Bab 20

Adventure Completed 306

Karma bangun awal pagi dan terus bersiap untuk ke rumah Haneru.

sementara itu,Karma menggunakan kuasa solar nya untuk berkomunikasi dengan Haneru.

"Haneru,awak dah bangun ke belum?"~Karma bertanya.

"saya dah bangun. baru lepas siapkan diri. saya nak pergi makan sarapan dulu. kalau awak nak datang sekarang,boleh je."~Haneru mengajak

"baiklah."~Karma menggunakan jamnya untuk ke rumah Haneru.

Karma sampai di hadapan pintu rumah Haneru.
bersama begnya.
tidak terlalu besar,tidak terlalu kecil.
Karma mengetuk pintu rumah itu.

Haneru membuka pintu.


"amboi,terus datang."~Haneru menjemput Karma masuk.


"abang saya tak ada. saya malas nak masak.."~Karma malu.

kelihatan Halim sedang duduk membaca surat khabar itu.

"ayah,mari sarapan. Karma pun ada sekali ni . saya dan Karma akan pergi nanti."~Haneru memanggil.
Halim menutup surat khabar nya dan ke meja makan.

Halim duduk bergitu juga Haneru dan Karma.
Mereka sarapan bersama sama.
suasana agak sunyi.


"Karma,tolong jagakan Haneru untuk pak cik."~Suara pak cik Halim kedengaran.

Karma memandang Halim.
dia mengangguk.


"terima kasih."~Halim berterima kasih.
Karma mengangguk lagi.

Haneru yang melihat hanya makan.
Karma tahu yang Haneru memberitahu tentangnya.

setelah selesai sarapan,Haneru membasuh pinggan mangkuk dahulu.
Halim dan Karma duduk bersama sementara menunggu Haneru.


"Karma."~Halim memanggil Karma.


"ya."~Karma menyahut.


"Karma dengar apa yang Pak cik bagitahu tadi kan?"~Halim bertanya untuk kepastian.


"ya,saya dengar. saya janji akan jagakan Haneru untuk pak cik "~Karma dan Halim berbalas senyuman.

setelah beberapa minit,Haneru keluar dari biliknya bersama beg yang lebih kurang dengan Karma.


"Karma"~Haneru yang bertudung hitam berserta dengan baju berwarna hijau beserta dengan seluar slack hitam.

mereka keluar.
Halim dan Haneru masih berada di pintu. manakala Karma hanya melihat dua beranak itu.
Halim mencium dahi dan pipi anaknya dahulu.
walaupun Halim sudah biasa membenarkan Haneru meneroka,dia tetap menyayangi anaknya itu. kerana hanya Haneru sahaja yang Halim tinggal. isterinya sudah meninggalkan nya ketika melahirkan Haneru.


"kalau lah keluarga saya sekukuh keluarga Haneru.."~Karma berharap yang dia mempunyai keluarga yang bahagia dan berkekalan.


"Haneru,jom."~Karma memanggil Haneru yang sedang memeluk Halim.


"jom."~Haneru dan Karma memulakan perjalanan mereka.

Haneru sempat melambai ke arah ayahnya.
Karma hanya melihat.

Karma dan Haneru ke planet Karbial.

di planet Karbial.

mereka memulakan perjalanan daripada hutan belakang rumah Karma.


"Karma,apa yang ayah saya bagitau awak?"~Haneru memulakan perbualan

"dia suruh saya jaga awak. yelah, mestilah dia sayangkan awak. awak satu satunya orang dia sayang yang masih ada."~Karma menjawab.

"ayah saya seorang yang pendiam. jadi,dia tak ada kawan ramai sangat. tak macam saya. semua jenis orang saya kawan."~Haneru ketawa kecil diikuti Karma.

"saya ni jenis yang gugup kalau buat benda baru macam mengembara ni. tapi, disebabkan awak ada saya jadi bersemangat. bila kali pertama awak mengembara."~Karma meluahkan.

"saya mula mengembara ketika saya berumur dalam 7 tahun. dengan ayah saya. tapi sebab sekarang ni ayah saya pun dah makin tua,jadi dia tak boleh jalan banyak sangat. sakit lutut."~Karma baru tahu.

"apa yang awak rasa masa mula mula nak mengembara?"~Karma bertanya.

"saya tak lah gugup sangat sebab saya memang suka tengok orang mengembara ni. dari kecil saya nak sangat mengembara."~Haneru pula yang meluahkan.

"awak..rindukan..ibu awak tak?"~Karma tanya satu persatu supaya Haneru tidak rasa kecil hati.

"rindu tu memang ada. walaupun saya tak pernah tengok muka dia,tapi saya tetap dapat rasakan yang dia selalu berada bersama saya. dekat sangat."~Haneru menyentuh dada nya.

"awak sangat bertuah. walaupun awak hanya ada seorang ayah,awak tetap mempunyai kasih sayang daripada salah seorang keluarga awak. kasih sayang yang mendalam dan sejati."~apa yang dikatakan Karma membuatkan Haneru terharu.

"manakala saya ni,susah mendapat kasih sayang daripada kedua ayahanda dan bonda saya. jumpa pun jarang. kakak saya yang mengurus kan banyak benda berkaitan raja raja. saya cuma tinggal abang saya. tapi,malangnya.. dia cuba untuk mencederakan kawan saya. saya dah tiada sesiapa lagi. di planet ni,saya tak ada kawan kecuali haiwan haiwan yang berada disini."~Karma menyambung

Haneru terkejut

"jangan risau. saya kan ada."~Karma gembira.
cukuplah hanya ada Haneru.

"kalau kita selamatkan Rayyan,kita akan dapat kawan baru. "~Haneru tersenyum.

"baiklah,mari kita selamatkan Rayyan!"~walaupun hanya ada mereka berdua,tempat itu sedikit bergema dengan suara mereka.

perjalanan mereka dipenuhi cabaran.

pada mulanya,gaung yang dalam. Karma menggunakan kuasanya untuk mengangkat dia dan Haneru.

kedua,boleh pula ada labah labah gergasi. Karma menggunakan kuasanya untuk menghalau labah labah itu.

ketiga,serang hendap secara tiba tiba yang terdiri daripada panah dan kuasa api.
Karma menggunakan kuasanya untuk menghalang serangan itu terkena.
manakala Haneru menggunakan peralatan yang ada untuk menyerang.
Karma kagum melihat kepantasan Haneru.

keempat,hujan ais. Karma menggunakan kuasanya untuk melindungi mereka daripada ais ais itu.

kelima,jaring elektrik yang sangat kukuh. kuasa Karma tidak memberi kesan kepada jaring itu.
Haneru menggunakan sesuatu daripada barangnya untuk membaling jaring itu ke tempat lain .

"cool."~Karma kagum kerana jaring itu terbang sangat jauh.

"mari,kita teruskan perjalanan."~Mereka meneruskan perjalanan.

sedang Haneru dan Karma meneruskan perjalanan,

"Haneru,awak letih tak?kalau letih,kita rehat dulu lah."~Karma yang letih sebenarnya

"saya tahu yang awak yang letih kan. takpe,kalau awak letih bagitahu saya. jom rehat dulu."~Haneru dan Karma duduk bersebelahan sambil makan makanan yang ringan.

setelah habis makan.

"Karma,dah nak malam ni. kita tidur dekat sini jelah. lagipun,tempat ni ok je untuk kita berehat."~Karma mengangguk setuju.
mereka menyediakan tempat berehat.
mereka berbaring di tempat masing-masing.

"Karma,awak pasti ke yang Rayyan masih hidup?"~persoalan Haneru mengejutkan Karma.

"I..I don't know. But,i know that he will always in our hearts."~Karma menjawab dengan suara yang serak.

"Karma,do you miss Rayyan?"~Haneru bertanya.

"of course I am. do you?"~Karma bertanya kepada Haneru pula

"Yes,i miss him. he was the one who make me feel better. "~Haneru tersenyum sendiri.
begitu juga Karma.
mereka memandang bulan sabit bersama sehingga tertidur.

"Karma,hurry up. I think,I can't stand it anymore... please,Karma.. I need you."~Suara Rayyan bergema di telinga Karma dan Haneru.

keesokan harinya.

mereka bangun awal kerana mereka terlalu bimbang tentang keadaan Rayyan.

mereka bergegas ke lokasi seterusnya.
setelah beberapa minit berlari,mereka terjumpa sebuah pokok yang lebih kurang serupa dengan dalam komputer Akabane.

"saya rasa pokok tu ada kena mengena dengan tempat persembunyian abang saya."~Karma membuat kesimpulan.

"cuba tengok ranting tu. nampak macam tuil. mungkin perlu tarik supaya tempat persembunyian abang awak akan keluar."~Haneru menunjukkan jarinya ke arah ranting yang kelihatan seperti tuil.

"biar saya yang panjat."~serentak.

"saya nak panjat."~Serentak lagi.

"air,batu,burung."~Karma membuat bentuk batu manakala Haneru membuat bentuk burung.
ini bermakna Haneru menang.

"alright,you win."~Karma kelihatan merajuk.

"apalah awak ni,macam budak kecil."~Haneru memanjat pokok itu dan menarik ranting yang kelihatan seperti tuil itu.
tanah bergegar untuk seketika.
sebuah istana yang yang agak usang keluar daripada tanah.

"saya rasa,ini lah tempatnya."~Mereka masuk ke dalam tempat itu dengan berhati hati.

"you are really strong. not like your mother and father. they are so weak."~Suara seorang lelaki yang Karma kenali.
Akabane.

mereka ke arah bunyi itu.
mereka sampai di tempat yang agak usang.
Akabane sedang menghadap Rayyan yang tangan dan kaki di gantung pada tiang.
Rayyan kelihatan sangat tidak berdaya.
banyak calar balar pada mukanya dan badannya.

"aku...takkan... pernah mengalah."~Rayyan masih bersemangat.

"kau masih bersemangat. sama macam masa aku bunuh mak dan ayah kau."~Akabane gelak jahat.

"tapi,kau akan tetap mati sebab aku yang paling kuat. aku bunuh korang pun sebab korang tahu tentang semuanya. begitu juga tentang aku. aku tahu yang kau tahu aku ada kuasa kegelapan tu. dan,dengan membunuh keturunan Korloena,semua benda akan terkubur. mereka takkan tahu apa apa tentang aku."~Akabane menerangkan.

"tapi,kau nak bunuh aku bukan sebab tu, kan?ianya sebab aku bagitahu Karma tentang diri kau yang sebenarnya."~Rayyan sinis.

"hahaha,you are so smart. macam kali terakhir aku jumpa kau."~Akabane menepuk tangan nya.

"kenapa abang buat semua benda ni?kenapa abang nak bunuh Rayyan?"~Karma keluar dari tempat persembunyian nya.


"Karma?macam mana ?"~Akabane bertanya.

"itu tak penting. kenapa abang kejam dengan orang yang Karma sayang?"~Karma

"abang tak kan benarkan Karma sayang orang lain selain abang."~Akabane meluahkan .

Haneru yang melihat terharu dengan semangat kekeluargaan itu.

"tapi,abang tak patut bunuh orang yang tak bersalah."~Karma

"adik tak tahu apa apa. ini urusan orang dewasa. adik takkan faham."~Akabane

"jadi,tolong bagi adik faham situasi abang."~Karma cuba memahami Akabane.

"adik takkan faham."~Akabane terbang ke udara .
kelihatan Akabane hendak membuat serangan terhadap Rayyan

"abang, hentikan nya!"~ketika Karma menjerit, keenam-enam kristal milik Rayyan terapung begitu juga yang Haneru pegang.
ianya membentuk menjadi satu bentuk.
sama seperti bentuk dalam buku yang Rayyan berikan kepada Karma.
kristal itu membentuk rantai.
rantai itu ke arah Karma.

"bila masa kau ada benda tu?"~Akabane tidak perasan.

"Kami puak Korloena memang sentiasa bersedia untuk apa juga keadaan."~Rayyan sinis.

Karma berterbangan ketika dia memakai rantai itu.
dia dapat rasakan kuasanya.
penampilan nya berubah.
daripada memakai pakaian t-shirt biasa kepada jaket berhood putih,rambutnya yang berwarna putih itu berterbangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience