di rumah Hanani.
Hanani pulang rumahnya.
seperti biasa,rumah itu kosong tanpa ibu bapanya yang telah meninggal dunia beberapa tahun lepas.
"sunyi nye..."~Hanani bermonolog.
sejak ibu bapanya meninggal dunia,dia sendirian.
tiada sesiapa yang pernah bersamanya.
dulu dia pernah mempunyai ramai kawan,tapi mereka mengkhianati nya dan meninggalkan nya sendirian.
sejak itu dia sudah berfikir panjang bahawa dia sudah tidak memerlukan sesiapa. dan sejak itulah,Hanani selalu berkelakuan selamba.
Hanani ke biliknya untuk mengemas barang untuk ke sekolah esok.
setelah itu,Hanani membersihkan diri nya.
"apa yang aku nak buat,hah?bosan lah...tak de kerja nak buat.."~Hanani berbaring di atas katilnya.
tiba tiba pintu rumah nya di ketuk.
"siapalah pula yang mari malam malam ni..."~Hanani membebel sendiri.
pintu di ketuk lagi.
"sabar sabar...aku buka lah ni..Hish.."~Hanani bangun dengan malas pergi kearah pintu untuk membuka pintu.
pintu di buka oleh Hanani.
Hanani yang tadinya selamba menjadi terkejut dengan apa yang dia lihat.
"kau...kau.."~Hanani tidak terkata.
"kenapa?terkejut ke?"~Gashi ketawa sambil badannya terapung di awangan.
"macam mana kau..."~Hanani masih lagi terkejut sehingga membuatkan dia terjatuh.
"kau tak perlu tahu tentang tu,Hanani. sekarang,aku nak sesuatu."~Gashi meminta.
"apa yang kau nak?"~Hanani memberanikan diri.
"aku nak kau!"~Gashi meluru ke arah Hanani dan terus masuk ke dalam rumah.
Hanani ke belakang.
Gashi mengunci pintu rumah itu.
"apa..apa maksud kau?"~Hanani masih tidak faham dengan apa yang berlaku.
"kau cantik,Hanani. ramai yang nak kan kau. tapi kau ni jenis yang suka jual mahal. jangan risau sebab aku sukakan nya.."~Gashi mengangkat Hanani menggunakan kuasa graviti nya.
"macam mana kau buat?"~Hanani tertanya tanya.
"aku mempunyai kuasa graviti. jadi,aku gunakan graviti untuk angkat kau."~Gashi memberitahu.
"kau gila ke apa?kuasa?apa maksud kau?dan apa yang kau nak buat?"~Bertubi tubi soalan yang diberikan.
Gashi dengan serta merta menarik Hanani dengan kuasa graviti nya.
Hanani tidak dapat bergerak.
Hanani cuba untuk bergerak tetapi tidak boleh.
"kau meronta lah banyak mana pun,kau takkan dapat lari daripada aku."~Gashi mendekatkan lagi Hanani dengan dirinya.
Hanani berasa tidak selesa dengan keadaan itu.
"jangan...dekat..."~tersekat sekat Hanani.
"apa kau kata?aku tak dengar. sorry kawan,aku tak boleh dengar dengan jelas.."~Gashi ketawa.
semakin lama,Hanani semakin dekat dengan Gashi.
"aku kata jangan Dekat!"~Hanani menjerit dan dengan serta merta Gashi terpelanting sehingga kepalanya terkena bucu kerusi yang agak tajam itu.
"ini lah akibatnya kalau kau melampau,Gashi."~Hanani bagaikan tidak sedar diri kerana matanya yang berwarna putih keseluruhan.
Hanani menunjukkan tangannya ke arah Gashi yang masih bernyawa itu.
tiba tiba sahaja ada bom keluar dari tangan Hanani dan Hanani melempar kannya ke arah Gashi.
Gashi terkena bom itu dan dia meletup sekali dengan bom itu.
Hanani serta merta pengsan.
seseorang berada di situ juga hanya menjadi penonton.
"baru guna bom dah mati. lembik betul lah dia ni.patut pun 'dia' gunakan untuk jadikan dia sebagai pencari maklumat je. kesian,Gashi. ok,Gashi done."~Lelaki itu menulis sesuatu pada buku yang selalu dia bawa.
Lelaki itu keluar dan melihat keadaan yang bersepah itu.
lelaki itu ialah Akia.
dia menyimpan bukunya dan menggunakan angin untuk mengemas rumah itu.
setelah selesai,dia menggunakan angin untuk mengangkat Hanani yang pengsan itu masuk ke dalam bilik nya.
"kesian awak,Hanani.baru sahaja kehilangan mak ayah,dah kena lalui pengembaraan yang mencabar..."~Akia memandang Hanani yang masih lagi pengsan.
" mengantuk nya..kena balik ni.."~Akia menggosok matanya .
"alamak. lupa pula si gempal tu ada kat bawah. ops. sorry,kawan. terlupa.hihi."~Akia membuat muka nakalnya.
Akia turun ke bawah dengan angin untuk mengambil Gashi yang sudah tidak bernyawa itu.
Akia mengangkat Gashi menggunakan angin.
"awak semua bawa dia balik rumah. nanti pandai pandai lah awak semua settlekan. malas saya layan si pengkhianat ni. korang hantar je ye."~Akia memberi arahan kepada angin itu.
mayat Gashi berterbangan ke arah lain.
"ok,done. Hanani dah tidur. sekarang,saya nak balik. mengantuk pulak..."~Akia menguap dan menutupnya dengan mulut.
Akia terus hilang.
di dalam mimpi Hanani.
Hanani sedang terapung-apung di udara.
dia sedar akan itu.
rambutnya yang berwarna kuning itu berterbangan.
Hanani memandang sekeliling.
tiada apa-apa.
kosong.
tiba tiba ada sesuatu datang pada nya.
semakin lama semakin dekat.
semakin dekat,semakin Hanani dapat lihat siapakah itu.
Hanani sangat terkejut kerana orang itu ialah Gashi dengan berlumuran darah.
"jangan ganggu aku!"~Hanani menjerit sepuas hati kerana dia tidak mahu Gashi datang dekat padanya.
tambahan pula,dia tidak bertudung.
semakin dekat.
"jangan dekat!"~Gashi semakin dekat dengannya.
ketika itulah,Hanani terbangun dari pengsan nya.
Hanani mengurut dada nya berkali kali.
"apakah..."~Hanani masih terkejut dengan apa yang dia mimpikan tadi.
Hanani memandang ke arah jam dinding.
jam menunjukkan pukul 4 pagi.
"lebih baik aku solat..."~Hanani bangun dan pergi ke bilik air untuk ambil wuduk.
Hanani solat sunat.
selesai solat sunat,Hanani berfikir tentang mimpinya itu.
"kenapa dia datang ganggu aku..."~Hanani menutup matanya erat.
ketika itu,terdapat suara yang merdu kedengaran.
suara seorang lelaki.
"saya berterima kasih pada awak kerana sudah menghapus kan lelaki itu. terima kasih,Hanani."~Suara seseorang yang dia kenal bergema di telinganya.
Hanani cepat cepat membuka matanya.
"siapa?"~Hanani bertanya pada dirinya sendiri.
Hanani cepat cepat beristighfar.
Hanani mengambil keputusan untuk turun kebawah kerana dia teringat dengan kekecohan yang berlaku.
Hanani keluar dari biliknya.
ruang tamu berdekatan dengan biliknya.
Hanani sangat terkejut dengan apa yang dia lihat.
rumah itu kemas seperti biasa.
"apa yang.."~Hanani tidak terkata.
tempat itu kemas dan walaupun ada tempat yang agak lari,dia gembira kerana tempat itu menjadi lebih baik dari sebelum ini.
"tapi, siapa yang buat?"~Hanani berfikir lagi.
"tak pelah. lebih baik mandi dulu. nanti pergi sekolah. takpelah awal pun.."~Hanani masuk semula ke dalam biliknya.
Share this novel