••

Drama Series 19932

Aku terima nikahnya Elyssa Elena binti Zubir dengan mas kahwinnya 400 ringgit tunai"

"Sah?"

"Sah"Jawab mereka semua dengan gembira.Akhirnya mereka disatukan dengan sekali lafaz sahaja.

Selesai sahaja membaca doa,Mike memandang wajah isterinya yang tertunduk itu.Air mata nya diseka.Elena yang tadi tertunduk terus menoleh ke hadapan.

Tak pernah aku bayangkan hidup bersama lelaki ni.

Lelaki ini yang musnahkan impian dan masa hadapan yang cerah bersama Affan.

Semua sebab dia!

Tapi apakan daya.Aku tak mampu nak buat apa-apa.Aku lagi utamakan keluarga daripada diri sendiri.

Cincin permata itu disarungkan di jari manis Elena.Mike memandang sinis wajah Elena itu dengan niat yang lain.Muka macam tak bermaya.

Mungkin dia masih marah aku lagi.

"Cium dahi isteri kamu Mike"ujar datin Maryam sambil tersenyum.

Mike hanya menurut lantas mencium ubun-ubun Elena lama.Banyak kamera yang mengambil gambar sampai silau matanya.

Aku tahu dia ni famous tapi aku dah kata jangan jemput wartawan datang!Tak dengar kata betul!

Dia tak terhenti di situ,Elena dapat merasakan Mike  berhenti di telinganya.Suara nakal Mike buat Elena rasa tak selesa.

"Hidup kau akan sengsara"Bisik Mike sambil tersenyum sinis.

Elena buat muka selamba badak apabila mendengar ayat itu.Dia ingat aku takut sangat ke?

Siap kau lepas ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience