•You•

Drama Series 19932

_Dont Wait.The time will never be just right_{Napoleon Hill}

.
. .

Elena bersiar di taman bunga yang merupakan tempat dia selalu pergi bersama keluarga nya.Bunga mawar membentang luas meliputi setiap ruang taman itu.Bibir Elena tersenyum sikit melihatnya.Sudah lama tak menjenguk tempat ini selepas pemergian ayah.

" Ayah..sekarang Elena akan mulakan hidup baru jadi ayah tak perlu risau tentang Elena lagi ya "Ujar Elena bercakap dengan bunga itu.

Dia memandang pula tempat duduk yang mereka sering duduk.Tangan Elena mengusap bangku itu dengan lembut.Kenangan bersamanya tak pernah dilupakan sehingga sekarang.Masih segar dalam ingatan.

" Elena ? "Satu suara menegur ketika dia sedang asyik mengenang memori.Elena menoleh ke arah suara itu.

" Affan?Awak buat apa kat sini? " Balas Elena dengan takut .

Dia tak sepatutnya berada di sini.Mesti Mike akan nampak nanti.

" Saya rindukan awaklah Elena lagipun cantiknya awak "Puji Affan mendekati Elena yang masih bersarungkan baju pengantin.

" Saya takde masa nak berbual dengan awak lebih baik awak balik sekarang "Gelisah Elena mengundur setapak demi tapak.

" Lelaki tu kaya sangat ke berbanding cinta yang saya pernah beri untuk awak? "Tanya Affan dengan suara yang sayu.Elena tak dapat berbuat apa dengan rayuan itu.

" Affan saya perlu pergi sekarang,maafkan saya harap awak faham keadaan saya " Kata Elena ingin meninggalkan tempat itu segera.

" Lelaki itu boleh berikan awak duit Elena tapi dia tak boleh bahagiakan awak "ujar Affan mengikuti langkah Elena yang hampir dengan pintu utama.

" Betul saya dah berkahwin lagipun awak takde apa apa saya juga perlukan duit untuk hidup "Balas Elena.

' maafkan saya Affan..saya terpaksa buat semua ni '

Elena melangkah keluar dari taman bunga itu lalu masuk ke dalam kereta peribadinya.Kelibat Affan sudah lenyap daripada pemandangan.Elena rasa simpati akan perasaan Affan .Bukan salah dia untuk tahu hal sebenar.

Ini semua hanya untuk kebebasan,jika tidak mungkin tiada lagi yang ingin aku bergantung harapan.Ini sahaja peluang yang ada untuk lepaskan diri daripada makcik yang mata duitan itu.

Aku mahu jaga harta pusaka yang ayah amanahkan untuk aku.Takkan sesekali harta ni diberikan pada tangan yang salah.

____________________________________

Pintu pagar rumah agam terbuka luas untuk isteri pewaris Elvin begitu juga barisan pembantu rumah yang menyambut Elena.Kereta peribadi itu berhenti betul-betul di hadapan rumah agam bagi memudahkan Elena .

Dia rasa ragu-ragu untuk keluar kerana masih tidak biasa lagi dengan semua ni.Semua pembantu tersenyum manis melihat Elena namun dia rasa lebih tak selesa.Ini terlalu janggal untuk budak kampung macam aku.

Kepalanya digaru.Giginya diketap takut.Kuku jarinya digigit juga.Badannya sudah terketar-ketar memegang pintu kereta.

Tidak pernah dia bayangkan akan hidup seakan puteri dalam istana yang besar.Bayangkanlah pula hidup di dalamnya.Aku akan dilayan seperti tuan puteri. Itu memang impian seorang gadis.

" Silalah masuk Puan Elena " Sapa seorang jejaka yang bersut hitam menunduk hormat sambil membuka pintu kereta.Elena jadi lebih cemas apabila barangnya diangkut tanpa dia sentuh pun.

Ini memang betul-betul duduk dalam sebuah istana.

