•Call•

Drama Series 19932

_Don't find love,let love find you.That's why it's called falling in love because you don't force yourself to fall,you just fall_{HuntingGleases}

"Apa yang kau dah buat ni Elena?Ingat cafe saya ni tempat untuk bergaduh ke?"Marah encik Rahman kecewa dengan sikap Elena yang biadap terhadap Mike itu.

"Tapi dia yang salah."

"Kau jangan jadi kebudak-budakan lah.Kau dah besar boleh jaga diri sendiri.Kau kena ingat kalau tak disebabkan aku kesian kat kau.Jangan harap nak dapat kerja kat sini"Balasnya lagi dengan lebih tegas.

Elena mencebik muka rasa menyampah apa yang keluar dari mulut dia.

Kenapa aku pula yang salah?Dia yang mulakan dulu .Ish!

"Maaf encik Rahman saya takkan buat lagi"

"Bagus.. tapi saya nak awak minta maaf balik pada Encik Mike.Awak nak kekal kerja di sini kan?So pergi jumpa dia sekarang"Arah encik Rahman sambil menghantar alamat Mike berada kepada Elena.

Muka Elena tergamam sama sekali yang dia perlu minta maaf pada serigala jadian itu.

Bukannya salah aku pun!

"Tapi..Tapi"

"Ah jangan tapi-tapi!Awak takde kuasa untuk lawan dia Elena.Baik awak minta maaf sebelum dicepat.Saya ni kira baik tolong awak."Balasnya lagi dengan muka selamba.Elena terpaksa menganggukkan kepala tanda setuju.

Terpaksa!

Elena melangkah keluar dari cafe itu dengan perasaan yang tidak puas hati.Dia membuka teks yang dikirimkan kepada nya.

Sekarang ni waktu malam dan aku mangsa tak bersalah perlu pergi sana minta maaf!Kenapa semua orang mesti bezakan seseorang dengan pangkat!Aku tahu belajar pun tak sampai SPM tapi sekurang-kurangnya aku ada bakat!

Elena tercengang lagi alamat yang diberikan itu.Fikiran nya jadi melayang melihat alamat itu  yang terlalu jauh dari sini.Rasa seksa!

"Macam-macam lah dia ni!"

Tanpa buang masa dia mengambil teksi yang berhampiran cafe untuk ke sana walaupun hati tak mahu.Kalau nak terus kerja terpaksalah.Dia memberikan alamat itu pada driver itu

Jalan yang dituju itu nampak gelap dan tak banyak lampu jalan.Perasaan seram sejuk mula terasa.Tak tahu kenapa aku mula rasa tak sedap hati.

Aku rasa panggilan serigala jadian  memang sesuai dengan mamat tu.Tengoklah dia berkerja kat mana.Haiwan liar suka gelap kan?So samalah!(Haha)

Sedang dia asyik berfikir  dia sudah sampai di hadapan satu bangunan besar yang mencacak ke langit.Sampai terdongak kepala melihat bangunan itu.Tingginya!

"Terima kasih pakcik.Ni duitnya yang lebih ambil je"Elena menghulurkan 50 ringgit pada pakcik teksi itu.Dia hanya tersenyum dan mengucapkan terima kasih.

Elena turun dari kereta dengan hati yang berdebar.Tak biasa dia melihat bangunan tinggi seumur hidupnya.Biasalah budak kampung yang tak tahu apa-apa tentang dunia luar.Jakun tu semestinya ada.

Dia mula berjalan ke pintu utama.Pening nak cari pejabat mamat tu.Besar bangat!Nak buat macam mana lagi dia tu CEO.Eh belum lagi.Pewaris CEO.

Elena berjalan sekeliling tanpa tujuan.Kedua matanya ralit mencari di mana Mike berada.Ah payah nya nak cari!Bukan nya ada orang letak GPS kat badan dia untuk aku cari.

BUK!

"Ah M-maaf!"Elena terleka mencari sehingga terlanggar seseorang.Lelaki pula tu!Cuainya kau ni Elena!Nasiblah tak sakit.

"Cik tak apa-apa?"Risau lelaki itu sambil membantu Elena bangun.Dia juga memberikan tuala kecil untuk Elena.

Elena melihat wajah lelaki itu risau takut-takut dia cedera.Nampaknya baik sahaja.Lagipun orangnya hensem bukan main.Lampai pula tu.Tapi mesti anak orang kaya ni.

"Maaf cik saya tak sengaja tadi..Tapi kau ni bukan ke-?!"Kyle yang tergamam melihat kembali gambar yang dipegang itu.Kemudian melihat kembali wajah Elena.Sama  dengan gambar ni!Mulut Kyle terlopong.

Gadis itu ada di sini!Cepat betul.Kerja yang bagus encik Rahman!Ini peluang yang ditunggu-tunggu!

"Kenapa encik?"Tanya Elena pelik.

"Awak nak jumpa Encik Mike Elvin kan?Oh saya tahu dia kat mana!Mari ikut saya"Soal Kyle teruja.Dia berharap sangat itu tujuan asal gadis itu.

Memang itu tujuan Elena tapi dia pelik bagaimana lelaki itu tahu.Pembantu dia kot.

"Ya tapi siapa pula encik ni?"

"Ah saya ni PA dia..Encik Mike dah lama tunggu cik.Mari!"jawab Kyle segera dia menarik lengan baju Elena.Tipu jelah bukan dia sedar.

Eh Apa main Tarik baju orang ni!Takde adab ke!

Sebuah bilik yang agak besar terletak di bawah bangunan itu Kyle membawa Elena.Tergesa-gesa dia menurun tangga tanpa menghiraukan  Elena yang dari tadi merungut.Pintu merah itu dibuka perlahan.Kyle memaksa Elena masuk ke dalam.

'Janganlah paksa!Aku tahulah nak jalan sendir'Getus hati Elena dibuatnya seperti barang.Tadi tarik aku pastu tolak aku pula!

Benda pertama yang dia lihat di situ lampu berkelip-kelip di siling dan lantai menari yang memang sah ada di situ.Fikiran Elena sudah jadi kosong.Mula timbul rasa tak sedap hati.

Adakah ini bar!Kenapa dia tarik aku ke tempat haram macam ni!Mati aku.Atau Serigala jadian itu memang rancang semua ni!

"Ha!sini tempatnya..Encik Mike ada di sana..Goodluck!"Kata Kyle teruja.Dia terus berdesup keluar sebelum Elena sempat hendak berkata apa-apa

"Kejap!Oi betul ke tempat ni?Ahh aku tak nak!"Jerit Elena kuat sehingga suasa menjadi sepi.Dah lari pula mamat ni.

Goodluck?!Ini gila!

Elena rasa tak selesa lagipun tempat itu berbau arak.Ada beberapa orang juga yang sudah mabuk.Tak sedar diri.Hidung  ditutup rapat-rapat dan kaki mula melangkah berani masuk ke dalam tempat itu.Apa benda lah serigala ni buat agaknya kat tempat macam ni?

Ya Allah ampunilah dosa aku..Memang aku tak nak semua ni tapi terpaksa.

Seperti yang Elena sangkakan ada satu susuk tubuh seseorang duduk di tepi sofa.Muka mike itu sudah kemerahan.Baju pun tak berbutang.Memang tak tahu malu.Rasanya dia mabuk sebab berbotol-botol arak diminum.Elena mula rasa geli.

Dia mengambil selimut yang terjatuh dia lantai lantas mencampak ke arah badan Mike untuk tutup.Aircon kat sini sejuk bukan main takkan dia tak sejuk lainlah dia tu kebal.

Kalau dah sikap buruk macam ni mestilah tempat kotor ni juga dia pergi.Ish manusia ni tak pernah sedar diri agaknya.

"Oi serigala jadian!Bangunlah!"Jerit Elena kuat sehingga banyak mata memandang dia pelik.Mungkin suara memang kuat tadi.Nak malu?Korang yang patut malu sebenarnya!

Oh hidup lagi Korang ni.Ingat kan dah mati dek minum air setan ni.

Masih tiada respon daripada Mike  siap berdengkur macam beruang lagi.Kuat betul!

"Oi bangunlah!Bangun!Kau dah solat Isyak ke?!Eh dah mati ke?Takkanlah.."Elena menunding jari telunjuk ke arah badan Mike.Terus tumbang.Tidur mati gayanya ni.

Mike asyik tersenyum  adakala dia mencapai botol itu tapi aku menghalang.Berapa banyak lagi kau nak seksa diri!

"Menyusahkan betul lah kau ni.Tulah kau..Aku dah cakap lain kali jangan cari pasal dengan aku.Tengok apa jadi?Minum  sampai tak ingat dunia."Rungut Elena apabila melihat Mike yang lena bermimpi.

Aku datang nak minta maaf tapi lain pula jadinya.Lagipun dia ni takde teman ke nak ajak minum.Sorang je.Atau dia memang takde kawan?

"Encik Mike Elvin..Kau punya nama bukan main cantik tapi kan..Tak boleh ke perangai kau secantik nama kau.."Elena mula cakap sendiri walaupun dia sedar sebenarnya Mike masih tidak respon.Bosan aku tunggu sini.

Kenapa aku tunggu?

Sebab aku kesian nak tinggalkan dia.Tempat macam ni pula tu.

"Mike boleh kan aku panggil nama tu?Aku nak tanya.Sepanjang hidup kau apa yang kau buat?Dari apa yang aku lihat tentang kau,semua kata kau ni menakutkan.Suka cari pasal.Kenapa kau buat semua tu eh?"Soal Elena lagi.Rasa ingin tahu membuak-buak semenjak dia melihat mike buat  kali pertama.

Aku pasti dia bukan hanya lelaki biasa
.Mesti dia ada rahsia yang tersembunyi.

Syok betul kau tidur ni!Agak-agak taufan pun masih tak sedar diri.

___

"Cik"Tegur seorang lelaki yang agak tua.Dia mengukir senyuman manis.

"Ah ya"

"Maaf ya saya dapat panggilan daripada datin Maryam supaya membawa Mike pulang.Ini arahan "Balas lelaki itu tegas.Mata direnung tajam.Seram.

Wait!Aku?!Takde siapa lagi ke yang boleh hantar dia balik.Kenapa aku!

"Ha saya?Tapi saya ni bukan-"

"Saya diberitahu cik ni yang cari gaduh dengan Encik mike.Jadi Datin maryam marah sebab itu cik perlu ikut..Lagipun kami tak sediakan perkhidmatan security memandangkan Dato' Malik tak benarkan"kata lelaki itu memotong ayat Elena.

Dato' Malik?Mesti dia tu ayah Mike.Ayah jenis apa yang tak beri perlindungan untuk anaknya!Nampak sangat mereka ni tak rapat.

"Umm Saya takde pilihan ke?awak tak boleh hantarkan?"

"Ini arahan Datin Maryam..Saya perlu ikut arahan .Dia yang uruskan Mike jadi cik perlu ikut atau.."

"Atau?"

"Cik akan dipecat.Baik cik ikut arahan.Datin Maryam seorang yang tegas"Balas lelaki itu  menekankan ayat itu.

Elena hanya mengangguk perlahan dan mengeluh berat.Banyak dugaan yang perlu aku tempuh.Sekilas lalu dia memandang wajah Mike yang kemabukan itu.Geramnya!

"Haih.."

________

Mereka sampai ke hotel yang tak jauh dari situ dengan bantuan rakan Mike.Di sini tempat alamat yang pelayan itu berikan.

Dia bersyukur juga apabila ada seseorang yang sudi mengangkat Mike masuk ke dalam bilik hotel.Kebetulan dia terserempak di  sana.Elena mengucapkan terima kasih dan memberikan wang tapi dia menolaknya dengan cara yang baik.

"Cik tak perlulah saya ni memang dah lama kenal Mike..Jadi takpe..Saya pergi dahulu"Senyum lelaki itu lembut lantas pergi dari situ dengan sekelip mata.Elena tersenyum manis

Elena buka sahaja pintu itu tak pasal-pasal kena tangkap basah.Ahh!Sampai ke bilik juga aku ikut.Gila lah kau ni Elena!

Mike yang terlena itu mula membuka mata perlahan.Sedar-sedar sahaja dia di atas katil.

"Aku kat mana ni?"

"Kat neraka."jawab Elena selamba yang berdiri di sebalik dinding.Agak jauh sikit dengan katil.

Ada benda yang aku belum cakap lagi dengan dia.Aku tak nak jumpa dia lagi sebab tu aku nak kata hari ni juga.Benci.Lagipun tak elok aku berdua lama-lama kat sini.Berdosa.

"Kau lagi?!Kau stalker ke?Sampai sini kau cari aku"Getus Mike memandang tajam melihat wajah Elena yang murung itu.

Mabuk lagi mamat ni.Hidung merah.

"Oi aku pun tak naklah pergi sini tapi aku terpaksa..Sebab apa kau tahu?Kau yang puncanya aku kat sini..Ahh dahlah Aku nak minta maaf tentang masa tu"Kata Elena geram.

Meluat aku ucapkan kata-kata itu.Lagi menyampah tengok muka dia.

"Haha apa dia?aku tak dengar"Mike ketawa Serana melihat Elena yang cuak.Siapa je tak takut dengan lelaki yang cuba bunuh aku.

Dua kali!

Pekak.

"AKU MINTA MAAF!"jerit Elena sampai tetrhenjut bahu Mike.Tumbukan itu digenggam erat menahan diri supaya tidak marah.

Minah ni dah mengamuk pula tapi walaupun macam tu dia tetap comel.

"Bisikkan kat sini..Aku tak dengar lah Elena"senyum nakal Mike sambil bermain jarinya.Mata merah itu memang cantik tapi ada masa ia menakutkan.

Oh That's why Ayu Panggil dia Devil.Mata dia merah.

Apa kejadah mamat ni!Agak-agaklah nak nak usik aku macam tu!Malam-malam ni.Creepy!

"Kau dah dengar maaf aku so aku nak balik!Tidur lena jangan minum lagi ok!"Elena malas melayan Mike yang terhuyung-hayang itu.Sup ayam yang dibeli di warung hanya diletakkan di situ.

Mana tahu surut sikit.Entah aku tak tahulah itu berguna ke tak.

Langkah Elena terhenti apabila dia ditarik ke belakang.Pergerakan dia juga tebatas.Tubuh kecil itu dipeluk kemas.Terdengar ketawa Mike bergema apabila Elena meronta.

"Oi kau buat apa ni!"Marah Elena menyiku perut Mike dengan sekuat hati.Tangan kanan dipulas ke belakang.Mike mengadu sakit tapi dia makin ketawa sinis.

Ya Allah kenapa dengan dia ni!Tak malu betul!Tak sakit ke?Tak!Hati aku lagi sakit!

"Hei!Berani kau !Haramlah!Kau tahu halal haram ke tidak!Aku karate sampai mati baru tahu!"Ya Allah aku dah berdosa.Rasa jijik disentuh sebegitu!

Nasib baiklah dari dulu aku belajar seni mempertahankan diri.Kalau tidak aku tak tahu apa akan jadi.

"Alah..Come on sayang takkan tak pernah lalui semua ni.Benda seronok tak patut dilepaskan macam tu je.Rugi tau.Elena kau ni cantik semua orang akan terpikat termasuklah aku juga"

PANG!

Tamparan yang kuat itu hinggap ke pipi merah Mike.Tapi kali ni tidak kuat sangat.Sebab aku lapik dengan tuala.Tapi aku tahu itu masih sakit.

Dia menguji kesabaran aku!Maruah aku bukan dipijak sesuka hati!Menyesal aku tolong kau.

"Sedar diri kau dulu tak guna!Apa?Kau ingat aku ni sama macam kau?!No!Apa yang kau buat kat aku ni salah Mike!Betullah orang kata makin banyak harta sampai mata kau dah jadi buta dengan duit!Kau tak malu ke buat kerja terkutuk macam ni ha!"Herdik Elena kepada Mike yang masih tersenyum sinis.Tak kelakarlah!

Dia ni macam tak ingat ajaran agama. spesies yang takkan sedar diri .Mesti sudah banyak kali dia lakukan kalau dengan aku dia dah berani.

"So kau pun bencikan aku?Itu yang kau nak kata!Haha jangan marah Elena.Masa kita lama lagi di sini.Lagipun aku tahu bonda hantar kau untuk musnahkan hubungan aku dengan Wana kan?Ok baiklah..Aku setuju"kata Mike sinis dia mula mendekati Elena yang tercegat di situ.

"Apa yang kau merepek?aku pun tak kenal siapa bonda kau.Inikan pula-"

Elena tergamam apabila Mike keluarkan pisau di dalam poketnya.Sangkaan elena betul.Dia memang sudah gila.Setiap kali jumpa mesti nak ancam aku dengan pisau.

Takde benda lain ke?

.Dia mula beranjak perlahan-lahan ke belakang untuk lari tapi Mike terhenti begitu juga Elena  apabila bahunya  dipegang dari belakang.Muka Mike tergamam melihat gerangan di pintu itu.Suasana jadi sunyi sepi.

Kami saling memandang antara satu sama lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience