•Beautiful•

Drama Series 19932

I already Know..

Hari yang sama berulang kali buat dia rasa bosan.Tiada apa yang menarik hari ini.Malam tadi dia dapat mimpi yang pelik mengenai kematian ibu.Senyuman ibu sangat manis masa itu .Ibu seorang yang tabah walaupun sudah banyak yang dia lalui sepanjang membesarkan anaknya.

Pernah sekali dia terfikir apa yang dia sudah lakukan untuk nya?

Cukup Elena.Tak perlu ungkit kembali kejadian lama.

Azan berkumandang tanda masuk waktu subur.Elena bangkit untuk mengambil wuduk.Segar sikit waktu pagi ni dengan air sejuk.

Sejadah dibentangkan menghadap kiblat.Telekung dipakai kemas.Elena mula solat dengan khusyuk.

Selesai sahaja solat,dia menukar bajunya yang kotor dengan dress paras paha disertai jeans.Shawal dibelit malas begitu juga beg.Muka dilihat sebentar melalui cermin.

Cun! Beginilah anak dara!Cantik juga kau ni Elena.

Apabila sudah habis berangan menghadap cermin kakinya terus turun tangga.Ruang tamu itu masih kosong .Selalunya makcik takkan bangun awal pagi.Pemalas orang kata.

Elena memeriksa peti sejuk untuk sediakan makanan.Tapi dia hampa melihat ruang yang kosong.Sekurangnya berilah roti atau bijirin.Hanya ada air sejuk yang disediakan.

Peti sejuk itu ditutup kembali.Rasa lapar yang meronta  dibiarkan sahaja.Bukan sekali dia tak makan pagi tapi hampir setiap hari dia terpaksa menahan lapar.Pantas tangan Elena  mencapai beg .Kasut sukan diambil pula untuk memakai nya.

Segera dia berjalan hingga ke luar rumah.Pagar dikunci serapatnya.Sempat dia buat regangan dulu.

Masa untuk berkerja!

________________

Cafe iris makin berdekatan ,Elena  berlari secepat mungkin.Pintu cafe dibuka hingga terdengar bunyi loceng.Elena memerhati  kawan sekerja yang berada di situ masih tak bersiap lagi walaupun hari ni ada pemeriksaan.

Tak berdebar ke jumpa boss buat kali pertama?Jantung dia bagai nak meletup selepas dapat tahu boss  akan datang hari ni.Semua tahu yang boss itu sangat tegas sampaikan kami tak tahu bagaimana wajah dia.

Elena mengambil apron yang tergantung.Buku resepi yang memang sedia ada dibelek-belek dengan teliti.Tak sempat dia merujuk buku itu kerana  kerja yang sering dia lakukan.Walaupun dia tak mengulang kaji tapi dia akan pastikan kali ini dia akan lulus ujian ni!

kebiasaannya setahun sekali semua pekerja akan diuji dengan pengetahuan yang basic.Penting memilih pekerja yang ikut arahan dengan betul.Bukan senang nak cari jenis manusia begitu.

Sedang Elena asyik meneliti setiap satu isian buku resepi itu, ada sepasang mata memandang Elena dengan gerun.

Lama kelamaan Elena pula yang jadi takut.Takut asyik dipandang begitu.Mesti seseorang yang cuba menakutkan Elena.

Hati nya rasa tak sedap hati.Kepala ditoleh laju.Elena buat muka blur.Ingat siapalah tadi yang stalker dia.Rupanya Riz yang juga salah seorang pekerja di situ.Elena tak rasa terkejut sebab..

Perangai Riz memang pelik sikit.Tabiat dia tak pernah dibuat orang.

"Kau rasa-rasa boss akan terima kita lagi kerja kat sini tak?"Soal Riz yang masih mencangkung.Tugas Riz mengelap cawan mangkuk yang ada.

"Mestilah takkan dia nak lupakan kita yang susah payah majukan cafe ini.Tak pasal-pasal abang Irfan bagi dia pelampung sekali!Dia tak suka orang yang tetap pendirian ni"Jelas Elena sambil membaca buku resepi itu. Susah nak masuk otak sebab semua guna bahasa inggeris bukan Melayu.

"Betul juga apa yang kau kata tu.Tapi aku dengar cita boss kita kali ni bukan calang-calang orangnya"Kata Riz yang gementar.Suara dia juga diperlahankan agar tiada sesiapa tak dapat mendengar.

"Apa maksud kau?"

"Aku dengar dia tu pembunuh bersiri yang mustahil sama sekali akan masuk lokap!Kau tahu sebab apa?!"Riz bangun dari mencangkung.Membulat mata Riz yang rasa teruja untuk bercerita tentang boss itu.Kaki gosip betul.

"Tak pernah aku dengar pembunuh tak masuk lokap ni.Lagipun kau jangan main tuduh je nanti padah jawabnya"Tegas Elena memberi amaran kepada Riz terlebih dahulu.

Gosip ni membawa fitnah jika salah fakta lagipun bukan life dia tapi orang lain.

Cuma semua orang suka kacau daun nak tahu tentang kisah mereka.

"Aku cakap betul bukan main-main! Ada nampak muka aku ni tak serius ke?!"marah Riz apabila Elena tak percayakan dia.

"Muka kau bukan dulu sampai sekarang memang begitu je ke?Riz aku tak nak dengar gosip panas KEBABOOM ni.Ada baiknya kau sambung kerja daripada mengumpat tentang orang lain.Berdosa masuk api neraka."senyum Elena menolak Riz yang menongkat dagu.

"Kau jangan menyesal aku tak bagitau dengan lebih lanjut.Banyak yang kau tak tahu lagi tentang isu semasa ni.Aku bagitau untuk kepetingan kita juga!Untuk pengetahuan hidup!Kita sebagai rakyat Malaysia harus peka bukan seperti katak di bawah tempurung!"kata Riz lagak pensyarah yang sudah berpengalaman luas.Siap bagi peribahasa pula tu.Mesti BM tip top!Bagi lah tips lagi boleh dia sentapkan makcik tu.

"Iyalah prof!Aku akan ingat semua pesanan kau jadi sambung buat kerja ya"

Muka Elena jadi menyampah dengan perangai Riz yang tak sudah-sudah.Helaian yang terhenti dibaca kembali.Satu apa jadah pun dia tak faham.Susah betul English ni.

Markah English pun setakat lulus je inikan pula nak bercakap dengan fasih.Bukan dalam sejarah hidup aku.

Ya tak ya.

Asalnya boss tu duduk di Switzerland ikut parents  menginap di sana.Mesti dia bercakap dalam bahasa Inggeris.Apa yang patut dia buat sekarang?English yang paling susah dia nak fahami.Subjek yang paling dia benci!

Bayangkanlah boss tu akan bercakap dalam English dan aku yang terkaku tak tahu cakap apa.

Mesti kena pecat!

Elena terleka  sampaikan loceng pintu dibunyikan berulang kali dia masih tak sedar.Serta merta mukanya dilap dengan kain basah.Lama dia mengelamun jauh

Berkerut dahi lelaki itu yang berkaca mata dengan kot hitam.Raut wajahnya nampak tampan.

Just calm down Elena.Take a breath.

Satu senyuman manis dihadiahkan kepada lelaki itu.Dia tak membalas  namum diberi jelingan maut.Elena masih kaku tak memberi respon.

Kot hitam yang dipakai itu diberi dengan kasar.Nampak yang lelaki itu sedang marah.

"Welcome to cafe Iris sir.Saya pelayan yang berkerja.."

"Kumpulkan semua pekerja untuk pemeriksaan sekarang.Aku tak  banyak masa.Aku tak nak seorang pun yang lambat!Lagi-lagi kau."Lelaki itu sangat dingin memotong ayat Elena yang tergantung.

"Baik tuan.Sila duduk dulu saya panggil mereka semua"

Kasarnya perangai dia.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Semua pekerja telah berkumpul dan rasa gementar menunggu giliran seterusnya.Mereka nampak sibuk menghafal semua benda sebaik mungkin.Dengar kata ujian ni susah.

"Elena kau mesti kecut perut jumpa dia tadi.Apatah lagi bila dia tengking kau."ujar ayu yang duduk di sebelahnya.Elena mengganguk perlahan.

Kami berkawan sejak kecil hingga sekarang.Jadi dia yang paling banyak tahu tentang Elena.

"Kau pernah jumpa dia tak ayu?"Soal Elena pula

"Pernah sekali masa aku dapat kerja kat hotel iris.Kau nak tahu tak masa interviem aku belum cakap apa-apa terus ditolak  sebab terkucil sikit je.Tapi Alhamdullilah aku dapat kerja sini cuma  kena hadap lagi mamat tu.Semua tak percaya yang dia pewaris ACE Holding sebab perangai dia teruk."balas ayu sebut perkara yang sama apa yang Riz katakan.

Dia tu memang teruk sangat ke?Lelaki tu tak dapat terima kesilapan kecil.Semua nak Perfect!

"Aku nak tanya betul ke apa yang aku dengar dari Riz tentang boss kita tu pembunuh bersiri.Takutlah aku"

"Aku rasa betul sebab ada seorang kawan aku nampak yang boss kita gaduh besar dengan model terkenal.Esoknya wanita tu terus hilang sampai sekarang.Kes tu dah lama ditutup sebab tiada bukti kukuh"Ayu menceritakan tentang kejadian pelik itu.

Buat bulu roma aku menegak je!Air liur diteguk kelat.

Bahaya juga boss aku ni.

"Elena jangan fikir sangat lah tentang boss tu .Jawab je apa yang dia tanya.Good luck!"Ayu menepuk bahu elena untuk memberikan semangat.

"Thank you Ayu"

Sudah sampai giliran Elena untuk masuk ke dalam.Jantungnya rasa berdebar .Berpeluh tangan Elena kerana takut dengan apa yang diceritakan.Pintu diketuk perlahan.

"Masuk"

Tombol pintu dipulas.Rasa gementar saat memandang wajah lelaki itu.Mereka hanya berdua sahaja tapi Elena rasa tak selesa.Hati nya juga tak yakin.

"Kau tak nak pandang aku ke?"Soal lelaki itu .

Apabila disuruh begitu terus kepala Elena menghadap hadapan.Lelaki itu tersengih.

Biasanya memang semua akan takut pandang disebabkan mata merah menyala.Begitu juga gadis di hadapan dia sekarang ni.Muka tercengang habis

"What is your name?"

"Elyssa Elena binti Zubir."

Mike memeriksa profil Elena.Untuk periksa sama ada betul atau tkdak.Memang betul apa yang dia katakan.

"So apa yang awak tertarik untuk bekerja di sini?"soal Mike yang pertama.

"Satu sebab saya ambil kerja ni untuk sara hidup.Saya bukan orang senang jadi saya terpaksa berusaha cari duit"Balas Elena lembut.

"Maksudnya awak takde tempat bergantung?Awak tinggal dengan siapa sekarang ni"soal Mike lagi.Meja diketuk berkali-kali dengan pen.Rasa bosan.

"Makcik saya sejak kecil.Dia yang selalu jaga saya.Ibu bapa saya dah lama meninggal"

Kening Mike terangkat mendengar penjelasan dari Elena.Rasa nak tergelak.

"Awak boleh keluar.Tuan Arman selalu puji hasil kerja awak jadi saya takde apa-apa soalan nak beri."jawab Mike .

Fail profil ditutup lalu diberi kepada seorang wanita yang berdiri  bersebelahan meja itu.

"Terima kasih tuan."Senyum Elena manis.Seakan tak percaya dia dapat terus kerja.

________

Mike POV

Fail profil Elena diperiksa satu persatu.Asal usul Elena buat dia rasa tertarik lagi-lagi apabila dapat tahu nama bapanya Zubir.Tak mungkin..

Helaian salinan ic ayah Elena buatkan Mike tergamam.Kertas itu dikeluarkan.Lelaki yang sama masa di tempat kejadian.

Tapi Roku dah pastikan semua keluarga Zubir telah mati sepenuhnya.

"Kau tipu aku Roku?"Panas hatinya apabila mendapat tahu yang anak Zubir masih hidup.Kertas itu telah ronyok.

Jangan sesekali aku akan lepaskan mangsa begitu senang.

"Mana Roku sekarang?"Soal Mike kepada pembantu peribadi nya.

"Dia ada mesyuarat dengan ketua pengawal.Apa yang jadi Mike?"jawab Wana yang rasa risau.

"Anak perempuan lelaki tu masih hidup!Kau tahu apa maksudnya bukan?!kenapa tak pernah beritahu pada aku!"Marah Mike merenung mata Wana dengan bengis.

"Mike you Jangan tuduh I bukan-bukan takkanlah I sanggup rahsiakan hal ini sedangkan I cintakan you.I pasti Roku sengaja rahsiakan benda ni sebab nak buat you percayakan dia"jawab Wana dengan yakin.

Mereka memang punyai penghubungan sulit.Tiada sesiapa yang tahu

"I akan uruskan tentang Roku dan you cari jalan untuk hapuskan perempuan tu kalau tidak parah kita jawabnya!"tegas Wana yang sudah mengemas semua fail yang berselerakan di atas meja.

"I percayakan you wana..Please Jangan hampakan I lagi"Kata Mike lalu keluar dari situ.

_____

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience