mereka pulang bersama setelah hari sudah gelap.
sejak Akia masuk ke dalam rumah itu,Akia hanya terdiam.
ketika makan malam,Akia hanya makan sahaja. dengan muka yang agak masam.
"Akia,kenapa kau senyap je dari tadi?"~Hanani bertanya memecah kesunyian.
"bukan ke dia memang selalu senyap?"~Talia berkata.
"betul cakap Talia tu. biarlah dia senyap pun. kan lagi bagus."~Takako menyokong Talia.
"sudah sudah lah tu. sekarang,habiskan makanan tu."~Kikena malas mendengar mereka bertengkar.
Estik yang berada di situ hanya makan dan menghiraukan perbualan mereka.
Akia bangun kerana sudah habis makan.
Estik hanya memandang Akia.
"tengok,korang lah ni. tak pandai nak tutup mulut."~Kikena menuju ke arah dapur kerana sudah habis makan.
Kikena mencari kelibat Akia.
tetapi, malangnya Akia sudah tiada di situ.
"mana dia pergi?"~Kikena tertanya tanya dimanakah Akia.
"kenapa kau kesah sangat pasal aku?"~Suara Akia di gegendang telinga Kikena.
"mana kau?"~Kikena tercari cari.
"aku tak ada kat situ."~Akia berkata.
"macam mana?"~Kikena terkejut.
"semuanya akan terbongkar nanti. kau suruh diorang berkumpul dekat bilik perbincangan."~Suara Akia hilang.
"ok "~Kikena hanya mengikut.
Kikena pergi ke arah meja makan.
kelihatan Estik,Talia,Takako dan Hanani masih makan.
"korang,Akia suruh kita berkumpul dekat bilik perbincangan. jom lah."~Mereka semua bergerak ke bilik perbincangan.
di bilik perbincangan.
kelihatan Akia sudah berada di situ.
"baiklah,kenapa kau suruh kitorang berkumpul?"~Takako terus bertanya setelah masuk ke dalam bilik perbincangan itu.
"aku nak tengok perkembangan korang "~Akia memberitahu.
"perkembangan kitorang?"~Mereka semua duduk.
"tentang rancangan yang aku bagitahu korang hari tu."~Akia menjawab.
"start daripada Kikena dulu."~Kikena bangun dan menghasilkan pedang ais.
"wow"~Mereka mengagumi pedang ais milik Kikena itu.
dia melibas libas pedang itu .
"bagus. itu dah cukup untuk cincang 'dia' sampai mati."~Akia tersenyum nipis.
"baiklah,Takako pula. Kikena,sediakan ais. tempat ni mungkin terbakar nanti."~Akia menyuruh.
Kikena sudah bersedia dengan ais nya.
manakala Takako bersedia dengan burung pheonix nya.
Takako menumpukan sepenuh tenaga.
seekor burung pheonix keluar dari tangan Takako.
burung itu agak besar.
"hebat."~Kikena menggunakan ais nya untuk menyejukkan pheonix itu.
kerana pheonix itu telah menjadi terlalu marak.
"pheonix itu dah cukup untuk membakar si pengkhianat tu."~Akia tersenyum sinis kecil tidak menampakkan giginya.
"Talia pula. tapi,aku sarankan jangan buka teleportal Z tu sekarang."~Akia menyuruh.
Talia menjadikan Kristal nya itu menjadi busur panah.
dia menarik busur panah itu tepat terkena epal yang berada di atas meja itu.
"tepat pada sasaran."~busur panah di simpan.
"giliran Hanani pula."~Hanani mengeluarkan sebilah pisau air daripada tangannya.
Hanani melempar pisau itu terkena pada buah epal yang sama.
"bagus."~Hanani mencabut semula pisau itu dan menyimpan nya.
"esok,kita akan memulakan perjalanan. jadi,korang dah boleh balik ke bilik masing masing dan berkemas. esok kita akan menempuh perjalanan yang panjang."~Akia keluar daripada bilik perbincangan itu.
mereka tercengang melihat perangai Akia yang terus keluar itu.
kecuali Estik.
dia mengikuti belakang Akia.
yang lain masih berada di situ.
"kenapa Akia suka buat benda sesuka hati?dan kenapa dia dan Estik tak keluar kan kuasa diorang?"~Takako membebel.
"manalah aku tahu."~Talia mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
"dah lah tu,jom masuk bilik. esok kita nak pergi sana."~Takako,Talia dan Hanani keluar daripada bilik itu.
Kikena masih berada di dalam bilik itu.
dia sedang berfikir tentang Akia dan Estik.
"kenapa aku rasa macam Akia dan Estik tu pernah bersama?dan macam diorang tu ada rahsia sendiri. lebih lebih lagi,Akia."~Kikena berfikir.
"tapi,Estik hilang ingatan jadi aku tak patut fikirkan sangat pasal dia. apa yang aku nak tahu sekarang ialah siapa Akia?"~Kikena masih berfikir.
satu kertas tiba tiba berada di meja berdekatan Kikena.
dia melihat kertas itu.
itu bukan kertas biasa tetapi ianya peta.
peta ke The Death.
"kau akan perlukan nya nanti. kau akan tahu juga nanti."~Suara Akia bergema.
"macam mana kau boleh berkomunikasi dengan aku sedangkan kau ada dalam bilik?"~Kikena bertanya.
"jangan risau,Kikena. semua benda akan terbongkar juga nanti. kau tidur lah,Kikena. esok kita akan memulakan perjalanan."~Suara Akia menghilang.
"baiklah. ada betul nya juga kata dia tu.lebih baik aku bersiap dan tidur."~Kikena bangun dan masuk ke biliknya.
di dalam bilik Akia.
"sekarang, perjalanan yang jauh akan ditempuhi."~Akia tertidur setelah selesai mengemas.
mimpi Akia.
Akia sedang bersandar pada pokok yang agak rendang dan juga teduh.
Akia sedang membaca sebuah buku.
kacamata nya tiada bersamanya.
matanya yang berwarna merah itu masih tiada parut.
rambutnya yang berambut putih itu berterbangan terkena angin.
"bila kau dah jadi sebahagian daripada kumpulan aku,takkan ada sesiapa yang dapat halang kita daripada takluk planet ni. dan juga planet bumi. "~Satu suara yang Akia kenal.
Akia terbangun kerana agak terkejut kerana tiba tiba sahaja datang.
pada mata sebelah kanan Akia terdapat parut.
"apa lagi yang abang nak,hah?saya dah kata yang saya takkan ikut abang lah."~Satu lembaga hitam muncul di hadapan Akia.
lembaga itu berterbangan.
"Ish...janganlah macam ni,Akia. atau mungkin ke aku patut panggil kau Kurai?"~Lembaga itu ingin menghasut Akia.
dia mengelilingi Akia.
"jangan ingat saya tak tahu makna nya lah. maknanya, kegelapan."~Akia hanya memandang ke bawah.
"alah...Akia,kalau kita bersama kita akan menjadi lebih kuat. jangan lupa yang kuasa kegelapan aku masih berada di dalam diri kau tu. sebab tu kau ada parut tu. "~Akia menghela nafasnya.
"bila kau bersama aku,kau akan jadi seperti dia. dan lepastu,aku boleh bunuh dia. kalau tak pun,kau je yang bunuh dia."~Seorang lelaki yang dia kenal memandangnya tajam.
walaupun matanya berwarna ungu gelap dan juga rambut nya yang mempunyai banyak campuran ungu itu,Akia masih kenal dengan rupa itu.
lelaki itu tersenyum sinis.
"Arian?kenapa abang kena jebak kan dia dalam ni,hah?kenapa abang buat semua benda ni,abang Akabane? kita masih lagi satu keluarga ingat tu."~Akia mendesak.
"ini semua salah Alia!salah kakak . kalau dia tak ambik dan baca diari aku,pastinya kita masih lagi berbaik sekarang ni!"~Akabane mula menjadi marah.
Akia terkejut.
"tapi,apa kena mengena Arian dan saya?"~Akia bertanya.
"aku tahu yang kau tak suka pun dengan Arian. dan,Alia tak mati lagi. dia ada dengan kau,kan?jadi,aku nak hapuskan semua yang dia sayang. tapi,kau mempunyai kuasa yang tiada pada orang lain. "~Akabane tersenyum ternampak gigi gigi nya yang tajam itu.
"bila kau dah sampai ke sana,kau akan menjadi orang kanan aku sedikit demi sedikit. dan tak ada sesiapa yang akan dapat tolong kau masa tu!"~Akabane mula menjadi tidak tentu arah.
seperti orang gila.
"tolong lah..jangan buat saya macam ni...saya buat semua benda ni, supaya abang dapat hilang dari dunia ni. saya cuma nak abang pergi dari dunia saya.."~Akia menutup telinganya dan matanya erat.
Air matanya mula keluar.
"walaupun saya ada kuasa tu,saya tetap merana abang tahu tak?kuasa solar saya boleh menghapuskan segalanya. saya tak nak hilang kawalan lagi!"~Akia tidak tentu arah.
"bila kau dah bersama aku,semua benda kita akan kongsi bersama. kesakitan,keperitan,kesenangan ketika melihat semua mangsa kita merayu agar dilepaskan."~Akia masih menangis.
"tolonglah.....lepas ni,saya nak hidup seperti manusia biasa. saya dah tak nak terbabit dengan kuasa lagi dah!"~Akia pula yang meracau.
Arian terus menghilang.
tetapi,Akabane masih berada di hadapan Akia.
"jangan risau,adikku. nanti,abang akan berikan kesenangan kepada adik. dan lepas tu,semua orang akan tunduk hanya kepada kita."~Akabane masih lagi cuba mahu menghasut Akia.
"tolonglah...jangan... ganggu.. saya...lagi.... saya..tak nak..rasa sakit lagi.."~suara Akia menjadi semakin perlahan.
dan terus terjatuh
Akabane menyambut Akia.
"jangan risau,Akia. abang akan buang semua keperitan adik."~Akabane membaringkan Akia.
Akabane menghilang.
di alam nyata.
Akia sedang menangis sambil tidur di sebelah katil .
Alia yang berada di atas katil itu pelik kerana dia tidak pernah melihat adik nya berkelakuan begitu.
menangis pun tak pernah dia tengok, apatahlagi menangis sambil tidur.
terlihat parut pada mata sebelah kanan nya itu bercahaya.
Alia tidak tahu dari mana dia mendapat parut itu.
jadi,dia tidak fikirkan nya sangat.
"kenapa dengan Akia kebelakang ni?"~Alia bertanya kepada dirinya.
Share this novel