Dengan ragu-ragu Elena melangkah keluar dari kereta itu dengan keberanian.Dia menarik nafas sedalam-dalamnya apabila berjalan melalui pintu itu.Semua pembantu masih memandang dia dengan senyuman manis.

Tak penat ke senyum je.

" Oi kucing kau tengah buat catwalk ke?!Lambatnya kau jalan "Jerit Mike yang terus meletakkan tangannya atas bahu Elena dengan kasar.

" Ahh tuan!Bila pula tuan sampai! " Terkejut Elena dengan seloroh dia memandang Mike yang kelihatan penat.

" Tuan?Kau ni tak betul ke?Aku ambil kau sebagai isteri bukannya untuk jadikan hamba " Rungut Mike apabila dipanggil tuan.

" Jadi saya nak panggil apa? "Soal Elena rasa curiga.

" Sayang~ abang ke? " Ketawa Mike menepuk bahu Elena kuat.

" Ha..ha abang "

" Kenapa ?Kau tak suka ke? "Soal Mike mengusap lembut kepala Elena.

" Saya tak kata saya tak suka "Perlahan suara Elena direndahkan dengan tindakan Mike yang baik.

" Tak perlulah formal sangat dengan suami sendiri kau dah sebahagian dari keluarga aku jadi buat macam rumah sendiri je "Senyum Mike dengan manis.

" Saya cuma tak biasa lagi je "Gusar Elena tak selesa dengan perangai Mike.

Perempuan semuanya salah.

Baik salah.

Jahat salah.

Takkanlah nak dia jadi kejam pula dengan kau Elena .Tak ke naya lari dari rumah nanti.

"Nanti lama-lama biasalah tu mari aku tunjuk bilik kau " Pelawa Mike menjemput Elena masuk ke dalam.

Mereka menaiki tangga yang panjang untuk menuju ke biliknya.Elena terpegun dengan susun atur rumah agam yang cantik.Sekilas lalu dia memandang suaminya yang asyik tersenyum sejak tadi.

Peliknya..Masa mula kenal takde pula dia nak senyum macam tu.Siap ugut lagi.

Ni bukan Mike yang dia kenali.Seakan ada orang lain yang merasuk dalam badannya sampaikan perangainya berubah mendadak begini.Atau dia tak tunjuk perangai sebenarnya depan orang yang dia tak kenal.

Pelbagai soalan bermain dalam kepala Elena hingga dia tak dapat fokus.

" Ini bilik kau "

Elena perhatikan biliknya yang hanya ada satu katil.Dia memandang Mike beberapa kali.Mike perasan pandangan pelik Elena .Hatinya mula tertanya apa yang bermain dalam kepala isterinya.Dia masih tersenyum manis tanpa buat apa-apa tindakan .

" Kenapa kau pandang aku macam nak makan je "Gurau Mike mula menyoal tujuan Elena sebenarnya.

Elena tersentak dengan soalan Mike.Tak sangka pula Mike perasan yang dia pandang lama tadi.Peka betul dia ni.

" Saya ada bilik sendiri? "Soal Elena rasa curiga.

Itu rupanya apa yang Elena bimbangkan.Mike mula ketawa kecil.

" Kenapa?Kau nak tidur dengan aku ke?Boleh je aku tak kesah "Usik Mike merapatkan mukanya dengan wajah Elena .Terus Elena menarik mukanya ke tepi .

" M-mana ada!Saya cuma tanya je lagipun mana tahu awak tak suka saya.."Elak Elena dengan soalan Mike yang mengarut itu.Pipi merahnya dijadikan bahan jenaka Mike.

" Aku takkan paksa kau buat benda yang kau tak suka "Kata Mike tersenyum lagi.

Senyuman dia tu bak bidadari syurga.Manis je.

" J-jadi awak selalu duduk sorang je kat rumah besar ni ke? Sebab saya tak nampak orang lain dalam rumah tu "Elena cepat-cepat menukar topik.

" Mak ayah aku yang beli rumah ni untuk aku sara hidup sendiri tapi lama kelamaan aku pun nak ada orang temankan aku "Cerita Mike kepada isterinya dengan jelas.

" Awak tak nak duduk dengan mak ayah ke? "Tanya Elena lagi.

" Aku tak selesa dengan orang yang tak benarkan aku jejak ke rumah tu " Perlahan suara Mike melihat ke luar tingkap.

" M-maaf saya tak patut tanya soalan bukan-bukan tadi "Kesal Elena apabila riak wajah Mike sudah berubah.

" Bukan salah kau pun nak tahu pasal aku tanyalah banyak lagi yang kau nak tahu aku akan cuba jawab "

" Ah mulanya saya ingat awak ni kejam tapi bila kenal awak depan-depan awak takdelah jahat sangat "Senyum Elena masuk ke dalam bilik barunya.

Lawa nya dia hias bilik!Warna pink pula tu!Memang taste dia.

" Tak baik kau kata suami sendiri jahat tau " Gumam Mike mencucuk pinggang Elena hingga tegak badan nya.

" Ei abang ni! " Kerut dahi Elena apabila pinggang nya dicucuk.

Mike ketawa kecil melihat muka garang isterinya.Tangannya mencubit pipi gebu Elena .Geram rasa nak makan je.

" Comel betul kau panggil aku abang ya "Lirikan senyuman Mike nakal melihat mata Elena.

" Abis tu awak nak saya panggil apa lagi?Awak suami saya kena panggil elok-elok baru-"

" Suami sayang "Mike potong ayat Elena dengan sengihan.

" Ah dahlah saya nak pergi mandi "Kata Elena cepat-cepat menukar topik.Pipinya memang bahang je sejak tadi.

Ada je cara Mike nak usiknya.

" Kau ada tuala tak?Nak pinjam aku punya tapi ada syarat lah "Kata Mike menyandarkan tubuhnya pada dinding.

" Pinjam tuala pun ada syarat ke?Tak tahu pula saya "Bingung Elena dengan permintaan suaminya.

" Sekarang kau nak pinjam ke tak ?Jawab dulu "

" Nak lah saya lupa nak ambil kat rumah makcik "Kata Elena dengan muka yang cuak.

Lain macam je dia minta ni.

" Kita mandi sama baru aku kasi "Kata Mike menunjukkan senyuman yang nakal.

Merah pipi Elena mendengar permintaan Mike.Kepala dia runsing.Dia tahu yang dia tak boleh tolak.

" Ahh..awak "

" Alah aku saja jelah Janganlah cuak sangat "ketawa Mike seronok mengacau Elena.

Muka Elena mula  masam mencuka.Ada pula dia boleh ketawa sedangkan  orang kat sini dah malu teruk.

" Ish awak ni! Saya tak suka awak main-main lah "Cebik Elena tak puas hati lalu memukul lengan Mike .

" Alah nak merajuk pula sini abang pujuk "Kata Mike mendekati Elena lalu memeluknya erat.

Lagi sekali Elena keliru.

" Aku saja nak kenakan kau jadi kau takde lah janggal sangat dengan aku "Kata Mike mengusap kepala Elena sebelum mengucup nya dengan lembut.

" Kalau ya pun tak payahlah nak gatal sangat "Rungut Elena.

" Eh nak gatal dengan isteri sendiri pun tak boleh ke? "Kata Mike tersenyum.

" Saya tak kata tak boleh pun "Tunduk Elena malu.

" Jadi bolehlah ni "Kata Mike mendukung Elena yang terleka.Mata Elena membulat apabila dia dalam pangkuan Mike.

" Eh awak nak buat apa ni?! "Terkejut Elena .

" Make a love " Bisik Mike ke telinga Elena.Membahang pipinya lagi.

Mereka masuk ke dalam bilik Elena yang berdekatan.Pintu ditutup rapat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience