•Me•

Drama Series 19932

_These Mountains that you are carrying,you were only supposed to climb_

Rumah tumpangan itu berdekatan dengan hotel.Mereka masuk dengan tergesa-gesa  ke dalam bagi mengelak pembunuh itu.Nyawanya sikit lagi diancam .

Mereka berlari secepat mungkin apabila Mike selesaikan sesuatu bersama lelaki itu.Tak sanggup lagi dia bayangkan perkara ity.Sangat ngeri!

Walaupun lokasi mereka tak dikesan lagi wajah Elena masih pucat lesu seperti mayat.Elena masih trauma dengan apa yang terjadi.

"Kau ok tak ni?"Soal Mike mengunci setiap pintu dan tingkap.Setiap dua kali Mike menjenguk di luar.

Elena hanya menangguk perlahan.Tubuh kecil itu menggigil ketakutan.Mike yang memandang tidak peduli,pisau yang berdarah itu simpan di laci.

Suasana menjadi semakin suram setelah kejadian mengerikan itu disaksikan sendiri dari mata Elena.Tapi itu sudah biasa bagi Mike.

Dia melangkah menuju ke arah Elena yang ketakutan itu.Pek panas diberikan bagi memanaskan tubuhnya.Mata kuyu itu direnung lama.Senyuman sinis terukir.

"Kau terkejut ke apa yang aku buat tadi?Itu baru sikit Elena jangan lah takut aku ada di sisi kau"Kata Mike lembut.Kesian dia.Selalu ditimpa masalah apabila Mike berada bersama.

"Kau gila ke apa Mike!Kenapa libatkan aku sekali dengan masalah kau!"Jerit Elena kuat sehingga sakit telinga Mike mendengar.

Elok sikit lah cakap dengan orang yang lebih tua dari kau.

"Please sweetie..Lupakan je apa yang kau nampak tu.Itu hanya mimpi buruk sekarang ni kau masuk tidur dulu."nasihat Mike sambil mengusap lembut kepala Elena seperti anak anjing.

Comel juga dia ni bila takut.Bisik hati Mike seronok melihat wajah Elena yang takut itu.

"Kau suruh aku tidur selepas kena kejar dengan pembunuh psiko tu!Entah-entah kau pun gila sama macam dia!Apa kau buat kat dia tu ,tak takut ke polis tangkap kau !"tengking Elena lagi.Mike masih tersenyum sinis dia cuba menahan dari ketawa.Lucu lihat dia takut.

Pembunuh itu sangat menakutkan.Muka lesu macam tak makan,mata seram dan tubuh kurus kering.Bawa pisau pula tu!

"Relax sayang.Bukannya kau yang ada masalah dengan dia tapi aku."

"Takde masalah kau kata?kau yang ancam aku dulu!Kalau tak disebabkan kau cari pasal dengan aku tak pasal-pasal aku datang cari kau untuk minta maaf!Perkara ini pula terjadi!Tak patut lah!"marah Elena merenung tajam mata merah Mike itu.

Kami berdua di dalam bilik untuk menunggu.Tapi tinggal berdua pun sudah seram.Mike sangat menakutkan sama seperti pembunuh itu.

"Elena Don't worry pembunuh tu takkan bertahan lama lagipun tadi kau terhibur betul tak?"soal Mike dengan teruja.

"Tak seronok langsung!Aku nak balik sekarang ni!"Geram Elena dibiarkan Mike ni makin menjadi-jadi.

Tangan Elena dipegang kuat sehingga dia sendiri terjatuh di atas tanah.Dia menoleh ke arah wajah Mike yang tersenyum itu.

Kalau sehari kau tak kacau aku tak boleh ke!Semak tengok muka poyo kau tu!

"Apa jeling orang macam tu?Ada hutang?Ha ya kau memang ada hutang.Maaf kau tu mana ?"soal Mike sinis sambil membuka bungkusan plastik makanan.Bau dari bekas tu menggoda selera Elena.

I'm starving.

"Baik kau cakap kenapa orang gila tu kejar aku!eh Tak Kita!Kau buat hal dengan dia sampai berani tikam dia!"tengking Elena tak pasal-pasal Mike yang makan itu tersedak.Cepat-cepat dia mengambil botol air.

"Itu bukan urusan kau.Tunggu jelah Roku ambik kau pastu hubungan kita ni tamat sampai sini je."ringkas jawapan dari Mike.Malas nak terangkan panjang berjela.

Bukannya dia akan faham.

"Ya ok aku takkan tanya sebab itu masalah kau kan.Kau sendiri punya hal.Tapi Thank you selamat kan aku.Kalau tidak aku akan mati ditikam pembunuh tu"

"Aku tak selamatkan kau.Aku Cuma  tak nak malam ni ada seseorang terbunuh sebab mood aku tengah baik sekarang ni"Jawab Mike dengan mengangkat kening gaya bos.

Ayat bukan main si samseng ni.Agaknya mulut kau tu bayar cukai ke tidak?

"Aku tak harapkan kau tolong aku pun tadi."

"Good..Ok sweetie dalam 5 minit Roku akan bawa kau pulang so ini perjumpaan kita yang terakhir.Aku harap takkan jumpa kau lagi dan hidup bwhagialah ya"kata Mike gembira.

Walau sekejap tapi seronok dapat bermain dengan perempuan yang spesies lain dari yang lain.Macam dia

Elena hanya mengangguk kepala lantas tombol pintu dipulas.Dia menunggu di luar seorang diri dengan hujan yang semakin lebat di luar.Tak perasan pula bila hujan turun mungkin perasaan takut mengawal diri tadi.

Aku pun takkan jumpa kau Mike Elvin!Seseorang yang cuba bunuh aku 3 kali!

_______

Mike membaca buku yang ayahbya berikan semasa kecil.Bukan susah pun nak hapuskan dia rupanya.

Perempuan tu memang buat aku rasa hidup ni tak mudah.Mesti dia lalui banyak perkara disebabkan makcik dia.Bukan senang.

Mata dia.

Menunjukkan bahawa dia mengalami kesedihan dalam masa yang lama.

Mata dia sama seperti aku.Suram.

Tapi kenapa dia masih tersenyum?

Kring!!!

Nada dering bunyi instrumen first love berkumandang dengan merdu sekali.Tangan Mike menyambut telefon dan menjawab panggilan telefon itu.Kendengaran suara lunak seorang wanita.

"Elv pergi mana ni sayang?"

"Boleh tak kau jangan sibuk hal aku"Ujar Mike dengan dingin apabila dapat tahu panggilan itu bukannya dari Wana tapi sebaliknya ibunya yang dia benci.

"Elv..ibu minta maaf tentang hari tu.Balik rumah elv ibu rindukan kau"kata bonda Maryam yang mendambakan kepulangan anaknya yang tersayang.Walau dia tahu anaknya masih menyimpan dendam.

"Kenapa aku perlu balik dengan orang yang tak ambil peduli tentang aku!Rindu?Kau patut katakan itu 10 tahun yang lalu."ujar Mike lagi.Hatinya dingin seperti kutub utara.

Calar yang lama takkan diganti dengan baru.Takkan lama ia bertahan.

"Elv you need explain this!Ini tentang hidup elv kalau elv masih berdegil bonda tak teranggak-anggak paparkan yang ini semua isu betul"tegas suara bonda Maryam kali ni.

Isu apa yang dia timbulkan kali ni!Buat masalah betullah!

"Fine!Aku akan pergi sana!"

______

Elena selamat sampai ke rumah nya setelah 1 jam dia tertidur di dalam kereta itu.Ada aircon sejuk.Banyak juga dia tahu tentang Mike dari roku.Nasiblah serigala tu masih manusia yang masih ada perasaan.

Cuma yalah.Kurang kasih sayang orang kata.

Rumah itu masih kelihatan gelap kerana lampunya yang tak tertukar beberapa bulan lamanya.Manalah mampu nak beli kalau duit seciput .Cukup untuk beli aiskrim je.

Aku dah lah lapar cakap pasal ni.Makin lapar dibuatnya.

"Jadi ini rumah cik kan?"

"Ya thank you Bawa Saya pulang"

"My pleasure.Be careful princess"kata Roku tersenyum manis itu.Gigi arnab itu makin membuatkan wajahnya semakin comel.Macam nak picit je!

Setelah Elena pulang kereta tadi terus hilang .Pandangan Elena beralih pula  melihat rumah itu.Rasa berdebar mula terasa di saat melangkah masuk ke perkarangan rumah.Seperti yang dia jangkakan makciknya menunggu di hadapan rumah dengan membawa bagasi Elena.

"Baru kau nak datang rumah?Kenapa?Sebab takde duit lagi ke?"soal puan Azizah melepaskan geram kepada Elena.Nampak sangat dia baru kalah dalam judi.

Gayanya serabut dan tak tentu arah.

"Makcik tak boleh ke beri Elena satu peluang lagi?"

"Peluang apa lagi yang aku nak beri!!Kau kata macam tu sebab takde duitlah ni.Bagus!Jadi kau berambus dari sini si miang!Kau dah tak berguna untuk aku!"Tengking makcik nya sambil menghempas bagasi itu terkena kaki Elena .Dia tersadung terkena tanah kotor itu.

Sakit!Tapak tangan mula berdarah terkena batu tajam.Ini baru sikit Elena.Bertahanlah.

"Makcik...Takkan tak sayang Elena lagi?Elena janji lepas ni Elena akan kerja keras lagi untuk bayar duit tu!Jadi jangan halau saya m ini satu satunya tempat yang saya ada!"Merayu Elena dengan sepenuh hati hingga dia melutut memegang kaki makciknya.

Air mata sudah lama mengalir di pipi.Dia masih memengang erat kaki puan azizah meskipun dia benci.Tiada satu perasaan simpati yang timbul dalam hati puan Azizah sebaliknya rayuan Elena dipijak dengan keji.Dia menendang tubuh Elena yang dalam tangisan itu dengan kuat hingga menyakitkan tubuhnya.

Apabila Elena mengerang sakit puan Azizah pula ketawa keseronokan.

"Kau nak sangat hidup sendirian kan!Alahai Sian kau kan?Kau tengoklah boyfriend kau yang miskin  tu pun tak nak tolong kau?Dia ada beri duit kat kau!?Takde kan?Itulah kau miang sangat nak bercinta.Tengok apa jadi!"Tengking puan Azizah lagi kali ni penangan pedas itu berjaya buat hati Elena tertusuk.

Tak.Affan bukan seseorang yang begitu.Dia baik walaupun dia tak mampu.Tapi hatinya jujur terhadap perasaan cinta pada Elena.

"Makcik dah lupa ke janji yang ibu katakan?Elena ingat apa yang ibu kata.Takkan makcik senang-senang halau anak kakak makcik sendiri.."

"Ibu kau dah mati!Kau ni sedar lagi ke tak yang kau ni anak kotor?Aku rasa meluatlah sepanjang hidup aku jaga kau!Hidup aku tak aman baik kau mampus je dari sini!Sama macam ibu kau tu!"Perli puan Azizah seronok melihat kekejaman yang dia lakukan kepada Elena.

Tangisan Elena tak dihiraukan.

Album keluarga Elena yang lusuh itu dipijak secukupnya.Air mata gadis itu semakin deras.Tidak lagi dia dapat menahan rasa marah dan sedih dalam hatinya.

Semuanya penipu belaka!Hanya mainan kata-kata!

"Makcik selama ni Elena tak harapkan apa-apa pada makcik cuma harap yang makcik rasa gembira kenapa makcik sanggup halau Elena macam ni!"

"Kau nak buat aku rasa gembira?Kau boleh berambus baru aku rasa aman dan gembira!"Senyum sinis puan azizah.

Sekali lagi barang Elena dipijak sesuka hati selagi Elena tak beredar dari situ.Dia akan cuba menyakiti perasaan Elena.Rasa sayang dah lama pupus.

Elena yang semakin sedih cuba melindungi album lama itu dengan mendakap erat.Tangisan makin tak henti-henti mengalir keluar.

Cuaca mendung bersama hujan yang berada di dalam hatinya kini.

Tiada sinaran matahari yang mampu buat dia rasa gembira.Sisa hidupnya hanya dibazirkan dengan rasa sedih.Kadang kala dia penat hadapi tapi dia bertahan.Tapi kenapa semua tak faham apa yang aku rasakan?

Kenapa aku perlu hidup ?Kalau kehadiran aku menyusahkan.

"Berambus dari sini aku kata!"

"Maafkan saya makcik!!Jangan halau saya!!"

"Kau ni memang nak kena rasanya!"geram puan Azizah penat melayan elena yang tak putus asa itu.

Dia memetik nyalaan api lalu dilemparkan ke atas barang Elena.Dia sudah tak peduli asalkan Elena pergi .Tapi Elena masih tak beranjak dari situ walaupun memang dari dahulu dia trauma dengan api.Dia hanya berharap makciknya terima maaf dia.

Terdengar gelak tawa makciknya.Dia tersenyum kemenangan.Dia meninggalkan elena yang merayu.Pintu rumah itu dikunci rapat-rapat supaya Elena takkan dapat lagi masuk.

Perlu ke aku hidup?

Semua orang tak peduli kan aku.
Jika lakukan baik akan dibalas baik tapi aku.
Tak percaya lagi ungkapan itu.

Terbatuk-batuk Elena melawan asap yang makin berkepul-kepul mengaburi pandangan nya.Apa yang dia dapat selamatkan hanyalah album itu.Barang yang lain hanya dibiarkan.

Walau berapa banyak yang dia curahkan kepada seseorang.Semakin banyak perasaan hasad dengki dalam hati mereka.Kasih sayang mereka palsu dan aku yang selama ini.

Inginkan kebahagiaan.
Walau sekali.

Splash!

Entah dari mana muncul simbahan air bagi meredakan nyalaan api.Baldi diletakkan di tepi dan dengan perlahan dia mendekati.Habis basah wajah elena yang terkena air.Tapi tuala putih itu membaluti tubuh badan Elena yang ketakutan itu.

Siapa pula hero muncul ni?Siapa yang cuba menyinari awan mendung dalam hati aku ni?

Sepasang mata Elena yang berkaca itu juga dilap dengan sapu tangan.Album yang hampir terbakar itu dibersihkan segera.Beberapa kereta juga sampai di situ.Serbuan wartawan juga mengecohkan suasana.Elena masih terpinga-pinga melihat kamera yang menangkap gambar mereka bersama.

Kenapa ramai datang rumah aku ni!Camera candid ke?!Tiba-tiba sahaja halaman rumah aku jadi tempat sesi bergambar!

Dia mengeluarkan sekotak cincin di dalam poketnya.Lelaki itu memakai topeng muka menutupi wajahnya.Di depan khalayak ramai dia melutut menghadap elena yang segan itu.

Who are you stranger?!

"Elena be mine"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience