Bab 14

Adventure Completed 306

Tarikh: 31/12
Hari. : Ahad

Hai,nama saya Akia Karma. yang membawa maksud Lelaki Harapan.
saya mempunyai kuasa angin dan solar.
kuasa solar mempunyai banyak kelebihan antaranya,dapat mendengar isi hati orang,dapat berkomunikasi walaupun jauh,masuk dalam mimpi orang dan lain lain.

kuasa solar saya ialah kuasa tambahan.
hanya yang terpilih sahaja yang mempunyai kuasa tambahan.

saya mempunyai seorang abang bernama Akabane Karasuma. dia mempunyai kuasa asid. dialah yang selalu menjaga saya ketika saya sendirian.

saya juga mempunyai seorang kakak bernama Alia Kimura. dia mempunyai kuasa salji dan halimunan. mungkin sebab dia mempunyai kuasa salji,dia menjadi agak tegas. walaupun dia selalu sibuk dengan urusan diraja,dia tetap keluarga saya.

saya sangat bersyukur kerana saya masih ada seseorang yang memberikan kasih sayang kepada saya. jika dia tiada,saya sudah tiada sesiapa lagi.
ayahanda dan bonda selalu sibuk dengan urusan diraja. begitu juga dengan kakak saya.
esok saya akan pergi ke bumi. saya bersemangat untuk ke sana.

ini ialah diari pertama saya. saya mula berminat untuk menulis diari ini ketika saya melihat abang Akabane menulis diari nya.
dia kata yang diari itu ialah nyawanya.
Abang Akabane pernah berkata kepada saya yang saya tak boleh beritahu yang lain ketika berada di bumi tentang saya.
hanya kepada yang saya percaya sahaja yang saya boleh beritahu.

Tarikh:1/1
Hari :Isnin

Hari ini ialah hari pertama persekolahan saya di sekolah menengah Ford Conculles.
saya menjejakkan kaki saya disekolah.
ini ialah pertama kali saya berada di bumi.
saya datang ke bumi dengan kebenaran ayahanda dan bonda serta abang Akabane.
mereka bersetuju untuk menghantar saya ke bumi.

pada mulanya mereka berkira kira untuk melepaskan saya untuk pergi ke sana sendirian. tetapi,selepas abang Akabane setuju,mereka terus bersetuju juga.
saya berterima kasih kepada abang sebab dia lah yang dah bersama saya.

abang Akabane lebih tahu tentang saya daripada ayahanda,bonda dan kakak.
kakak jenis yang tak suka bersosial sangat. dia juga tak suka orang lain meminta maaf. dia memang sukar untuk memaafkan orang.

kalau saya ada buat silap,saya terpaksa menghadap dia juga. dia pernah denda saya dengan berdiri tegak sambil kakak Alia menghasilkan salji yang lebat. saya terpaksa berdiri selama berjam jam.
pernah sekali berhari hari.
jadi,kalau ada tempat yang sejuk,saya takkan keluarkan wap. kerana tubuh saya dah di latih dengan tempat yang sejuk.

ok,back to my story.

saya tercari-cari dimana kelas saya.
sedang saya mencari,saya tak sengaja terlanggar seorang perempuan.

FLASHBACK
**********
2 Tahun lepas


"m..maafkan saya. saya tak sengaja terlanggar awak."~Akia bangun.

Akia menolong perempuan itu bangun .


"takpe,salah saya juga sebab saya yang tak tengok jalan."~Akia terpegun melihat mata perempuan itu yang berwarna kuning cerah itu.


"emm..kenapa?"~Perempuan itu pelik melihat Akia.


"mata awak,ianya sangat cantik."~Akia berterus terang.

"dan juga bersinar."~Akia bermonolog.

Perempuan itu tersenyum.


"mata awak pula unik. saya tak pernah lagi tengok orang mata berwarna merah. "~Akia gembira mendengarnya.


"oh,apa nama awak?"~Akia bertanya.


"saya Haneru Iona. Dari kelas 2 Bima. awak pula?"~Haneru tersenyum.


"saya Akia Karma. saya juga dari kelas yang sama. saya murid baru disini."~mereka mula berkenalan.


"oh,kalau macam tu lebih baik kita pergi sama sama."~mereka ke kelas bersama.

di dalam kelas 2 Bima.

keadaan kelas itu tidak terlalu bising.
kelas depan lah katakan.
ada yang sedang berbual dengan kawan kawan mereka.
ada yang sedang mengulangkaji, melakukan kerja sekolah yang tergendala.
ada juga yang sedang mendengar lagu melalui earphone tanpa wayar.
walaupun begitu,Akia tetap boleh mendengar suara hati mereka.
mata mereka mula tertumpu kepada Akia.
tak kurang juga ada yang mula berbisik.
ianya kerana mereka rasa pelik dengan mata Akia yang berwarna merah itu.
begitu juga dengan rambut Akia yang berwarna putih itu.
di dalam kelas itu,hanya beberapa sahaja yang mempunyai rambut berwarna selain daripada hitam dan perang.
itu pun yang duduk berdekatan dengan Haneru.
Haneru sudah duduk ditempat nya.
Akia masih lagi berdiri di hadapan kelas.

seorang guru ternampak Akia tercegat disitu.


"oh,kamu mesti Akia Karma. masuklah. takkan nak berdiri kat sini je. mari masuk"~Akia masuk dengan guru itu.

semua murid bangun serentak itu mereka berkata selamat pagi.


"selamat pagi,semua. duduk. tahun ni,kita ada pelajar baru. perkenalkan diri kamu."~Akia agak malu pada mulanya.
mereka berbisik lagi.


"n..n..nama.. nama saya Akia Karma. boleh panggil saya K..Karma. saya masih baharu disini. selamat berkenalan."~Karma membongkok.


"selamat berkenalan."~mereka menjawab serentak.


"baiklah,Karma. kamu boleh duduk di sebelah Rayyan. Rayyan,kamu jangan sombong sangat dengan murid baharu ni,ye. kamu semua juga begitu."~Yang lain hanya mengangguk.

Karma duduk disebelah Rayyan.
lelaki itu juga berambut putih tetapi matanya berwarna kelabu.

Rayyan langsung tidak memandang Karma.
pembelajaran berlangsung.

waktu rehat.

yang lain sudah ke kantin.
Rayyan masih berada di sebelah Karma.
dia sedang mendengar lagu melalui earphone tanpa wayar.
dia sudah tertidur.
Haneru dan beberapa kawannya datang ke arah Karma.


"Karma,nak rehat sama tak?"~Haneru bertanya.


"boleh je. tapi,saya ada bawa bekal."~Karma mengambil bekalnya.


"baguslah tu, kitorang pun sama. nak ikut kami tak?"~Karma mengangguk dan mengikut mereka ke satu tempat.

di suatu tempat yang kelihatan seperti pondok.


"kat sini lah kitorang selalu melepak. oh,sebelum tu saya nak kenalkan dengan kawan kawan saya."~Haneru dan yang lain duduk.


"aku Khairul Fahmi. boleh panggil Khai dan ni pula adik aku, Siti Khairah. boleh panggil Siti."~Lelaki berambut hitam dan bermata biru gelap itu memperkenalkan dirinya.


"lambat beberapa bulan je.."~perempuan bermata hijau gelap itu tersenyum lebar.


"warna mata mereka nampak sangat gelap. mereka mungkin ada niat tak baik. biar saya uji mereka.."~Karma berfikir.


"Aku Sofea Najwa. panggil Sofea atau Pia."~perempuan bermata merah jambu gelap itu melambai tangan nya tanda selamat berkenalan.

Karma membalas.


"mata merah jambu dia juga amat gelap.dia juga ada sesuatu yang tak elok."~Karma berfikir lagi.


"aku pula Firdaus Hazriq. boleh panggil Firdaus. "~lelaki berambut oren dan bermata emas itu mengenyitkan matanya.


"unik nya mata awak. emas."~Karma gembira melihat mata yang unik itu.

"tetapi malangnya,ianya juga kelihatan gelap. ianya petanda yang tidak baik.."~Karma bermonolog.


"sebab tu lah ramai tak nak kawan dengan aku. diorang ingat aku ni pelik. jadi,diorang tak nak kawan. tapi,aku bernasib baik diorang nak kawan dengan aku. "~Firdaus memberitahu.


"oh..awak menipu saya rupanya.."~Karma dapat mendengar sesuatu daripada suara hati Firdaus.


"jadi,sebab tu lah diorang tak nak kawan dengan saya rupanya.."~Karma.


"ye. diorang ingat kita ni pelik. diorang memang tak suka layan orang yang macam kita."~Karma mengangguk faham.


"korang,saya nak tanya. siapa orang sebelah saya tu?Rayyan?"~Karma bertanya.


"kitorang tak kenal mana Rayyan tu. tapi,apa yang kitorang tahu dia memang dingin. "~Firdaus memberitahu.


"bukan dingin tapi sombong. dia tu kan anak orang kaya. anak orang kaya memang begitu kan?"~Ketika Khai berkata begitu,Karma dapat mendengar sesuatu daripada belakang nya.
bukan,dari bangunan belakangnya.


'korang tak tahu apa yang saya lalui. korang tak rasa apa yang saya dah rasa.'~kedengaran seperti suara seorang lelaki.

ada seseorang sedang merungut dengan apa yang Khai katakan.


"tak baiklah abang ni. kalau dia dengar tak ke sakit hati dia tu?jaga sikit mulut tu."~Siti tidak setuju dengan apa yang Khai katakan


"adik tahu lah aku ni memang jujur."~Khai selamba.


"kalau ye pun biarlah berlapis."~Sofea bersuara.


"dah lah tu korang. kita makan dulu. nanti kita settlekan hal ni."~mereka makan makanan masing-masing.

di dalam kelas 2 Bima.

Rayyan sedang membaca sebuah buku.
Rayyan tidak mempedulikan sekeliling.

Karma yang baru sahaja duduk terasa ingin tahu tentang Rayyan.


"awak baca apa tu?"~Karma ingin berkomunikasi dengan Rayyan.

Rayyan tidak menjawab.
juga tidak menjeling.
dia tidak melayan Karma disebelah nya itu.

Karma mengambil keputusan untuk membaca minda Rayyan.
dia sedang membaca tentang keluarga.
Karma melihat ke arah buku yang dibaca oleh Rayyan itu.
buku tentang keluarga.


"dia ada masalah keluarga ke?"~Karma membuat kesimpulan.

guru masuk ke dalam kelas.
pembelajaran bermula.

tiba waktu pulang.

Karma ke sebuah ruang yang agak sempit dan gelap walaupun hari masih siang.
Karma menekan sesuatu pada jam tangannya.
dia terus menghilang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience