•PROLOG•

Drama Series 19932

_You can't go back and change the beginning,but
you can start were you are and change the ending_{C.S Lewis}

Gadis yang manis itu menyambut tetamu yang hadir ke majlis hari lahirnya tapi dia resah.Dia masih tersenyum manis kepada semua yang datang walaupun dia bimbang sekarang ni.Apa yang buat dia risau?

"Selamat hari lahir Elena!!Harap kawan aku ni panjang umur dan dimurahkan rezeki"Ucap kawan-kawan Elena yang dijemput ke majlis itu.Elena mendakap erat kawan baiknya.

"Eh Mana ayah kau?kek pun takde lagi"soal Farhana pelik,Patutnya dah lama kek itu berada di situ.

"Ayah aku ambil sekejap kat cafe nanti dia baliklah tu"Elena tersenyum manis hati ini,dia kelihatan cantik dan manis mengenakan dress putih yang panjang.Dah macam pengantin.

"Lama lagi ke nak tunggu?Kalau ada apa-apa aku boleh bantu apa yang patut ke?"Farhana rasa kesian pula kawannya yang dari tadi menjenguk luar.Leher elena macam Zirafah asyik terjongket.

"Aku Okay cuma bimbang kat ayah aku.Dah dekat sejam dia tak balik ni"

"Sejam?Don't worry Elena.He safe.Kau Banyak sangat fikir tentang kisah lama ni"Nasihat Farhana,dia tahu apa yang Elena risaukan sangat.

Semasa hari lahirnya ke 15 arwah ibunya Siti Fatimah terbabit dalam kemalangan.Elena rasa bersalah dan sanggup bunuh diri tapi dihalang ayahnya.Semenjak itu Elena tidak lagi sambut hari jadinya kerana takut akan terjadi benda yang sama ditimpa pada ayahnya.Sekarang pun dia nak risau kan pasal tu.

Benda tu dah lama dia patut lupakan je .Mustahil akan berulang benda yang sama seperti 3 tahun yang lepas.

"Mungkin ada jammed kot..Nanti dia baliklah .Janganlah risau sangat..Chill This is your birthday right?Kau dah lama menanti kan saat ni selepas bersedih selama 3 tahun dah"Ujar Farhana lagi.Dia mengambil segelas air untuk buat Elena tenang.Tekak Elena rasa perit nak menelan.

Takkan aku tak nak buat apa-apa.Dah macam lipas kudung pun ada aku tengok Elena ni.

"Aku takut far..bagaimana kalau.."Elena mula berbicara tapi serta merta Farhana matikan niatnya.

"Kau jangan fikir buruk lah Elena.Kesian aku tengok kau ni asyik resah je.Alina tu pun tengah tunggu juga.Kita sabar je lah"tegas Farhana mengatakan dengan terang.Dia fikir sangat tentang hal tu sampai jadi macam ni.Lagipun ini hari lahir Elena,dia patut tersenyum lebar dan bergembira.

"Yalah ok aku cuba relax"perlahan sahaja Elena berkata tapi hatinya makin jadi tak keruan.

Ayah cepatlah balik.Elena risaukan ayah tau tak?.Elena dah tak sanggup rasa bersalah seperti dulu..Elena sayang ayah sangat..Rintih hati Elena.

**
Malam semakin larut,jam pun sudah menunjukkan pukul 11 Malam.Dia perlu bergegas mesti semua orang risau.
Encik Zubir berjalan kaki sahaja untuk pergi ke cafe kerana jaraknya tidak jauh.Dia tak sabar nak lihat rupa kek yang Elena idamkan.Lagipun dia gembira akhirnya Elena buka hati untuk menyambut hari lahir setelah sekian lama dia bersedih.

Jangan risau Elena,ayah janji Elena akan merasai majlis hari lahir macam yang Elena mahukan.Ayah akan pastikan Elena tersenyum seperti dulu.

Sudah sampai di traffic light tinggal masuk simpang ni.

Sedang dia berseronok melayan perasaan gembira.Membulat biji mata hazelnya memerhatikan sebuah kereta limo merempuh habis sebuah kereta kancil.Betul-betul berlaku di hadapan matanya!

"Ya Allah!Apa dah jadi tu! Astagfirullah"Encik Zubir mengurut dadanya yang berdenyut laju.Dia tak pernah lihat lagi kemalangan sebegitu berlaku di hadapannya.

Kawasan jalan raya itu tak biasa orang lain lalu kerana agak sunyi .Mungkin ini kemalangan yang disengajakan.

Bukan itu sahaja,dia ternampak seorang lelaki yang agak tua di sampingnya budak remaja keluar daripada kereta limo itu.Lelaki tua itu tersenyum sinis memerhatikan kereta kancil itu.Sah!Ini mesti disengajakan!

Encik Zubir yang masih tergamam terus menyorok di belakang pohon tua,dia tak boleh pemandu itu nampak wajahnya.Dia mendail terus nombor polis untuk buat laporan kemalangan itu segera,kerana dia rasa tak sedap hati.Tapi dia tak sedar lelaki itu berada di belakang berserta pistol dalam genggaman.

"Kau ingat boleh lari ke?"

Bang!!!

Seorang budak lelaki menembak walaupun jaraknya jauh tapi dia boleh agak dengan mudah.
Peluru itu singgah ke dalam dada encik Zubir dengan tepat.Darah pekat mulai terpercik dan mengalir membasahi jalan.Tubuh encik Zubir rebah ke tanah.

Tapi walaupun dalam keadaan yang cemas,dia memegang erat sebuah kotak yang dihiasi reben merah yang berada di dalam kotnya.Itu merupakan hadiah hari jadi Elena,dia bawa sekali untuk kejutan namun dia tak sempat.Air mata mengalir deras,dia tak mampu bertahan demi anaknya.

Dia redha dan ini mungkin ujian Allah berikan untuk Elena menjadi lebih kuat.Sesiapa pun yang membunuh dirinya,dia sudah maafkan atas perbuatan nya.Kita tak boleh berdendam walaupun dia sudah buat kesalahan besar.Dia harap pembunuh itu insaf.Itu sahaja yang dia boleh harapkan.

Pada matanya semua manusia tidak sempurna dan ada yang buat
.Terkumat-kamit mulutnya melafazkan kalimah syahadah.Ya Allah kau lindungilah anak-anak aku.Aku berdoa padamu.

'Elena...ayah minta maaf sebab tak mampu tunaikan janji.Ayah tahu Elena akan rasa bersalah tapi ingatlah ayah sentiasa di sisi Elena walaupun ayah dah tiada nanti.Alina pula dengar kata akak selalu.Bantu kakak juga.Ayah harap Alina jadi model terkenal macam yang Alina mahukan.Ayah sayang kamu berdua'bisik hati encik Zubir buat kali terakhir.Dunianya sudah gelap.

Dia dapat juga melihat samar-samar sekeliling nya walaupun sudah nyawa-nyawa ikan. Pada jarak yang agak jauh,Seorang budak lelaki mendekati tubuh encik Zubir lantas mencangkung.Tawanya tidak henti-henti.Dia mendongak dagu encik Zubir ke atas,wajah budak lelaki itu tersenyum sinis.Pistol itu ditujukan tepat pada kepala encik Zubir.

"Maaf.Aku terpaksa."

Bang!!!

Budak lelaki itu melepaskan lagi satu das.Untuk pastikan bukti betul-betul terhapus.Dia ketawa lagi seperti orang gila, tapi dia juga menangis.

Ya!Aku dah gila sebab membunuh .Rasa bersalah?Langsung tak wujud dalam diri aku! Yang penting bukti dah mampus!Settle kerja aku!

"Tulah kau bodoh sangat datang sini buat apa..Kan dah kena bunuh oleh aku..Haha sial"Perli budak lelaki itu sambil kepala encik Zubir ditujalkan.

Mata yang merah menyala membuatkan remaja itu nampak lebih menakutkan.Dia berlalu pergi meninggalkan mayat yang luka itu apabila dia selesai memeriksa nadi nya.Takut-takut hidup lagi.Tak pasal-pasal nak balas dendam kat aku.Kotak putih yang disembunyikan itu juga diambil oleh remaja itu.

"Sebagai berterima kasih pada pakcik,aku akan jaga anak pakcik sebagai ganti..Jadi tenang-tenang sahaja kat sana ya..Bye bye"Senyum budak lelaki itu melangkah pergi dari situ.

**

Tok!Tok!

Ada seseorang datang ke rumahnya,Elena terus membuka pintu itu dia menyangka itu ayahnya tapi pegawai polis.Ya.Polis datang ke rumahnya dengan membawa sesuatu.

"Kenapa encik datang sini? Ada apa-apa yang boleh saya bantu ke?"Tanya Elena curiga.Pegawai polis itu diam,dia tak tahu bagaimana dia nak terangkan hal ini.

"Adakah cik ni ahli keluarga Encik Zubir Mahmud?"

"Ya saya anak sulung..Elena dan ini Alina anak bongsu.Ada yang tak kena ke encik?"Balas Elena seraya menarik tangan adiknya yang sibuk berbual.Terkejut Alina.

"Maafkan saya cik.Ayah cik sampaikan kek ini pada cik Elena.Berat hati saya ingin katakan.Dia terlibat dalam kemalangan langgar lari dan pembunuhan.Kami perlukan butiran lanjut keesokan hari.Harap beri kerjesama anda semua.Maaf sekali lagi,saya minta diri dulu.Assalammualaikum"Jelas pegawai polis itu lantas melangkah pergi dari situ.Elena menjawab salam itu dengan terketar-ketar.Kek yang ditempah itu diletakkan ke bawah.

Dua beradik itu terkedu apa yang terjadi pada ayah mereka.Hati Elena hancur bagaikan dihempas sesuatu.Air matanya sudah lama jatuh.Elena terduduk dan teresak esak tangisnya mengalir.

"Ya Allah..Ayah..Kenapa boleh jadi macam ni dik.."meraung Elena sambil memeluk erat tubuh adiknya.Dia tak boleh terima semua ini.

"Akak..Ayah..ayah dah takde"

"Ini semua salah akak dik..kalau akak tak beria-ia nak buat majlis semua ni takkan terjadi"balas Elena lagi.
Kali ini dia benar-benar rasa bersalah terhadap ayahnya.

"Akak..akak tak boleh cakap macam tu.Ayah dah kata itu takdir Allah..kita kena redha"pujuk Alina walaupun dia juga rasa sedih tapi kami perlu tabah apa yang berlaku.

"Tapi adik..akak dah tak sanggup hadapi perkara yang sama..Ya Allah..kenapa kau beri ujian yang sukar bagi aku..ya Allah"

"Far..aku dah kata ada benda yang tak kena..Peristiwa ni akan berulang lagi seperti dulu..Tak mungkin!Tak!!Aku..Aku ni bahaya!!Aku tak patut lahir pun!Sebab aku ayah dah takde!!"Elena rasa dirinya tak waras lagi.Dia menoleh wajah Farhana dan menangis semahu-mahunya.Farhana hanya membisu.

Kemudian Elena meleraikan pelukan adiknya.Alina ingin menarik kembali tangan elena tapi dia terus melangkah ke pintu.Tombol pintu dipulas,kakinya melangkah keluar dari rumah itu.

"Akak!!Jangan buat benda tak betul lagi!!encik Rahman cepat kejar akak saya!!Cepat!"Arah Alina tergesa-gesa dia memakai kasut.Kalau dibiarkan Elena akan buat benda tak betul sama macam dulu.

**

"Ayah dan ibu.. Elena minta maaf.Ini semua salah Elena.Itu tak patut terjadi ,kenapa bukan Elena yang dapat nasib yang sama?Kenapa?Kenapa?!!"Teriak Elena sekuat hati.Biarlah dia menangis meraung macam mana pun tapi kejadian tu takkan terpadam dalam hatinya.

Kepala Elena tiba-tiba terasa berat seperti nak tumbang.Matanya jadi gelap dan dia tak boleh menstabilkan dirinya.Ada seseorang menyambut tubuhnya daripada rebah tapi dia tak tahu siapa?Dia hanya terdengar suara Alina memanggil namanya berulang kali.Adiknya nampak risau.

Alangkah bagus ini hanya sebuah mimpi?Betul Elena.Ini hanya sebuah mimpi yang buruk.Mimpi yang kau tak nak lalui.Tidur sahajalah kau akan sedar daripada mimpi ni.

Tapi hatinya asyik berkata sesuatu.
'Elena ingat ni sampai bila-bila.Kau bunuh ayah dan ibu kau.Semuanya sebab kau!!Kau patut mati je!!

Elena kau bahayakan nyawa orang yang disayangi.Jikalau aku dapat memputarkan kembali masa.
Kau tak patut wujud!!'

Betul.Aku Bahayakan nyawa mereka disebabkan takdir buruk ni.Itu semua yang orang fikir tentang aku sampaikan mereka benci dan jauhi aku.Tapi takpe.Mereka tak payah risau lagi.Sebab..

Sekarang aku sendirian dalam dunia aku sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience