di rumah Takako dan Kikena.
kelihatan Kikena sedang menonton televisyen.
Takako datang dari belakang.
"kau nak apa?aku dapat rasakan yang kau macam nak sesuatu daripada aku."~Kikena tidak memandang Takako di belakangnya.
Takako duduk di sebelah Kikena.
"ya,aku ada benda nak tanya kau. kenapa kau nak sangat Akia tu dalam grup kita?dia tu bukannya suka turun padang."~Takako terus bertanya.
"aku ambil dia sebab dia salah seorang daripada kita."~Kikena menjawab ringkas.
"apa maksud kau?aku tak faham lah."~Takako tidak faham dengan apa yang dikatakan abangnya itu.
"mari sini,ikut aku."~Kikena bangun diikuti adiknya.
tiba di hadapan pintu bilik Kikena.
Kikena memasuki biliknya manakala Takako masih berada di luar.
"masuk jelah. aku tak marah pun."~Kikena dapat tahu apa yang bermain di dalam fikiran adiknya itu.
"b..baiklah.."~Takako agak kekok kerana dia tidak pernah masuk bilik itu.
Takako menjejakkan kakinya ke dalam bilik Kikena.
amat sejuk di dalam itu.
tanpa pendingin hawa,bilik itu sangat sejuk.
banyak ketulan ais di situ.
"kenapa...s..sejuk sangat...ni..."~Takako menggigil kesejukan.
wap keluar daripada mulut nya.
"sorry. aku lupa kau ni Blaze."~wap keluar daripada mulut Kikena juga.
Kikena memberikan baju sejuk kepada Takako.
"apa maksud kau Blaze?"~Takako tidak faham apa yang dikatakan abangnya itu.
"mari sini. ada benda aku nak tunjukkan."~Kikena pergi ke sebuah dinding.
dia menyentuh dinding itu.
dinding itu berubah menjadi pintu.
Kikena memasuki nya.
diikuti dengan Takako.
Takako sangat terkejut dengan apa yang dia lihat.
"apakah..."~Takako melihat sekeliling.
semuanya ais!
"maaflah sebab baru sekarang aku bagitahu kau. "~Kikena mengusap lehernya kerana berasa serba salah.
"apa maksud kau?"~Takako masih tidak faham.
"aku ada kuasa ais manakala kau pula kuasa Blaze. "~Kikena memberitahu dengan ringkas nya.
"kuasa Blaze?"~Takako memandang tangannya.
"ya,sebab tu lah kau selalu marah-marah. dan sebab tulah tangan kau tu panas."~Kikena memberitahu lagi.
"jadi,apa jawapan kau? apa maksud kau dengan dia salah seorang daripada kita?"~Takako ingin kan jawapan.
"sebab dia ada kuasa angin."~Kikena berterus terang.
"jadi,sebab tulah dia selalu laju.."~Takako berfikir.
"ya."~Kikena.
"manakala Gashi pula ada kuasa memanipulasi graviti"~Kikena memberitahu lagi.
"apa? apa lagi yang aku tak tahu!"~Takako mula menjadi marah.
"Hanani ada kuasa bom dan air. tapi dia sendiri tak tahu."~Kikena berterus terang.
"kenapa Hanani ada dua kuasa?cepat bagitahu aku!"~Kuasa Blaze nya keluar dari tangannya.
"sebab dia perempuan. di tempat kita, hanya perempuan mempunyai dua kuasa. manakala lelaki mempunyai satu kuasa sahaja."~Kikena menyejukkan api di tangan Takako dengan ais nya.
"tempat kita?"~Takako pelik.
"tempat asal kita ialah Planet Karbial. walaupun namanya agak pelik,ianya satu tempat yang amat cantik dan indah."~Kikena menjawab.
"Hanani tahu tak tentang ni?"~Takako bertanya .
"tak.dia tak tahu. "~Kikena menggeleng kepalanya.
"baiklah,sekarang apa kita nak buat?"~Takako bertanya
"berlatih.kau sebelah sana,aku sebelah sini."~Kikena memberitahu.
"baiklah."~Takako dan Kikena memulakan latihan mereka.
keesokan harinya.
dalam perjalanan ke sekolah.
Hanani pergi awal ke sekolah.
ketika itu,dia bertembung dengan Akia.
"hai,Hanani."~Akia menegur Hanani.
"apa lagi kau nak?"~Hanani berjalan ke hadapan meninggalkan Akia.
"kau jangan ingat aku tak tahu apa yang berlaku semalam."~Hanani berhenti berjalan.
"macam mana kau tahu pasal tu?"~Hanani memandang Akia.
"sebab aku ada kat situ. dan aku lah yang kemas kan rumah kau tu. bersepah giler kau buat .sampai budak tu pun mati.good job,Hanani."~Akia tersenyum sambil membuat jari bagus.
Hanani terkejut kerana melihat Akia tersenyum.
Walaupun giginya tidak terlihat,itu kali pertama dia melihat Akia tersenyum kerana dia selalu selamba.
"good job? serius lah. aku dah bunuh orang kot."~Hanani menjadi agak bengang.
"kau bunuh orang yang sepatutnya,Hanani. baguslah tu."~Akia kagum.
"orang yang sepatutnya?"~Hanani pelik.
"kau akan tahu nanti. "~Akia memandang langit.
"macam mana kau kemas kan semua tu tanpa bantuan orang lain?pasti ada bantuan. betul tak?"~Hanani memandang Akia tajam.
"memang ada bantuan. tapi bukan dengan orang. tapi,dengan kuasa."~Hanani menapak kebelakang.
"kau...kau..."~Hanani menutup matanya erat.
"jangan risau. aku bukan macam Gashi."~Akia meyakinkan Hanani.
"betul ni?"~Hanani ragu ragu.
Akia mengangguk kepalanya.
"jadi...apa kuasa kau?"~Hanani memberanikan diri.
"angin "~Akia terapung ke udara .
"dan...aku..."~Hanani cuba memberitahu tetapi tergagap
"kuasa kau bom dan air."~Akia pula yang memberitahu.
"air?macam mana kau tahu?aku sendiri pun tak tahu siapa diri aku.."~Hanani menundukkan kepala nya.
"jangan risau. aku boleh tolong kau."~Akia
"macam mana?"~Hanani memandang Akia.
"balik nanti aku bagitahu. dah,cepat pergi sekolah."~Akia meninggalkan Hanani sendirian.
kelihatan Akia seperti berjalan laju.
sesiapa sahaja yang tahu dia mempunyai kuasa,pasti akan katakan bahawa dia menggunakan kuasa. tetapi,yang sebenarnya tidak .
ianya kerana ia terlalu kuat.
Akia memandang kebelakang.
memandang Hanani yang masih tidak tahu apa apa.
"kesian awak,Hanani. tak tahu apa apa..jangan risau.saya akan tolong awak."~Akia bermonolog.
mereka sampai di sekolah pada masa yang berlainan.
Share this novel