•The •

Drama Series 19932

_You can fake your smiles and laughters.But you never fake your tear and feelings_

6 Tahun Kemudian°

Jam menunjukkan hampir pukul 12.00 malam.Waktu untuk balik kerja,sungguh lewat gadis itu mengemas cafe yang bersepah itu.Tapi dia sudah biasa, apabila di rumah nanti dia akan disuruh buat benda yang sama juga.Takde bezanya

"Aku kena jumpa lagi ke dia?Susah betul nak faham apa aku katakan"bisik hati kecilku.Rasa resah dan takut apa yang dia dapat rasakan.

Dia sudah sampai ke rumah tapi hatinya asyik rasa tak sedap hati.
Kaki melangkah naik masuk ke dalam rumah yang tak berapa besar hanya rumah teres yang disewa.Perkara yang pertama dia nampak ada seseorang di dalam rumah.Malahan mata gadis itu meliar ke arah selipar yang dia kenali ..Ini?!

Affan?Apa dia buat kat sini.Tengah malam buta macam ni?Biar betul..

Kerana ingin tahu membuak-buak, kaki gadis itu terus melangkah masuk ke dalam.Dua orang yang berperang mulut tadi terus berhenti seperti tiada apa-apa apabila gadis itu masuk.Wanita yang agak berumur tu riak wajahnya marah memerhatikan Elena yang baru masuk.

"Kenapa balik lambat?Baru sekarang kau nak balik dah pukul 12."soal wanita itu kepada Elena yang berdiri tegak hadapan pintu itu.Matanya tak abis-abis melihat Affan yang tertunduk mukanya.

"Elena dah kata jangan masuk campur hal Elena kan?!Apa yang makcik bincangkan dengan Affan tengah malam buta ni!"Elena menepis soalan makcik dan terus meninggikan suaranya.

"Elena tenanglah dulu.Kita boleh bawa berbincang"Pujuk Affan yang terkejut jawapan Elena yang drastik.Mata Affan sudah merah.Mesti Affan cuba melawan rasa sebak di hati walaupun sebenarnya dia tahu sudah lama air matanya mahu turun.

"Bagus juga kau ada di sini.Alang-alang kau kat sini , macam yang makcik katakan kau perlu putuskan hubungan dengan Affan ni.Sebab dia tak layak"jawab puan Azizah itu selamba.Lirikan senyuman sinis terukir.Dia tahu Elena takkan menolak permintaan itu setelah Azizah bersusah payah menjaga Elena.

"Tapi kenapa?!"

"Dia takde harta dan cuma berkerja kat kedai serbaneka.Aku nak duit dan kaya bukan merempat kat jalanan macam kau.Kalau kau nak,Elena kau ni cantik takkan kau tak boleh goda satu pun anak Tengku..Tapi apa yang kau dapat cuma lelaki entah dari mana asal usulnya.."Sinis puan Azizah sambil tersenyum lebar.

Meluap-luap kemarahan Elena kini tapi dia terpaksa menahannya.Perlu ke dia cakap macam tu depan affan?!Dia tahu makcik sengaja suruh dia supaya berputus asa sahaja.Tak mungkin aku nak tinggalkan seseorang yang mencintai aku sepenuhnya.

Affan yang dari tadi mendengar sahaja rungutan akhirnya menangis sambil tertunduk.Dia menutup muka serapat-rapatnya.Tangan Elena mengusap lembut belakang affan.Makcik nya hanya menguap melihat adegan mereka.

"Ya saya memang tak layak untuk Elena tapi saya boleh menjaga dia sepanjang hidupnya.Saya takde duit dan tak kaya.Tapi Saya cintakan dia dan elena satu satunya cinta yang pernah wujud dalam hati.Saya tak sanggup tinggalkan dia .Elena pun ingin bersama dengan saya.Cuba pertimbangkan dahulu puan"Tersekat-sekat Affan mempertahankan hak dirinya.Elena rasa terharu dalam masa yang sama dia hendak menangis.Jodoh mereka terhalang kerana duit.

Dia tak mampu meninggalkan Elena yang cukup sempurna baginya.Biarlah Elena cuma gadis biasa tiada keistimewaan tapi hatinya yang baik buat Affan rasa tertawan.Mereka saling melengkapi antara satu sama lain.

"Affan awak balik dulu.Lagipun dah lewat malam"Nasihat Elena mengarahkan Affan supaya balik dahulu.Dia tak mampu nak teruskan perbualan iniMata Affan sudah layu kerana disuruh datang sini.Kesian. sanggup dia tanggung malu dengar semua kata dusta daripada makciknya.

Affan hanya menangguk dan menghulurkan tangan untuk menyalami tangan puan Azizah.Mata Azizah hanya memandang ke tepi.Affan hanya tersenyum kelat.Pandangan affan beralih ke arah wajah kekasih hatinya yang kecewa.Dia memegang erat bahu elena supaya kuatkan semangat.Setelah itu,dengan perasaan kecewa dia melangkah pergi.

Elena yang masih marah berdiri di hadapan puan Azizah sambil bercekak pinggang.Anak mata Elena berkaca taktala melihat keegoan makciknya dari dahulu lagi.Apa salah dia sampai makcik bencikan Affan sangat?

"Makcik tak malu ke cakap macam tu pada Affan?Dia pun ada perasaan..Kenapa buat Elena macam ni?Tak cukup lagi gaji yang elena bagi setiap bulan tu?"soal Elena dengan geram.Dia memang tak patut biadap pada puan azizah tapi ini kehidupan dia.Jadi dia yang patut tentukan!

"Gaji kau? Hei Aku ni perlukan penampilan diri yang terjaga,Aku nak duit banyak.Takkan kau tak boleh beri aku,senang je kau kahwin ngn anak tengku.Aku takkan kacau kau lepas tu.Setakat gaji kau yang seciput tu.Manalah cukup!"Suara puan Azizah cukup memeritkan dalam hati Elena

Apa yang dia mahukan hanya duit!Dia nak tentukan hidup aku?.Aku kahwin dengan anak Tengku?Dalam mimpi sahajalah.Tak mungkin mana-mana anak Tengku akan terpikat dengan dirinya yang miskin.Mustahil!Lagipun aku masih mencintai Affan sejak dulu.

Makcik nya memang mata duitan ,ada je dia nak ambik kesempatan atas Elena sebagai ganjaran menjaga Elena selama 6 tahun ni.Duit tu pun pakai untuk beli barang berjenama tak pun berjudi.Elena pun tak pernah merasa berbelanja untuk diri sendiri, duit tu hanya cukup untuk barang dapur sahaja.Walau macam mana pun Elena tetap memberi duit itu tanpa merungut.Dia dah anggap puan Azizah sebagai ibu.

"Makcik.Saya tak harapkan makcik setuju dengan pendapat saya tapi tolonglah sekurangnya makcik restui hubungan kami berdua."rayu Elena yang sudah tiada idea bagaimana untuk tawan hati makciknya itu.Sudah buta dengan duit.

"Aku tak nak!Kau tak faham-faham lagi ke?Kau tu patut cari duit untuk aku faham?Apa kau kata.Cinta?Berapa banyak nilai cinta murah kau tu?Dia boleh bagi kau nafkah waktu tu?.Setakat kerja macam tu memang taklah!"Tengking puan Azizah kepada Elena yang tertunduk memandang lantai.

"Kenapa makcik mesti tak faham apa yang Elena rasa."

"Elena..Kau tu sumber aku kalau kau takde macam mana aku nak hidup?Ingat aku ni yang besarkan kau selepas ayah kau yang kedekut tu suruh aku jaga kau.Akhirnya anaknya menyusahkan aku sebab nak kahwin dengan orang miskin.Ayah kau tu pun satu dia memang tak betul ke apa bagi semua harta tu pada anak yatim?"Sinis puan Azizah sesuka hati mengutuk arwah ayah Elena yang sudah lama meninggal dunia.Perit mendengar kata itu.

Air mata hanya mampu berguguran di waktu itu,walaupun ayahnya dikutuk begitu tapi dia tak boleh melawan.Memang dia benci apa yang makcik katakan tapi ayah selalu larang dia membantah apa yang orang tua katakan.

Tapi aku bersyukur sangat sampai hujung nyawa dia tetap melakukan kebaikan.Harta tu aku tak harapkan satu sen pun dari dia.Hanya sayang seorang ayah yang aku mahukan.

"Baik makcik..elena tahu yang saya ni cuma orang luar bagi makcik...saya takde hak.Betul makcik yang jaga saya..Hujung bulan Elena fikirkan"lemah sahaja Elena berkata pada puan Azizah yang sibuk melayan media sosial.

"Good girl.Nanti bagi aku duit esok.Aku nak shopping dengan kawan takkan tak nak bawak duit banyak .Nanti jatuh maruah aku.Esok tau Elena"selamba puan Azizah meminta duit kepada Elena tanpa segan silu.Walhal makcik nya takde kerja untuk cari duit.Yang dia tahu buat pinjaman untuk berseronok.

"Tapi Duit Elena pun cukup untuk beli barang je"Jawab Elena perlahan sambil menunjukkan baki gaji yang sudah digunakan.

"Kau nak tipu aku?Gaji ni patutnya cukup untuk aku kenapa dah berkurangan pulak?!"

"Elena belanja sikit barang keperluan untuk rumah ni.Jadi ini yang tinggal"jawab Elena serba sedikit rasa bersalah .Duit tu memang tak cukup.

Puan Azizah seakan tak percaya baki duit itu,tanpa menghiraukan keadaan Elena dia terus menyimbah air panas pada tubuh Elena.Kebetulan dia ada sediakan air panas semasa Affan datang.Biar padan muka kau melecur kulit!

"Makcik!Sanggup.."Elena yang masih terkejut mengerang kesakitan apabila air panas itu menyentuh lengannya.Sakit itu hanya Allah yang tahu.

"Ni baru sikit!Ahhh Aku tak kira baki duit tu!Aku nak juga duit yang cukup untuk esok.Pandai-pandai lah kau nak kerja sampai mati untuk dapatkan duit.Aku tak teranggak-anggak halau kau daripada rumah kalau takde duitnya faham?!!"jerit puan Azizah lantas menghempas teko berkaca itu ke lantai sehingga pecah melukakan paha elena.Dia langsung tak hiraukan tangisan anak buahnya itu.Kaki puan Azizah segera masuk ke bilik tidurnya.

"Ya Allah tolonglah hambamu ini ya Allah.Hanya kau yang aku mampu meminta"

Elena terduduk di atas lantai , air mata yang tadi ditahan mengalir dengan deras.Dia mengutip serpihan kaca teko itu walaupun hatinya benci mengingatkan kata-kata makcik.Apa yang boleh dia buat?Dia takde apa-apa untuk melawan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience