mereka tiba di dalam sebuah bilik yang mempunyai banyak kristal.
"ini ialah simulasi daripada gua Kristal."~Akia memberitahu.
"bermakna,ini perlawanan aku."~Talia bersemangat.
"bagus lah aku tahu yang kau bersemangat untuk berlawan."~seorang perempuan berambut hitam pendek, mempunyai mata berwarna hijau datang.
"aku kenal kau. kau Kaneko. rakan sekelas aku. kau yang duduk belakang aku kan?"~Kaneko menepuk tangan nya.
"hebat pemerhatian kau,Talia Kakumi. aku lawan kau,jadi jangan anggap kita rakan sekelas dan mari berlawan sehabis baik."~Kaneko mencabar Talia.
"oh,hai bitch. aku ingat kau dah mati. bersama sama dengan manusia tak guna tu."~Kaneko tersenyum sinis kepada Akia.
"enough,Kaneko. Talia, hasilkan nya."~Akia tidak mahu mendengar apa apa lagi.
"baiklah,kalau kau dah cakap macam tu."~Talia menghasilkan panah kristal.
Kaneko pula menghasilkan pedang kristal.
Akia agak terkejut melihat pedang yang dihasilkan oleh Kaneko.
"pedang tu..."~Akia teringat sesuatu.
"mari mulakan nya."~mereka memulakan perlawanan.
perlawanan agak sengit kerana setiap panahan Talia di tepis oleh pedang Kaneko.
tetapi,Talia tidak berputus asa dan terus berusaha.
"Cristal Archer Arrow!"~tepat pada tangan Kaneko membuatkan pedang itu terjatuh daripada tangan Kaneko.
"buka teleportal Z sekarang."~Talia membuka teleportal Z.
Kaneko termasuk ke dalam teleportal Z dan terus hilang.
"bagus tu,Talia. kau dah kalahkan Kaneko."~Mereka bangga.
"mari kita tewaskan mereka."~Kikena tersenyum melihat ahli kumpulan nya bersemangat.
mereka menuju ke bilik seterusnya.
mereka yang lain sudah berada di hadapan.
Akia berhenti seketika.
tiada sesiapa yang perasan.
"be strong,Akia..be strong."~Akia meneruskan perjalanan.
pintu terbuka.
di tengah tengah tempat itu terdapat kolam yang agak besar.
"ini perlawanan Hanani. kau kena berlawan di tengah tengah kolam tu "~Akia memberitahu.
"pandai nya "~seorang perempuan berambut kuning tocang dua, mempunyai mata berwarna biru datang
"Hatsune?"~Hanani terkejut melihat rakan sekelas nya berada di situ.
"pandai kau teka."~Hatsune tersenyum nakal.
"tapi,macam mana aku nak berlawan atas air?"~Hanani bertanya.
"kau kan ada kuasa air. jadi gunakan nya."~Hatsune berjalan di atas air.
"baiklah..aku cuba."~Hanani sudah berada di atas air.
"sekarang,mari kita mulakannya."~Hatsune memulakan serangan dengan membuat ombak ke arah Hanani.
Hanani menggunakan air sebagai pelindung.
"gunakannya."~Akia memberi arahan.
Hanani memikirkan bentuk pisau itu dan terhasillah pisau air.
"Duo Water Knife "~Hanani melempar dua bilah pisau terkena tepat di dada dan dahi Hatsune.
"tinggal Estik dan Akia je. Estik,buat sehabis baik tau."~Talia memberi semangat.
Estik mengangguk pantas.
dia sudah bersemangat.
mereka ke bilik seterusnya.
bilik itu seperti hutan.
terdapat banyak tumbuhan menjalar.
"giliran Estik untuk berlawan."~Akia memandang Estik.
"nampaknya kau hidup lagi."~Seorang perempuan berambut kuning tocang satu , mempunyai mata kuning gelap tersenyum.
"apa maksud kau?"~Kikena bertanya.
"korang tak kenal siapa aku tapi,aku pasti seseorang tu takkan lupakan aku."~Perempuan itu memandang Akia.
"nampaknya,pangkat kau dah turun,Emily."~Akia menyindir.
"pangkat aku turun pun sebab Rayyan yang tolong kau dan Tesra yang teleport kan dia. kalau dia tak tolong Iona,pastinya dia dah mati sekarang. dan sekarang ialah masa yang sesuai untuk aku bunuh dia betul betul."~Emily menyebut nama yang Rayyan, Tesra dan Iona.
"jadi betullah yang dia ialah Haneru Iona aku."~Akia memandang Estik.
"ye. dia ialah Haneru Iona Yang kau sayang sangat tu. tak sangka daripada manusia biasa dia boleh ada kuasa. seingat aku,aku hilangkan ingatan Iona je.aku sasarkan tengkuk dia dulu dan tak sangka sekarang dia jadi bisu. mesti seronok kalau aku bunuh dia. hahaha"~Emily ketawa.
"apa maksud dia,Akia?"~Yang lain bertanya kepada Akia.
"tak perlu nak bercakap lagi. Haneru Iona, sekarang masanya untuk aku hapuskan kau."~Emily mencabar Estik/Iona.
"Haneru,awak perlu menang ni. kalau betullah apa yang dia katakan tu,awak perlu kalahkan dia."~Akia berkata kepada Haneru.
Haneru mengangguk.
dia percayakan Akia.
Haneru mengenakan kejutan elektrik kepada Emily dengan kelajuan yang sangat laju.
Emily tidak dapat mengelak.
"nampaknya,kuasa elektrik dah sebati dengan dia. susah untuk aku kalahkan dia kalau macam ni."~elektrik itu terkena tepat di dada Emily membuatkan Emily sesak nafas.
"ini lah masanya."~Haneru menarik pokok di belakang Emily menggunakan kuasa tumbuhan nya.
pokok itu menghempap Emily dan Emily mati. dia menjadi abu.
"betul ke apa yang dia katakan itu,Akia?"~Hanani bertanya.
"mungkin. dia jugalah orang yang terakhir dengan Haneru Iona. bila di saat-saat akhir,ada teleportal menghilangkan Haneru. saya pasti yang itu ialah teleportal Tesra."~mereka yang lain hanya mendengar.
"siapa Tesra?"~Hanani ingin tahu.
"Tesra mempunyai kuasa teleportal dan penyembuhan."~Akia menjawab
"Rayyan pula?"~Hanani bertanya lagi.
Akia terdiam.
dia tidak menjawab soalan itu.
soalan mereka dibiarkan begitu.
mereka ke bilik seterusnya
"aku pasti lepas ni kau yang lawan,Akia."~Kikena memberitahu.
"jadinya,Akia akan berlawan dengan Arian."~Alia menjadi sedih.
"tak sangka Arian hilang sebab dia bersama Akabane."~Alia sayu.
"siapa Arian?"~Takako bertanya.
"Arian ialah sahabat kakak yang paling rapat. dia juga lah yang selalu bersama kakak."~Akia memberitahu.
"tapi, penampilan Arian berbeza."~Alia menafikannya.
"itu kerana abang menggunakan kuasa kegelapan terhadap Arian."~Akia memberitahu.
"Akia,apa sebenarnya kuasa kegelapan tu?"~Takako bertanya.
Akia terkejut.
"kuasa kegelapan ialah kuasa yang boleh membuatkan seseorang dipukau atau dengan kata lain,boleh membuat seseorang mengikut arahan si pemilik."~Akia menerangkan
"ada tak kuasa yang boleh lawan kuasa tu?"~Talia pula yang bertanya
"ada. kuasa solar. tapi,kalau digunakan terlalu banyak si pemilik akan cepat menerima kesakitan. lebih teruk,ianya boleh mengakibatkan kematian. jika kuasa kegelapan dan solar bergabung,ianya akan mengakibatkan seseorang itu tidak boleh dipulihkan. "~Akia menggenggam erat tangan nya.
"korang pergi dulu. aku ada benda nak buat."~Mereka yang lain hanya mengikut.
"apa yang dia nak buat?"~Takako bertanya setelah mereka berada agak jauh daripada Akia.
mereka mengangkat bahu.
Haneru memandang Akia yang berada di belakang itu.
Dia sedang menulis sesuatu di dalam bukunya. dan selepas itu,dia memasukkan nya ke dalam beg galasnya.
terdapat beberapa buah buku lain.
begitu juga dengan loket yang selalu dia bawa.
semua barang yang dia selalu bawa bersama nya diletakkan ke dalam beg itu.
"saya dapat rasakan yang akan ada benda teruk akan berlaku..i'm sorry,you guys.. awak semua tak sepatutnya terjebak dalam perkara ni. tapi kalau saya yang kena,korang boleh selamatkan saya. saya percaya yang korang boleh cari dia."~Akia menggalas begnya.
"jom."~Akia dan yang lain mara ke bilik terakhir.
mereka masuk.
di penghujung bilik itu mempunyai gaung.
"saya kena lawan Arian tengah tengah gaung memandangkan Arian pun Ada kuasa angin. "~Akia membuat strategi.
"jadi,kau dah sampai. memang hebat korang dapat kalahkan ahli ahli Unknown Death. tapi,Aku tak kesah sebab aku lah yang akan kalah kan kau,Akia Karma. "~Mereka yang lain agak terkejut kerana Arian memanggil Akia dengan nama penuh.
Arian terbang menggunakan kuasa anginnya.
"Karma? tapi mereka cakap kau dah mati. dan, penampilan kau berbeza. macam mana kau.."~Kikena bertanya.
"you don't know anything. so,just shut up. sekarang,mari lawan."~Akia terbang di udara.
dia berdepan dengan Arian.
"you guys,stay back. it will be dangerous."~Mereka yang lain berundur ke belakang.
"Aku akan serang kau dengan sekali serangan. Maksimum Tornado Storm!"~satu ribut taufan datang ke arah Akia.
"kau akan mati,Akia. kau akan mati!"~taufan Arian menyedut Akia.
"Akia!"~mereka yang lain takut akan sesuatu berlaku kepada Akia.
"dia dah mati!"~Arian menjerit seperti orang gila.
"wind shield."~Ada sesuatu menghalang taufan itu daripada menelan Akia.
taufan itu menghilang.
"macam mana kau boleh tepis kuasa aku yang paling kuat?"~Arian bagai tidak percaya.
"you don't know who I am,Arian. sekarang,mengalah kalau tak kau yang akan mati nanti!"~Arian ketawa sendiri seperti orang gila.
"aku lebih rela mati daripada mengalah!"~Arian menyerang Akia bertubi tubi. tetapi,tiada satu pun yang mengena.
"i'm sorry,Arian."~Akia menyerang Arian hanya dengan menggunakan tangan kiri.
angin yang sederhana kuat ke arah Arian.
angin itu menelan Arian.
Arian mati di situ.
"Arian..."~Alia menangis.
"maafkan saya,kakak. saya... terpaksa bunuh dia."~Akia meminta maaf.
"kenapa kau bunuh dia!kau pembunuhan,Akia!pembunuh!"~Alia memarahi Akia.
"dia yang memaksa saya lakukannya. kalau tidak,kuasa kegelapan itu akan musnah kan dia."~Akia menerangkan.
"kau dah bunuh orang yang aku sayang!mungkin kau jugalah yang dah bunuh ayahanda dan bonda!sebab apa?sebab kau cemburu kan?sebab aku selalu dengan diorang!betul tak?"~bertubi tubi Alia memarahi Akia.
"stop it,Alia!"~kepala Akia tiba tiba berasa sakit.
Akia memegang kepalanya yang sakit.
parut pada mata kanannya bercahaya ungu.
yang lain masih terkejut kerana Akia menjerit.
setelah sakit kepala Akia hilang
"apa yang aku nampak tadi?"~Hanani perasan yang mata kanan Akia mengeluarkan parut.
ianya bercahaya.
"maaf,saya terpaksa lakukan ini."~Akia menghalakan tangan kanannya ke arah Alia.
Alia pengsan.
"maafkan saya lagi sekali."~Haneru menyambut.
"apa yang..."~mereka yang lain terkejut.
"nampaknya kuasa adik dah jadi semakin kuat. abang bangga dengan adik. tapi,adik kena ingat yang kuasa abang masih berada di dalam adik."~Akabane menepuk tangan nya.
"kitorang dah kalahkan lawan kitorang. sekarang,bagitahu apa yang kau janjikan."~Kikena bersuara.
"cuma kalau korang kalahkan aku dulu. marilah,lima lawan satu. Haneru,kau jaga perempuan tak guna tu."~Akabane mencabar mereka
"baiklah,kau dah janji."~Takako tersenyum.
"sebelum tu,aku nak Akia tunjukkan dirinya yang sebenar. tanggalkan kacamata kau."~Akia terkejut.
"kacamata?"~Hanani
"aku perasan yang Akia tak pernah tanggalkan kacamata dia. jadi,itulah sebabnya."~Kikena membuat kesimpulan.
"baiklah,kalau itu yang kau nak. transform."~Akia menanggalkan dan melempar kacamata nya ke langit tanpa ragu ragu.
rambutnya bertukar menjadi putih.
manakala matanya pula berwarna merah juga terdapat sedikit parut kecil pada mata sebelah kanan.
kacamata nya tadi bertukar menjadi sarung tangan sebelah kanan berwarna hitam.
Sarung tangan itu di sarungkan di sebelah kanan
masih memakai pakaian baju biasa.
"puas hati?"~Akia bertanya.
"hmm...belum lagi. selagi parut kau tak sepenuhnya ada dan mata kau tak sepenuhnya menjadi warna ungu,aku takkan puas."~Akia sudah menggenggam tangan erat.
"sabar,Akia. sabar. "~Akia menenangkan dirinya.
"apa maksud dia,Akia?"~Takako bertanya.
"I don't want to think about that. sekarang,mari kita lawan."~Akia mengendahkan pertanyaan Takako
"biar aku serang korang dulu lah. barulah seronok. aku nak tengok strategi korang "~Akabane menghasilkan lautan asid.
asid itu memisahkan Akabane dan yang lain.
"kau nak suruh kami buat apa?"~Takako bertanya kepada Kikena.
"aku tak tahu tapi mungkin Akia tahu memandangkan dia kenal dengan Akabane."~Mereka memandang Akia.
"api tidak boleh digunakan kerana jika kedua-duanya bergabung,ianya akan meletup. ais Kikena masih lagi lemah untuk digunakan. air,kristal dan bom tidak akan memberi kesan.kalau saya gunakan angin saya untuk menggerakkan nya,Talia boleh teleport kan asid itu ke tempat lain."~Akia berfikir.
"jadi,aku akan gunakan angin aku untuk menggerakkan asid itu. pada masa yang sama,Talia boleh teleport kan asid itu ke tempat lain."~Akia memberi arahan.
"tapi,nak di hantar ke mana?"~Talia bertanya.
"ke tempat pembuangan toksin."~Akia menggunakan angin nya untuk menggerakkan asid itu.
asid itu bergerak dan menuju ke arah teleportal Talia.
asid itu menghilang.
mereka yang lain terkejut lagi
angin Akia menggerak asid itu.
"baiklah,itu tak lah seronok sangat. sekarang,mari lah sini. tengok kalau korang boleh datang sini dan lawan aku."~Akabane tersenyum sendiri.
"Kikena,hasilkan jambatan ais."~Jambatan ais dihasilkan tetapi di hancurkan oleh asid Akabane.
"apa?"~Kikena bagaikan tidak percaya.
"biar aku teleport kan kita ke sana."~Talia ingin membuka teleportal
"jangan."~Akia melarang.
"kenapa pula?"~Talia bertanya untuk kepastian.
"kalau kita teleport,dia boleh serang kita secara mengejut. kalau penuhkan gaung ni dengan air,Takako tak boleh berenang. kalau aku gunakan kuasa angin aku,korang akan terpelanting. tapi,kalau aku pergi sorang mungkin aku boleh lawan dia. lagipun,aku memang nak lawan dengan dia. "~Akia memberitahu ahli kumpulan nya.
"macam mana dia tahu aku tak boleh pandai berenang?"~Takako bertanya kepada dirinya.
"apa maksud dia yang kami mungkin akan terpelanting?"~Kikena berfikir.
"jadi,maksud kau,kau akan lawan dengan Akabane sendirian lah ye."~Hanani membuat kesimpulan.
"sementara aku lawan dengan Akabane,Talia buka teleportal untuk ke sana. "~Akia meninggalkan mereka yang lain.
Akia terbang ke arah Akabane.
"this gonna be fun."~Akabane dan Akia berlawan sesama sendiri.
manakala Kikena dan yang lain menggunakan peluang yang ada untuk pergi ke arah Akia dan Akabane.
mereka teleport ke arah Akabane dan terus menyerang.
Akia hanya menggunakan tangan kirinya sahaja.
"budak ni kidal ke apa?asyik guna tangan kiri je."~Kikena perasan Akia hanya menggunakan tangan kiri sahaja.
"ini memang menyeronokkan."~Akabane menjadi semakin kuat.
dia menyerang yang lain menggunakan asid yang melekit dan menyebabkan mereka yang lain tidak dapat bergerak.
"Talia tak boleh teleport kan korang. ais Kikena masih lemah. api Takako akan membuatkan ianya meletup.manakala yang lain tidak boleh digunakan.jadi,tinggal aku dan kau sahaja."~Akabane tersenyum sinis.
"I know that smile "~Akia kenal senyuman yang menakutkan itu.
"yes,Akia. I will use that."~Akabane terapung di udara.
"apa yang dia cuba buat?"~Takako bertanya
walaupun dia tidak dapat bergerak,dia masih boleh bercakap.
"aku tak tahu"~Talia
"walau apa pun dia nak buat,pastinya pasti akan jadi teruk."~Hanani.
"kita tak tahu apa yang akan berlaku nanti. "~Kikena dan yang lain hanya dapat melihat mereka bertarung.
"kau akan jadi semakin sakit bila kau gunakan terlalu banyak kuasa tu,Akia. mengalah sahaja lah."~penampilan Akabane berubah.
berkot serba hitam di campur dengan warna ungu,rambutnya yang hitam itu terpacak ke atas,matanya yang berwarna ungu itu pula menjadi semakin gelap.
Akabane tersenyum sinis.
"kalau itu yang kau nak."~Akia membuka sarung tangan kanannya dan menghantarnya kepada Haneru.
"tolong saya,Haneru."~Akia memandang Haneru.
Haneru hanya mengangguk walaupun dia rasa tidak senang.
Akia terapung semakin tinggi.
"ya, itulah yang aku nak tengok."~penampilan Akia pula yang berubah.
jaket berhood putih,rambut putih Akia berterbangan dan bercahaya.
mata Akia yang berwarna merah itu juga bercahaya.
parut pada mata sebelah kanan masih ada.
"saya macam pernah nampak penampilan tu sebelum ini. tapi,bila?"~Haneru berfikir sendiri.
"let's do this thing."~Mereka memandang satu sama lain.
Share this novel