.

"macam mana tadi?ada apa apa yang berlaku?"~Tesra bertanya tanpa memandang si pemilik suara itu.

"kuasa kegelapan semakin menguasai dirinya. Akabane betul betul mahu bersama Karma. tapi,cara dia tu salah."~suara lelaki

"kalau kita perlu bertindak,kita bertindak."~suara lelaki itu hilang.

di rumah Kikena.

"Akia ada kuasa angin. angin dia memang kuat. dan,aku perasan pada mata dia masa dia marah aku tadi. ada sedikit parut. lepas tu,hilang."~Kikena perasan semasa Akia memarahinya tadi.
terdapat parut kecil pada matanya.
tetapi,terus hilang begitu sahaja.

"abang,saya lapar lah. buatkan makanan."~kedengaran suara adiknya,Takako baru pulang dari merayau.

"ok."~Kikena bangun dan menyiapkan makanan

"macam mana sekolah tadi?"~Kikena bertanya selepas sahaja melihat adiknya duduk di sofa.

"macam biasa,tak ada apa apa yang menarik. tapi,yang peliknya adik rasa ada sesuatu yang tak kena."~Kikena pelik.

"adik pergi tandas lepas tu,ada seseorang yang menahan pintu. adik terperangkap dalam tu. lepas lama sikit,adik tak boleh tahan. adik terus tolak pintu dengan kaki sekuat hati. tak bergerak juga. lepas tu,adik guna tangan baru bergerak. itu yang peliknya."~Takako bercerita kepada Kikena.

"peliknya. tapi bukan ke biasa nya adik pergi dengan Gashi,kawan adik tu?"~Kikena teringat kawan adiknya,Gashi.

"mana boleh pergi dua orang. apalah."~Takako memarahi abangnya.

"betul ke apa yang Akia katakan pasal Gashi?"~Kikena teringat Akia memberitahu dia bahawa Gashi ialah pengkhianat.

"abang,dah siap ke belum makanan tu?"~Takako menghentikan lamunan Kikena.

"dah. marilah makan "~Kikena meletakkan makanan yang sudah siap itu diatas meja.
Takako dan Kikena makan bersama.

"adik,abang nak suruh adik buat sesuatu boleh?"~Kikena berhenti makan

"apa?"~Takako memandang abangnya.

"abang nak ajak seorang lagi masuk kumpulan kita."~kumpulan itu terdiri daripada Kikena,Takako dan Gashi sahaja.

"buat apa?"~Takako pelik.

"masukkan jelah. sekurangnya dia boleh jaga kamu."~Takako menjadi semakin pelik.
jaga?

"boleh tak ni?"~Takako bertanya siapa menggunakan isyarat.

"Akia."~Takako pun terus bersetuju.

di rumah Akia.

Akia masih lagi tidur.
Alia masuk ke dalam bilik Akia.

"kenapa dia nampak letih sangat?"~Alia membiarkan persoalan itu tidak terjawab.

jam 9.45 malam.

Akia masih tidur.
seseorang yang halimunan masuk ke dalam bilik Akia.

"saya serahkan pedang ni pada awak,Karma. i'm sorry because I'm not tell the truth"~lelaki halimunan itu meletakkan pen di atas meja Akia.
lelaki itu hilang.

keesokan harinya.
Akia bangun dari tidurnya lebih awal dari biasa.
jam 4.30 pagi.

"pen siapa pula ni?"~Akia mengambil pen di atas mejanya.

dia tersentuh butang kecil tiba tiba sahaja pen itu berubah menjadi pedang yang dia kenal.

"ini kan pedang Koena. tapi,ianya tidak bercahaya. mestilah,sebab saya bukan keturunan keluarga Korloena."~Akia teringat akan Rayyan.
hanya Rayyan boleh menggunakan pedang Koena.

"mungkin Tesra bagi."~Akia mengandaikan.

Akia bersiap untuk ke sekolah.
Akia masuk ke kawasan sekolah dan kelihatan semua orang memandangnya.
ramai yang sudah mula membisik.
Akia masuk ke dalam kelasnya.

"Akia,aku ada benda nak bagitahu kau. aku nak minta maaf pasal semalam. dan,saya nak awak masuk dalam kumpulan adik saya. Takako dan Gashi."~Akia terus mengangguk

"dia kenal ke dengan Gashi. biarlah"~Kikena monolog

waktu rehat.

Kikena sudah ke kantin.
Akia tidak terasa mahu makan.
seorang lelaki datang ke meja Akia dan menghentak meja secara tiba tiba.
tetapi,Akia tidak terkejut kerana dia sudah menjangkakan perkara itu.

"nak apa?"~Akia bertanya dengan lembut.

"kau ni kan,memang pembawa sumpahan kau tahu tak?"~Seorang lelaki berambut hitam pacak.

"so?ada masalah ke?"~Akia tenang.

"kau tahu tak sebab kau,Zack dan Mark hilang. mesti kau juga yang buat,betul tak?kau ni memang pembawa masalah."~kawan kawannya yang lain menyokong.

"sebab diorang cari masalah dengan aku. so,diorang yang kena. diorang yang bersalah . bukan aku. and,kalau korang tak nak kena,lebih baik korang jangan cari pasal dengan aku. "~mendengar itu,lelaki berambut pacak dan kawan kawannya yang lain pergi.

"jadi,betullah yang abang akan lakukan apa apa sahaja untuk saya. tapi,cara dia salah."~Akia berfikir.

Kikena baru sahaja masuk ke dalam kelas dan kelihatan ramai yang mula bercakap tentang Kikena dan Akia.

waktu pulang.

Kikena dan Akia bertembung dengan Takako dan Gashi.
sekali pandang sahaja Akia boleh tahu segalanya tentang orang yang dipandang.

"Akia,ni Takako adik aku dan sebelah dia pula Gashi,kawan adik aku."~mereka bersalaman tanda perkenalan.

"Akia. dah habis kan,aku pergi dulu."~Akia meninggalkan Takako,Kikena dan Gashi disitu.

"apasal tu?"~Gashi bertanya.

"entah. biarlah. jom balik. Gashi,selamat tinggal."~Kikena dan Takako meninggalkan Gashi sendirian.

"so,he is Karma. I must to tell Akabane."~Gashi mengeluarkan telefon nya.

"you no need to tell my brother about that. he already know about me."~Akia yang entah dari mana datang merampas telefon Gashi.

"Karma."~Gashi agak terkejut Akia berada di situ.

"aku bukan Karma tapi Akia. ingat,jangan berani panggil aku dengan nama tu. kalau tak..."~Akia menggunakan kuasa anginnya untuk melempar Gashi.
Gashi terpelanting jauh.

"itu lah yang akan berlaku."~Akia pulang ke rumahnya.

Akia masuk ke dalam rumahnya.

"akak,ada orang masuk bilik adik tak semalam?"~Alia menggeleng.

"tak pelah.adik masuk bilik dulu."~Akia masuk ke dalam bilik nya.

Akia membersihkan dirinya dan bersedia untuk berlatih.
dia berlatih menggunakan pedang Koena.
setelah lama dia berlatih,Akia berhenti untuk berehat
dia menulis sesuatu di dalam buku diari nya.

Hari ini,saya mahu senaraikan tentang pembunuh-pembunuh kawan kawan saya.
saya dapat tahu yang mereka bersekolah di SMK Ford Concullens.
senang saya mahu senaraikan.
kecuali Emily.
tetapi,saya boleh melukis gambar dia.
dan,saya berjumpa dengan Gashi. orang baru barangkali.
dia hanya sebagai pemberi maklumat.
saya dan yang lain akan habiskan mereka.
walaupun mereka tidak tahu tentang ini,saya dapat rasakan yang mereka akan tahu juga nanti.

gambar Texla.

Nama:Texla Boane
kuasa:api
lawan:Takako Katsumi.

gambar Kyle.

Nama:Kyle Hakim
kuasa:ais
lawan:Kikena Katsumi

gambar Kaneko.

Nama:Kaneko Kiana
kuasa:kristal
lawan:Talia Kakumi

gambar Hatsune

Nama: Hatsune Minju
kuasa:air
lawan: Zakariah Hanani

Akia melukis gambar Emily

Nama: Emily Kho
kuasa: elektrik
lawan:Haneru Iona/Estik.

manakala saya akan berlawan dengan Akabane.
Akabane telah membunuh ramai orang yang tak bersalah.
seperti:

Tiara - ibu Rayyan.
Raja Kaliq - ayahanda
Permaisuri Afira - bonda.
Zack - pembuli
Mark - pembuli

yang lain,saya tak tahu.
mungkin lebih ramai lagi.

Akia menutup bukunya.

TAMAT FLASHBACK
*********

Kikena dan yang lain yang baru sahaja habis membaca apa yang mereka belum tahu itu terkejut dengan apa yang Akia sudah lalui.

"tak sangka yang Akia lalui semua benda ni."~Takako mengiakan kata-kata Kikena.

"Akabane,jadi dialah yang dah lakukan semua ni."~Talia pernah dengar yang Akia penyebab semua tu tetapi dia tidak mempercayai nya.

Kikena membelek muka surat sebelah.

hari ni saya,Takako dan Gashi akan mengacau seorang perempuan.
dia ialah Hanani.
mungkin Kikena rasa yang saya perlu beritahu Hanani secepatnya.
tetapi,perlu ke masa tu? selepas saya mengambil peluang untuk melarikan diri daripada tempat tu,saya pergi ke tempat Hanani berada.
saya memberitahu yang sebab mereka yang lain suka mengacau dia ialah kerana dia istimewa.
dia agak terkejut kerana dia tidak nampak saya.
agak seronok bila nampak dia gelabah.
mungkin pengaruh Akabane dulu.
malam itu,saya dapat tahu apa yang akan berlaku.
saya hanya memerhati apa yang berlaku.
setelah Hanani membunuh Gashi,saya terus mengemaskan semuanya.
habis bersepah satu tempat itu.
Hanani sudah tidur dan Gashi sudah saya tanam.
akhirnya,sudah tiba masanya untuk saya tidur.

"apa?Hanani yang bunuh Gashi?"~Takako agak terkejut.
Hanani hanya mengangguk perlahan.

"dia ialah pengkhianat,Takako. dia tak patut hidup pun."~Hanani memberitahu.

"ya,betul tu."~Kikena mengiakan

muka surat seterusnya.

saya pergi ke sekolah.
seperti biasa,ramai yang sudah membawang tentang saya. kedengaran lelaki berambut pacak semalam bersama kawan kawannya sudah hilang.
haduih..abang...apa lagi lah yang saya boleh buat.
kenapa saya perlu dengar semua caci maki mereka?kenapa saya dikurniakan kuasa ni?saya merana dengan kuasa ini. mereka yang lain di planet Karbial cemburu dengan saya kerana mempunyai kuasa solar. tetapi,mereka tidak tahu betapa sukarnya untuk mengawalnya.
setelah saya perasan Hanani sudah datang ke sekolah,saya rasa ini ialah masa yang sesuai untuk memberitahu tentang kuasa dia.
saya pura pura tidur supaya senang saya berkomunikasi dengan Hanani.
setelah saya memberitahu tentang nya,saya perasan yang masih tiada sesiapa di dalam kelas kecuali saya,Kikena dan Kyle.
selepas membaca fikiran nya,saya dapat tahu yang ini semua rancangan dia.
saya sudah selesai memberitahu kesemua mereka tentang kuasa mereka. sekarang,tiba masa untuk saya dan yang lain ke planet Karbial nanti.
tak sabar saya nak jumpa Haneru.

"nampaknya Haneru dan Akia sangat rapat."~yang lain menyokong.
Haneru masih menjaga Alia yang masih pengsan.

muka surat sebelah.

semalam,saya mendapat mimpi buruk. abang saya tak henti henti menyuruh saya berputus asa. apa yang mengejutkan saya,abang saya mempergunakan Arian Nansui untuk berlawan dengan saya.
Arian dan saya mempunyai kuasa angin. saya tak boleh nak lupakan mimpi itu.
ianya sangat ngeri.
abang juga ada katakan yang semua ini salah kakak Alia. kalau dia tidak menyentuh buku diari abang,kami sekeluarga masih bahagia dan gembira. saya terkelu pada masa itu. tidak tahu mahu beritahu apa. tak sangka kakak Alia sanggup menyentuh buku diari abang.
malam itu,saya faham banyak benda. abang jadi begitu sebab kakak Alia. dan memandang kan abang Akabane mahukan saya,saya tak tahu nak buat bagaimana. mungkin putus asa?jangan. saya tak boleh. untuk yang lain dan juga Rayyan.
saya takkan.

"jadi,semua ini salah Alia?"~Kikena dan yang lain tidak tahu.

"entahlah. itu kita kena tanya Alia sendiri. "~Mereka sambung membaca.

muka surat sebelah

hari ini,saya dan yang lain akan ke The Death. setelah berhari hari kami menempuhi cabaran,kami sampai juga.
dan,sepanjang perjalanan saya asyik mendengar suara abang Akabane di telinga saya. saya tak boleh berputus asa. untuk semua yang telah berkorban untuk saya,untuk ayahanda dan bonda,untuk Rayyan.
saya perasan pokok yang sama masih ada.
saya melakukan apa yang pernah saya lakukan.
menarik tuil itu.
istana usang milik abang keluar dari tanah.
mereka yang lain terkejut. saya buat tak kisah je. sorry,guys.
saya agak terkejut kerana Arian Nansui di pukau oleh abang.

seperti yang dijangka,
Texla berlawan dengan Takako,
Kyle berlawan dengan Kikena,
Kaneko berlawan dengan Talia,
Hatsune berlawan dengan Hanani manakala Haneru berlawan dengan Emily.
tetapi,saya tak sangka yang saya perlu berlawan dengan Arian.
maafkan saya,kakak. saya terpaksa bunuh dia.
saya lakukan semua ini untuk kakak Alia dan yang lain.
melihat kakak Alia yang meracau dan memarahi saya tentang itu,saya terpaksa menggunakan kuasa solar saya.
i'm sorry..
Akabane muncul dan pada masa itulah saya rasa tak sedap hati.
saya serahkan buku ini dan semuanya kepada Haneru . jika ada sesuatu berlaku pada saya,saya harap mereka boleh bantu saya.

"wow,jadi dia pemilik kuasa solar."~Talia menganggumi nya.

"dia ada bagitahu dalam ni yang dia menderita dengan kuasa itu. saya bersimpati."~Hanani bersimpati dengan Akia.

"korang,ada note lah."~Kikena membaca.

' guys,i'm sorry because saya tinggalkan awak semua. saya dapat rasakan yang akan ada sesuatu berlaku kepada saya. jadi,saya nak minta tolong awak semua. tolong carikan Tesra Rayu. dia boleh tolong kamu semua. dia boleh bangunkan kakak Alia. dan,tolong carikan Rayyan untuk saya. hanya dia boleh selamatkan saya dan menggunakan kuasa sapphire 7 crystal. saya tahu yang dia masih hidup. saya dapat rasakan nya. tolong,carikan dia. '~note.

"Tesra Rayu?macam mana kita nak cari dia?"~mereka berfikir.

"kamu semua mencari saya?"~kedengaran suara seorang wanita di belakang mereka.
mereka menoleh.
mata wanita itu mengejutkan mereka.
Haneru yang seperti pernah mendengar suara itu terus keluar.
nak sahaja Haneru menjerit nama wanita itu tetapi tidak boleh. jadi,dia berlari ke arah wanita itu dan terus memeluknya.

"hai,Haneru. kamu sihat?"~Haneru mengangguk.

"Haneru,siapa ni?"~disebabkan tiada gambar wanita itu di dalam buku Akia,mereka tidak mengenalinya.

"saya Tesra Rayu. selamat berkenalan.saya dah dengar semuanya tadi"~Tesra duduk di atas sofa bersama Haneru.

"jadi,awak ialah kakak Rayyan. boleh awak bangunkan Alia yang sedang pengsan?"~Tesra mengangguk dan ke arah bilik Alia/Akia.

mereka yang lain hanya mengikut.
Tesra menggunakan kuasa penyembuhan nya untuk membangunkan Alia .

Alia membuka matanya perlahan-lahan.
setelah dia dapat melihat dengan betul,dia gembira melihat wanita dihadapan nya.

"Tesra."~Alia terus memeluk Tesra dan menangis semahunya.
mereka yang lain pelik. tidak pernah melihat Alia menangis.

"sudah lah tu,Alia. "~Tesra melegakan Alia.

"apa yang berlaku?mana Akia?"~Mereka yang lain menceritakan apa yang berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience