setibanya di rumah,pintu rumah terbuka.
kelihatan Akia sudah berada di dalam rumahnya.
"macam mana kau boleh masuk rumah aku?"~Kikena pelik bagaimana Akia boleh berada di dalam rumahnya.
lagipun,dia tidak memberikan kunci kepada Akia pun.
"kunci kau terjatuh tadi. aku pun ambik lah."~Akia melemparkan kunci kepada Kikena.
"tak perasan pula aku. "~Akia bangun.
"kita nak practice kat mana?"~Akia menukar topik.
"sini. ikut aku."~Kikena ke arah bilik tidur nya diikuti Akia.
setiba nya di dalam bilik Kikena yang sejuk itu,Akia hanya menjejakkan kakinya tanpa berasa sejuk.
"kau tak sejuk ke?"~ wap keluar daripada mulut Kikena yang bertanya itu.
Akia hanya menggeleng.
"pelik betul budak ni."~Kikena melakukan benda yang sama seperti yang dia lakukan sebelum ini.
dia menyentuh dinding dan terus menjadi pintu.
Akia mengekori dari belakang sambil memandang sekeliling.
"bilik ni tak sesejuk yang saya bayangkan. jadinya,dia tak terlalu kerap menggunakan kuasa dia.."~Akia bercakap dengan dirinya.
"kau fikir apa?"~Kikena perasan yang Akia asyik memerhati bilik bawah tanah itu.
"tak ada apa..."~Akia membuka mulut tetapi tidak mengeluarkan wap.
Kikena menjadi semakin pelik.
Kikena yang mempunyai kuasa ais pun mengeluarkan wap.
" jom practice. kau sana,aku sini. kita lawan sesama sendiri.boleh?"~Akia hanya menggeleng.
"dia ni memang tak suka bercakap ke?bukan macam budak tu. tapi,dia dah mati. Aisy...apa aku ni..orang dah tak ada boleh pula kau fikir pasal tu.."~Kikena memikirkan seseorang.
"apa yang mereka fikir tu salah."~Akia teringat peristiwa yang hampir meragut nyawa nya.
"aku rasa mungkin kita patut practice sendiri dulu. aku takut kau cedera."~Akia menjawab kenapa dia tidak mahu berlawan.
"takut cedera?apa maksud kau?"~Akia mengeluh.
masih tidak mengeluarkan wap.
"kau takkan faham,Kikena."~Akia pergi ke sebelah kiri.
manakala Kikena ke sebelah kanan.
"apa maksud dia yang aku takkan faham?"~Kikena berfikir.
"saya hanya akan gunakan kuasa tu jika terpaksa. ianya terlalu kuat. saya takut, saya tak dapat kawal."~Akia mengeluarkan pen yang selalu bersamanya itu.
pen itu bertukar menjadi pedang dan Akia berlatih menggunakan pedang nya.
setelah beberapa jam mereka berlatih tanpa berhenti,Kikena ke arah Akia.
Akia berhenti berlatih menggunakan pedang nya setelah sedar akan Kikena.
"Akia,jom rehat. aku dah penat lah.."~Kikena duduk.
"ok. tak lama lagi budak budak tu nak datang. kau rehat je lah. aku sediakan makanan."~Akia keluar.
Kikena masih didalam bilik bawah tanah itu
"tak letih ke budak ni?dah sejam berlatih. haduh....lapar lah pula.."~Kikena melepaskan helah.
wap keluar dari mulut nya.
Kikena keluar dari bilik itu.
Kikena ke arah dapur.
kelihatan Akia sedang memasak.
"pandai ke dia masak?"~Kikena berfikir sendiri.
"of course lah. aku kan tinggal sorang."~Akia tidak memandang Kikena.
"macam mana kau tahu aku ada kat sini?"~Kikena bertanya.
"tak penting."~Akia menyediakan makanan dan membawanya ke arah meja makan.
"jom lah,makan. tadi kata tengah lapar?"~Akia makan tanpa memandang Kikena.
"bila masa aku kata aku lapar?aku kata aku letih je.."~Kikena perasan yang Akia dapat tahu apa yang difikirkan nya.
Akia tidak menjawab.
Kikena makan di sebelah Akia.
setelah habis makan
"kau duduk kat sofa dulu. aku kemas kan."~Akia bangun.
"aku kan tuan rumah, sepatutnya aku lah yang buat semua benda ni. "~Kikena
"memang lah kau tuan rumah,tapi kau kan letih. kau sendiri cakap tadi."~Kikena hanya menurut.
malas bergaduh dengan Akia.
"dah tu kau tak letih ke?"~Kikena perasan yang Akia langsung tidak nampak seperti penat.
Akia hanya menggeleng kepala.
"seriously?kau tak penat selepas sejam berlatih?dah lah tempat tu sejuk. macam mana kau tahan."~Kikena bertanya.
"aku dah biasa berlatih dekat tempat sejuk berjam jam paling lama aku pernah berlatih berhari hari tanpa rehat."~Kikena terkejut.
"dah lah tu. "~Akia berlalu.
Kikena ke arah sofa sambil berfikir.
"serious lah yang dia tu dah biasa..kuasa dia kan angin je...tak lah sejuk sangat.."~Kikena berfikir.
"kau tak tahu apa apa tentang kuasa aku,jadi kau jangan buat kesimpulan macam macam."~Akia datang dari belakang mengejutkan Kikena.
"macam mana kau tahu apa yang aku fikir?"~Kikena bertanya.
"menyesal pula buka mulut tadi."~Akia bermonolog.
"tak penting lah."~Akia ke arah pintu.
"kau nak pergi mana?"~Kikena bertanya lagi.
Akia tidak menjawab manakala membuka pintu.
kelihatan Takako,Hanani dan Talia sudah berada di depan pintu.
Takako baru sahaja mahu mengetuk pintu.
"macam mana dia tahu yang diorang dah sampai depan pintu. Takako baru sahaja nak ketuk pintu. makin misteri lah budak ni.."~Kikena berfikir sendiri.
Talia,Hanani dan Takako masuk ke dalam rumah.
"baiklah,semua dah berkumpul. sekarang,mari kita pergi."~Talia membuka telepotasi ke dunia nya.
Share this novel