•You•

Drama Series 19932

_Stop looking for happiness in the same place you lost it_{Lisa Delegato}

"Kau masih nak berlawan dengan aku?"soal Mike sinis melihat darah pekat makin mengalir kerana mata pisau yang tajam menusuk kulitnya.Elena hanya mampu berdiam diri.Suasana dalam cafe itu masih tegang.Ada yang takut dan ada juga yang pandai-pandai merakam video.Manusia kau ni an!

Kurang asam!Kau rakam buat apa?Tolong aku ni bukannya jadikan viral!

"Encik..Fine I'm so sorry so.."

"Kuat lagi!!Aku tak dengar!"

Elena pandang besar kecik je Mike yang menengking tak tentu pasal.Sengaja nak malukan aku kan?Sabar jelah.Pisau itu masih melukakan kulit mulus Elena.

Sakitlah !Aku dah cakap minta maaf takkan kau ni pekak?!Aku tengok sihat lagi kau ni.Sakit mental agaknya.

"Cakap dengan kuat yang mengaku kau salah!Merayu kat aku!"Tengking Mike .Tak cukup dengan pisau dikeluarkan pula pistol.Oi sabar lah!Air liur makin kelat melihat pistol itu.Tak puas hati lagi dia ni?Sah-sah sakit gila!

"Aku patut minta maaf ke?Bukan kau ke?Kau juga yang salah"sindir Elena apabila pistol itu diacukan betul-betul di dahi.Walaupun pistol ni akan tembak aku sekalipun jangan harap aku nak minta maaf kali kedua!

Mike pula tak percaya yang Elena masih mampu menyindir walaupun dia dalam bahaya.Hebat!Minah ni jatuh dari planet mana agaknya sampai nyawa pun digadaikan.

Semua orang rasa amat terkejut dengan tindakan mengejut Mike.Tapi muka elena tak cuak malahan dia siap senyum lagi.Power an?Aku Memang hebat.Bagi Mike pula kalau siapa yang kenal dia je tahu perangai dia bagaimana.Tak kiralah Elena perempuan dia takkan pilih kasih.

______

_____

"Kenapa?Encik takut maruah tercalar ke?Kalau calar jom ikut saya baiki kat bengkel.Nak barang murah ke mahal?Pilih je"Renungan Elena yang tak rasa bersalah buat hati Mike jadi semakin marah.Berani minah alien ni?!

"Kau jangan main-mainlah aku boleh bunuh kau kat sini jugak!"

"Bunuhlah.."

"Kau..!"

Muka Elena tiada reaksi dia takut, yang penting mamat ni blah dari sini cepat!
Elena takkan berani sampai tahap ni kalau dia ada pengalaman berurusan dengan orang yang macam ni bertahun lamanya.Bagaimana?Mestilah semasa di universiti.Banyak spesies mamat ni je kat sana so He is simple!

Senyuman mike sinis cuba membaca riak muka Elena tapi nampaknya perempuan tu betul.Dia tak takut.Pistol dialihkan perlahan dan pisau itu disimpan masuk ke dalam poket.

"Kau tak takut?"

"Buat apa aku nak takut, kau bukan tuhan aku..Yang aku perlu takut Allah."

Deep Kan ayat aku?Biar kau sedar diri sikit!Haha dah mula cuak muka dia

"Itu aku tahulah!Tapi memang kau tak takut dengan aku ke?"soal Mike lagi pelik.

Apa mamat ni?Serius aku kata dia ni mesti pekak.Kena cakap berapa banyak kali baru dengar.

"TAK!Hei ingat aku takut dengan mamat tak cukup budget macam kau ke?Jangan mimpilah!"Jerit Elena sedikit biar dia dengar betul-betul perkataan aku.

"Bagus macam Nilah aku suka..Kau lah yang aku cari..Bagus bagus"Senyum lelaki itu manis bak bidadari.Tak abis-abis nak buat muka macam tu.

Ait?Mood Jadi baik pulak serigala jadian ni?Aku pelik betul dengan mamat ni!

"Apa benda kau cakap ?Ulang balik"Elena pura-pura tak dengar padahal aku tak nak mengaku.Mike hanya membalas dengan senyuman devil dengan mata yang merah itu.

Asyik-asyik muka smirk tu!Lagipun Aku macam nak tanya je kenapa mata dia merah?Rare kot.Tapi Wow!

Dia berjalan keluar tapi sambil menoleh dia melempar beberapa nilai not ungu yang bertebaran ke udara lalu jatuh ke lantai.

Macam gitu kau bagi duit kat pelayan? rude!!

Elena tak mengambil duit itu sebaliknya orang yang berada di cafe itu berpusu-pusu mengambil duit itu.Dah macam kambing keluar dari kadang.

"Oi takut ke?Kata berani sangat nak lawan aku!Mehlah aku tak takutlah! Selepas kau pergi,Aku akan berdoa banyak-banyak supaya aku takkan jumpa kau lagi!Forever!"

_____

Perkarangan rumah Datin Maryam dipenuhi hadiah dan pokok bunga yang cantik belaka kerana dia sangat sukakan bunga.Kereta hitam itu melusur masuk ke dalam.Mike tersenyum manis sambil memegang erat pergelangan tangan Wana.Mereka datang sebab ada hajat.

"Assalamualaikum"Sapa bonda Maryam sambil senyum melihat anak kesayangan sudah pulang akhirnya.Rasa rindu sangat.

Mike buat muka menyampah.Dia ni lagi.Takde orang lain ke nak sapa aku?

"Elv pergi mana?Ya Allah bonda risau tahu tak?"Tangan bonda Maryam sibuk memastikan anaknya dalam keadaan yang selamat.Mike mula rimas lantas menolak tangan bonda Maryam ke tepi sehingga dia beranjak sedikit.

Menangislah!Aku sepak karang!

Kyle hanya pandang sebelah mata.Tapi anak matanya juga tak lekang melihat Wana di sisi.Apa benda bitch ni buat kat sini?

"What are you doing?She-"

"Elv tak nak cakap banyak.Minta semua orang berkumpul kat ruang tamu segera"Kata Mike dingin tiada satu perkataan pun yang dia bimbangkan bonda maryam.Apa yang dia kesah?

Mike merenung tajam ke arah abang Kyle yang dari tadi asyik memandang Wana seperti tak puas hati.Kyle yang baru perasan tersenyum sinis.Dia menyapa lembut wana yang tersenyum manis..Mike mula rasa dirinya dicabar lantas menarik Wana dalam dakapannya .

Jangan senyum macam kambing lah gila!

"Baiklah elv"Senyum riang bonda memanggil Dato' Malik yang masih membaca buku di gazebo.

______

"Apa yang kau nak cakap?"soalan pertama diajukan kepada Mike setelah semua ahli keluarga sudah berkumpul.

Bonda Maryam juga teruja tapi hatinya masih tak senang melihat Wana.Hatinya perit melihat kemesraan mereka berdua amat rapat sekali.

Sebab Wana Anaknya berubah secara drastik sebegini.Jadi Wana tak layak untuk elv.

"Elv nak kahwin dengan Wana"Mike bercakap terus terang tanpa bertapis.Semua orang nampak terkejut.Itu agak pantas.

"Tapi elv bonda dah kata yang-"

"This is my life.She is my love so we can be together."Mike mula menyampuk dan dia sempat menjeling wajah bonda Maryam.

Terima jelah perempuan ni!Banyak cakap pula.

"Lagipun bonda..Wana dah lama kenal family elv so kita dah macam satu keluarga betul tak?"Mesra Wana memegang erat lengan bonda Maryam tapi dia menepis dengan keji.Kau bukan menantu aku pelacur!

Ini pilihan yang salah!Ini tak patut berlaku!

"Tak!Bonda tak-"

"Ayah setuju .Kalau itu yang kau nak ayah terima sahaja"Dato' Malik bersahaja membaca kembali buku tanpa peduli apa pun.

"Abang!Tapi dia ni pelacur takkan kita nak dapat cucu berketurunan pelacur macam ni!Abang tak fikir ke?!"marah bonda Maryam meluap-luap suaminya yang menyokong perkahwinan ini.Mike tersenyum puas begitu juga Wana.

"Awak juga yang nak menantu.Ha kita dah dapat satu dan yang lagi penting anak kita pun sayangkan dia.So teruskan jelah"Balas Dato' Malik lagi.Riak muka bonda Maryam sama sekali tak puas hati.

"Abang!"

"Aku pun tak setuju perkahwinan ni.Lagipun kau ni betul ke nak kahwin dengan minah ni?Asal usul pun kita tak tahu lagi."Kyle mula bersuara.Dia mahu melindungi pendapat bonda Maryam.

"Kau jangan sibuklah!Ini pilihan aku jadi aku yang patut tentukan!"

"Tapi dia ni pelacur!Hei kau faham tak pelacur tu apa?Entah berapa banyak laki pernah sentuh dia dan kau dengan mudah beri cinta kau pada dia ni?You so funny!"Sinis Kyle memandang balik muka Wana yang menahan geram.

Muka Wana memang cantik tapi malangnya dia tak suci.

Mata Wana mula berkaca-kaca mendengar penghinaan yang Kyle katakan.Mike memegang erat tangan Wana untuk tenangkan diri.

Kenapa susah sangat orang nak terima dia?Wana cukup baik dan sempurna di matanya tapi tidak pada keluarga nya.Ya aku tahu dia pelacur tapi Wana sudah tak buat kerja semua tu.Dia berubah setelah aku mencintai dia.

"Sayang..kita balik jelah"Bisiknya sedih.Perlahan Wana melangkah pergi tapi Mike menariknya kembali.Comel betul dia ni merajuk.

"You nak putus asa dengan I ke sekarang ni?Kita belum berjuang lagi takkan nak mengalah.Jangan risau I Janji akan selalu di sisi you."Senyum Mike sambil mengusap lembut rambut ikal mayang Wana itu.Gadis Itu hanya mengangguk perlahan.Dia rasa bahagia lelaki itu melindungi dengan sepenuh hati .

"Elv putuskan hubungan dengan Wana sekarang!Bonda takkan restui!"Bantah bonda Maryam lagi.Dia tak tahan melihat wana asyik memegang elv tanpa segan silu.Angin nya jadi tak baik.

Mike menjeling bonda Maryam seperti helang yang menanti mangsanya untuk makan.

"Putus?Aku nak tanya.Apa yang kau pernah buat untuk aku?Hidup aku menderita sebab kau!Sekarang ni baru kau sedar yang aku ni bermakna bukan?Tapi sekarang dah terlambat .Gelaran bonda tak pernah layak untuk kau!"Geram hati Mike apabila senang-senang perempuan itu melupakan kisah lama.Kau tak patut masuk campur!

Parut yang lama masih berkekalan dalam hati aku!Kau takkan dapat ubatinya lagi.

"Bonda!"Kyle mendapatkan bonda Maryam yang sudah menangis mendengar setiap apa yang anaknya katakan.Mike dah melampau!

.Hati si ibu itu teramat hancur.dia sayangkan elv tapi kenapa elv masih tak sedar?

Bonda Maryam seperti mahu tumbang tetapi disambut segera oleh suaminya.Dato Malik juga terkejut dan amat risau keadaan isterinya yang tak sihat daripada demam.Kerana dia terlalu rindukan Mike sehingga sanggup berjaga malam menunggu anaknya.

Tapi apabila Mike balik.Ini yang dibalas.Dia sudah ubah fikiran apabila Mike bertindak mengikut hatinya sahaja.

"Aku benci kau!Sebab kau hidup aku hancur!"

PANG!!

"Stop it!Sanggup kau kutuk perempuan yang semulia ini!Dia melahirkan kau ke dunia!Dia juga yang menjaga kau.Tak sedar lagi ke semua tu?!"Tengking dato Malik bengis.

Kata-kata tu tak boleh lagi mencabar lagi ke?Sekelip mata ayahnya berubah seperti kucing yang hilang anak.Dia sanggup buat apa je untuk perempuan tu.Thats why aku kata perempuan tu menyusahkan aku!

Dia meminta pertolongan Kyle mempapah tubuh isterinya masuk ke bilik.Kyle hanya mengangguk.Ada lagi yang dia perlu uruskan.Mike hanya memandang sebelah mata.

Wajah Mike yang ditampar itu diusap lembut.Wana mula menangis melihat darah yang mengalir di pipi Mike.Begitu hatinya sakit.Lelaki itu memeluk erat tubuh Wana yang menahan marah.Dia tahu gadis itu juga rasa dirinya tidak adil dilayan sebegitu.

Maafkan aku Wana..Kesian kau perlu lalui semua ni untuk aku.

Suasana menjadi semakin tegang apabila mata mereka bersua.

________________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience