Bab 10

Adventure Completed 306

Akia bangun dari tidurnya.
air matanya di kesat.


"betul ke,apa yang abang katakan?"~Akia bangun dan mengemas tempat tidurnya.


"Akia dah bangun?"~Alia bertanya sebaik sahaja perasan yang Akia sudah bangun.


"ya"~ringkas daripada Akia.


"semalam kakak nampak Akia menangis sambil tidur. kenapa Akia menangis?"~Akia terkejut dengan pertanyaan kakak nya itu.


"cuma mimpi ngeri."~Akia masuk ke dalam bilik air.


"kenapa dengan Akia tu?"~Alia bertanya kepada dirinya.

Alia menjadi halimunan dan pergi ke bilik Estik.

di bilik Estik.


"Estik,awak kat mana?"~Alia mencari Estik.

kelihatan Estik sedang memandang ke luar tingkap.
Alia ke arah Estik.


"Estik,awak ada perasan apa apa yang pelik tak dengan Akia."~Alia bertanya kepada Estik.
Estik menjongket bahu nya tanda tidak tahu .


"mereka tak tahu apa apa tentang Akia."~Estik tahu yang Akia asyik berfikir sendirian.


"takpelah. pergi lah bersiap."~Alia menjadi halimunan lagi.

setelah beberapa minit.
di ruang tamu.

Takako,Talia,Hanani,Kikena dan Estik sudah berada di ruang tamu bersama beg mereka.


"mana Akia?"~Hanani bertanya.


"kau ada nampak dia kat sini ke?"~Hanani menggeleng.


"itu bermakna dia tak ada kat sini lah."~Takako menyindir.


"jangan lah bertekak lagi. simpan tenaga."~Kikena dan yang lain duduk di atas sofa.

Akia datang bersama sebuah beg galas .
hanya dia sahaja membawa beg galas. yang lain beg yang agak besar.


"kenapa kau lambat?"~Takako terus bertanya setelah beberapa minit mereka menunggu Akia.

"aku sakit perut. jom lah."~Akia memulakan langkah keluar.


"kejap,kita nak mulakan dari mana?"~Takako bertanya.


"dari hutan belakang tempat ni."~mereka yang lain sudah tertanya-tanya bagaimana Kikena tahu.


"aku dapat peta dari.. seseorang."~Kikena tidak mahu beritahu tentang Akia.
mereka tidak bertanya lagi.
mereka menggalas beg mereka dan mengikut langkah Akia.

mereka memulakan langkah ke dalam hutan


"berapa lama kita kena teruskan berjalan?"~Takako bertanya kepada Kikena setelah beberapa jam mereka berjalan.


"kenapa?"~Kikena bertanya kepada Takako semula.


"aku dah penat lah.."~Takako merungut.


"aku pun. aku dah lapar ni ."~Talia pula yang merungut.


"Kikena,aku rasa mungkin kita patut rehat dulu. dah sejam kita berjalan ni."~Hanani bercadang untuk berehat.

Estik pula hanya mengangguk.


"baiklah,kita berehat dulu."~mereka semua duduk.


"Kikena,kenapa tak guna kuasa teleportal aku je?kan senang."~Talia bertanya sebaik sahaja duduk.


"Akia ada bagitahu aku yang dia nak berjalan je. aku pun tak tahu kenapa."~Kikena memberitahu sebab.


"Akia,kenapa kau nak berjalan?tak ke beban kitorang ni?"~Talia bertanya kepada Akia pula.


"korang kena banyak bersenam."~Akia selamba.

Talia sudah bengang dengan perangai Akia.

Estik yang duduk di sebelah Hanani dan Talia itu menenangkan Talia yang sedang nak mengamuk itu.
manakala Kikena duduk di sebelah Takako memandangkan mereka adik beradik.
mereka makan makanan yang mereka bawa.
Akia duduk sendirian termenung sambil makan makanan yang dia bawa.


"saya nak sangat lalu jalan yang saya dan Haneru pernah lalu. saya rindu nak tengok tempat yang saya dan Haneru lalu.."~Akia monolog.


"Akia,awak kenapa?"~Estik hanya bercakap di dalam hati .


"saya cuma bermimpi ngeri je. awak jangan risau kan saya."~Akia membaca sebuah buku yang dia bawa.
bukan buku diari nya.

Estik gembira mendengarnya walaupun dia tahu yang Akia berada dalam masalah.

Akia menutup buku kerana dia mendengar satu bisikan.


"Akia Karma."~bisikan itu memanggil nama Akia.
suara itu sangat merdu.
suaranya seperti dua orang.
seorang lelaki dan seorang wanita.


"jangan sampai tertipu,Akia. jangan tertipu dengan bisikan tu.. itu bukannya suara mereka..mereka dah mati.."~Akia membisik kan kepada dirinya sendiri.


"Akia Karma."~bisikan itu masih tidak berputus asa.


"itu bukan ayahanda dan bonda saya...diorang dah mati. saya sendiri nampak diorang mati... depan mata saya...."~Akia menutup matanya erat.


"kekal tabah,Akia"~Estik hanya memerhati Akia yang sedang bercakap dengan dirinya itu.


"baiklah,korang. sekarang kita kena pergi sekarang."~Mereka bangun dan mengemas tempat itu.


"jom,semua. kita pergi."~Takako dengan semangat.


"jom!"~Mereka menyahut kecuali Akia.

mereka menyambung perjalanan mereka.
mereka asyik bercakap sesama sendiri supaya mereka tidak merasa lama untuk berjalan.
manakala Akia asyik senyap.
hanya mendengar mereka bercakap.


"Akabane Karasuma. saya pernah kalahkan dia. saya cuma perlu kuatkan lagi ke tahap yang lebih tinggi.tapi,lagi kuat saya gunakannya,lagi cepat kesan kesakitan yang akan saya rasa. saya boleh kalahkan dia hari tu pun,sebab Haneru dan Rayyan yang tolong.."~Akia asyik berfikir.


"you know about that,Akia. so, just give up and follow me. tak perlu bersusah payah kalahkan aku."~Suara Akabane bergema di telinga Akia.
hanya Akia dapat mendengarnya.


"saya takkan pernah putus asa."~Akia memandang ke hadapan.
kelihatan mereka yang lain sedang ketawa. entah apa yang mereka katakan.


"saya tak boleh biar lebih ramai yang terkorban. tak boleh. guys,I'm so sorry if saya banyak sangat berahsia dengan korang."~Akia meminta maaf . walaupun mereka tidak dapat mendengar,Akia tetap meminta maaf.

tiba tiba mereka berhenti.
Akia pelik melihat mereka berhenti secara tiba tiba .
Akia ke arah mereka.


"kenapa ni?"~Akia bertanya.


"kau rasa apa yang kitorang tengah tengok?"~Takako menyindir .

Akia buat buat tak dengar.
dia memandang kebawah.

terdapat gaung.


"Sekarang,kita nak buat apa?"~Hanani bertanya.


"Kikena,gunakan ais kau untuk buat jambatan ais."~Kikena hanya mengikut.

jambatan ais terhasil.


"jom."~Akia pergi dahulu.


"kenapa lah sekarang ada gaung. walaupun ada jambatan,aku tetap gayat.."~kedengaran suara Hanani dan Talia.
mereka berdua sedang berpelukan.
ketakutan.


"nampaknya,diorang jenis yang takut ketinggian."~Akia mengeluh.

Kikena dan Takako menyeberang.
diikuti Estik.


"Hoi,Hanani,Talia. cepatlah!"~Takako memanggil Hanani dan Talia yang sedang ketakutan itu.


"diorang takut ketinggian."~Akia memberitahu.


"mana kau tahu?"~Takako bertanya.


"sebab aku dengar diorang merungut tadi."~Akia berterus terang.


"bila masa diorang merungut?kau yang pergi dulu,macam mana kau boleh dengar sedangkan mereka tu jauh?"~Takako syak.


"banyak tanya lah kau ni."~Akia ke hadapan sedikit.


"korang nak aku bawa korang dengan cara paksa atau korang datang sini dengan usaha sendiri?"~Akia bertanya dengan perlahan.


"macam mana diorang nak dengar kalau diorang jauh dari kita?"~Takako bertanya.


"kau tengok je."~Akia menunjukkan Hanani dan Talia yang sedang berusaha untuk menyeberang.


"nampaknya,diorang pilih cara selamat."~Akia gembira kerana dia tidak perlu menggunakan kuasa nya.


"pelik lah budak ni. macam mana diorang boleh dengar sedangkan diorang ada jauh. tadi Takako menjerit punyalah kuat tapi diorang tak dengar pun .macam mana semua tu berlaku?"~Kikena berfikir sendirian.


"jangan fikir banyak sangat . nanti kau letih."~suara Akia kedengaran.

Hanani dan Talia datang ke arah Akia dengan termengah-mengah.


"Akia,kau ada cakap dengan kami ke tadi?"~Talia bertanya manakala Hanani mengambil nafas.

Akia hanya mengangguk.


"kenapa kau suka sangat buat aku takut?"~Talia mendesak.


"just be brave."~Akia selamba.


"Akia,macam mana kau berkomunikasi dengan kitorang sedangkan kitorang jauh?"~Hanani bertanya sebaik sahaja dia dapat membetulkan nafasnya.


"dah lah tu korang. jom lah teruskan perjalanan."~Takako dan Kikena jalan dahulu diikuti Hanani dan Talia.

Estik berjalan seiring dengan Akia.


"kenapa saya nampak awak macam ada masalah je tadi?"~Estik bertanya di dalam hati.


"jangan risau tentang saya,Haneru. saya akan ok nanti.percaya kan saya."~Akia menenangkan Estik.


"baiklah,saya percayakan awak."~Estik berjalan lebih laju meninggalkan Akia


"buat apa kau bersama dengan orang yang tak tahu apa apa tentang diri kau. diorang tak tahu kesengsaraan yang kau alami. tapi aku tahu. ianya memedihkan. ikutlah aku,Akia. kau takkan bersedih lagi."~Akia berhenti berjalan.


"I don't care about that. asalkan,diorang bahagia dah buatkan saya lega."~Akia menjawab dengan tenang


"so,kau tak kisah diorang bahagia sedangkan kau dalam kesakitan?"~Akabane bertanya.


"I don't care."~Akia terus berjalan.

Kikena memandang ke belakang.
Akia agak ketinggalan.


"aku ada perasan yang dia suka cakap sorang. kenapa?"~Kikena bertanya kepada dirinya.


"aku pun perasan benda yang sama. tapi,biarlah dia."~Takako sambung berjalan.


"diorang pun perasan benda yang sama macam kitalah."~Hanani bercakap dengan Talia dengan nada perlahan.


"kau perasan benda yang sama tak,Estik?"~Talia bertanya.

Estik tidak menjawab sebaliknya dia memandang kearah lain.


"nampaknya,diorang dah perasan."~Estik bermonolog dan berharap Akia dapat mendengarnya.

Estik memandang ke belakang.


"jangan risau,Haneru. semua nya akan terbongkar juga nanti."~Suara Akia membisik telinga Estik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience