Bab 16

Adventure Completed 306

setelah siap mengemas barang,mereka berehat di bilik masing masing.

Karma menyiapkan barang barang untuk esok.

Karma berbaring di atas katil dan terus tertidur.

Akabane memasuki bilik Karma.
dia hanya melihat Karma yang sedang tidur itu.
dia tersenyum dan terus berlalu pergi.

keesokan harinya.

Karma bangun dari tidur dan bersemangat untuk ke sekolah kerana dia mahu berjumpa dengan Rayyan.

dia sampai disekolah nya.
dia sekali lagi menjadi perhatian orang ramai.


"lama lama nanti,saya biasa lah.."~Karma menyedapkan hati nya.

Karma dalam perjalanan ke kelas nya,tiba tiba dia ternampak seseorang yang dia kenal.
dia sedang berlari dan terlanggar Karma.


"tch."~dahi Rayyan luka begitu juga dengan sikunya.

Karma mengikuti Rayyan ketika dia berlari laju ke arah suatu tempat.
Rayyan pergi ke suatu tempat yang agak terpencil di sekolah itu.

badan Rayyan bercahaya.
kesan calar tadi hilang.
Karma agak terkejut pada mulanya.


"itu bukan ke..."~Karma membuat andaian.
dia terus pergi ke kelasnya.
beberapa saat kemudian,Rayyan masuk ke dalam kelas itu.
Rayyan mengambil tempat di sebelah Karma.


"aku tahu kau nampak apa yang aku buat tadi. juga apa yang mak ayah aku buat pada aku semalam."~Suara Rayyan bergema di telinga Karma.


"awak pun.."~Karma memandang Rayyan.


"kalau kau nak bercakap dengan aku,jumpa aku dekat sini malam ni. tepat jam 10 malam."~sehelai kertas berada di genggaman Karma.

Karma agak terkejut dengan nama tempat yang di berikan oleh Karma itu.
kerana tempat itu hanya dimiliki di planet Karbial sahaja.

Taman Rembulan Karma.

tempat itu akan 'hidup' di waktu malam.
tetapi,akan ada sesuatu berlaku setiap kali bulan purnama.
tiada sesiapa pun yang tahu apa yang berlaku kerana tiada sesiapa yang boleh menjejakkan kaki disana ketika bulan purnama.
jika menjejakkan kaki disana,dia akan terus hilang.


"malam ni bulan purnama,kan?tiada sesiapa pun yang boleh jejakkan kaki disitu."~Karma memulakan perbicaraan.


"hanya yang mempunyai kuasa solar sahaja yang boleh jejak kaki disitu. aku tahu yang kau ada kuasa tu. jadi,jangan nak banyak tanya dan ikut je. tu pun kalau kau nak cakap dengan aku."~Rayyan dan Karma menjadi senyap

seketika kemudian,seorang guru masuk.
pembelajaran bermula.

di planet Karbial.
jam 10 malam.

Karma sedang berada di hadapan pintu memasuki Taman Rembulan Karma.
dia agak takut pada mulanya.
tetapi,bila teringat balik tentang Rayyan,dia terus memberanikan dirinya untuk masuk.

dia memasuki Taman Rembulan Karma itu.
tiada apa yang berlaku kepada nya.
memang pelik.

kelihatan seorang lelaki sedang duduk di bangku yang tersedia di situ.
Karma menganggap yang itu ialah Rayyan.

Karma memberanikan diri untuk berjumpa dengan Rayyan.
dia duduk disebelah Rayyan yang asyik memandang ke atas langit.


"awak tahu kenapa tempat ni dinamakan Taman Rembulan Karma?"~Rayyan bertanya kepada Karma yang asyik terdiam.
Karma terkejut kerana dia mendengar Rayyan membahaskan awak saya.


"tak."~Karma hanya menggeleng.
dia memang tidak tahu kenapa tempat itu dinamakan Taman Rembulan Karma.


"sebab tempat ini dibina hanya untuk orang yang mempunyai kuasa solar. awak ada kuasa solar tu. tempat ini dibina khas untuk orang yang macam kita."~Rayyan menerangkan.


"orang macam kita?"~Karma terkejut.


"ya. kalau awak nak tahu,saya pun berasal dari sini. saya juga mempunyai kuasa solar. tapi,tak cukup kuat. awak tahu tak apa kelebihan kuasa solar?"~Rayyan bertanya kepada Karma semula.


"tak."~Karma menggeleng lagi.

Rayyan mengambil beg galas disebelah nya.
dia memberikan kepada Karma.


"semua benda ada dalam tu. tentang kuasa solar,kuasa kegelapan dan lain lain"~Karma terkejut mendengar tentang kuasa kegelapan


"macam mana awak ada buku buku ni?"~Karma bertanya.


"Perpustakaan Korloena."~Rayyan menjawab.
Perpustakaan Korloena ialah perpustakaan yang mempunyai pelbagai buku buku yang ramai tidak tahu.

Korloena bermaksud pengetahuan yang luas.
tetapi, perpustakaan itu sudah lama tidak dikunjungi kerana perpustakaan itu runtuh secara tiba-tiba.


"tempat tu bukan ke dah runtuh?"~Karma bertanya.


"runtuh?huh,awak dah silap tentang tu. yang sebenarnya, Perpustakaan Korloena itu ialah sebahagian rumah saya dulu. rumah saya dan keluarga saya dulu. ya,ianya memang dah runtuh tetapi hanya rumah itu sahaja. perpustakaan itu tidak akan pernah runtuh selagi saya,keturunan terakhir masih hidup."~Rayyan menerangkan.

Karma tercengang kerana dia baru tahu.


"apa maksud awak keturunan terakhir?"~Karma bertanya.


"awak boleh baca dalam buku yang saya letak dalam tu. ada banyak benda yang awak tak tahu tentang tempat ni. ya,tempat ni memang indah dan cantik. tapi,awak kena sentiasa berhati-hati. kerana orang yang mempunyai kuasa kegelapan juga boleh berada di mana mana. mungkin,abang awak sendiri."~Ayat terakhir Rayyan membuatkan Karma terkejut lagi


"apa maksud awak?"~Karma bertanya untuk kepastian.


"awak masih tak kenal dengan abang awak. tak mengapa. nanti awak akan tahu nanti. tapi,apa yang saya nak bagitahu,hati hati dengan abang awak."~Rayyan bangun dan mengeluarkan seutas loket daripada baju nya.
dia menekan sesuatu pada loket itu.
Rayyan terus hilang.


"apa yang dia katakan tadi tu...betul ke?"~Karma berfikir sehingga tertidur disitu.

Rayyan kembali semula ke tempat itu.


"I know that you are here,Akabane Karasuma."~Rayyan memanggil seseorang.
seseorang keluar dari persembunyian nya.
betul, itu ialah Akabane Karasuma.
abang Karma.


"you don't need to do all this thing. you know that he love you,right?"~Rayyan berhadapan dengan Akabane.


"Yes,I love him too. and that because I do that things. I would not stop doing that."~Akabane menghilang.
dia membawa Karma sekali.
Rayyan mengeluh.


"nampaknya,dia akan buat apa sahaja supaya Akia Karma hidup dengan dia."~Kali ini,Rayyan pula menghilang.
tempat itu menjadi kosong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience