•Monster•

Drama Series 19932

_Kind words can be short and easy to speak but their echoes are truly endless_{MotherTeresa}

Wajah Elena ditutup rapat-rapat kerana malu.Jejaka itu masih melutut dengan kotak cincin di tangannya.Fikiran dia masa itu sungguh bercelaru.Makin keliru apabila serbuan wartawan yang tak henti lagi menangkap gambar.

"Setujulah"Rayu laki itu lagi.Elena masih dalam posisi yang sama.

Lengan baju lelaki itu diraih berjalan melepasi sekumpulan wartawan itu.Dia juga terkejut.Elena berjalan semakin jauh dari rumahnya supaya mereka tidak nampak.

Setelah memeriksa sekeliling.Ok selamat!

"Who are you?"Soalan pertama yang Elena ajukan kepada lelaki misteri itu.Dia bersandar sambil tersenyum manis.

Senyum.

Senyum lagi!

"Oi aku tanya ni?Kau pekak ke?"

Lelaki itu ketawa kecil apabila Elena sudah hilang sabar.Senyuman lelaki itu sememangnya manis tapi dalam masa yang sama dia menyampah.Topeng yang melindungi wajahnya dibuka di hadapan Elena.

Mata dia..

Dia tak percaya mengetahui gerangan si topeng itu.

"K-kau lagi!Apa benda kau buat ni!"Soal Elena ingin tahu

Setahu dia kami berdua ni saling membenci takkan dia ni bertepuk sebelah tangan.

"Sebab aku suka kau"senyum Mike dengan manis buatkan hati Elena berdebar seperti dipukul gedang bertalu-talu tanpa henti

"Tak mungkin!Kau sendiri kata yang kau tak nak jumpa aku!And then Kau tiba-tiba lamar aku tanpa sebab!Makan gula banyak sangat ke?!"Geram Elena tak puas hati.Mata nya membulat besar.

Jangan harap aku akan berkahwin dengan serigala ni!Sebab apa?

Takkan aku nak mengancam nyawa aku selepas dia cuba bunuh aku 3 kali!

"Shh I just tell you that I love you.So what's problem?"

"Masalahnya aku tak suka kau bengap!Aku cintakan seseorang yang lebih baik daripada kau!Kalau bumi ni hanya tinggal kau je,Jangan harap aku nak pilih kau!"Getus Elena lagi.Dia mencekak pinggang tanda marah.

"So apa?Bukannya dia tu suami kau.Macamlah aku tak boleh rampas kau dari dia?"Sinis Mike menjawab.

"Diamlah!Kau tak tahu apa itu erti cinta!Jangan sibuk hal aku!"

Mike tersenyum lagi,dia perlahan mendekati Elena sehingga tubuh gadis itu tersandar di dinding.Elena yang gelabah hanya mengundur setapak demi tapak.Kedua tangan nya itu mulai berpeluh.

Mesti ugut aku lagi?Apa kali ni?

Pisau?

Parang?!

"Aku tak suka orang buat aku rasa geram.Sekarang ni malam kau tak nampak kita berdua je?Jangan sampai kejadian semalam diteruskan kat sini juga."jawab Mike dengan nada yang seram.Pandangan nya jatuh ke bawah.

Secara mengejut Elena terus menolak sekuat hati.

Biar betul serigala ni!Nak ugut aku pula!

"Tak tahu malu ke!?Oh yalah biasalah Orang yang takde maruah kan memang takde rasa malu!"Perli Elena cuba menyakitkan hati Mike.

"Tak kesahlah kau suka aku tidak?Tapi kau akan ubah fikiran apabila bersama aku.Terima sahajalah malas aku nak cakap banyak."Balas mike sambil membetulkan kolarnya.

"Ini soal hati aku faham tak?Kahwin dengan orang seperti kau?Adakah kau tengah bermimpi.Kahwin ni perkara yang serius"Tegas Elena masih mempertahankan hak nya.

"Aku serius terhadap kau.Dan demi kau aku sanggup tinggalkan kekasih aku Percayalah Sepanjang hidup semua perkara aku remehkan kecuali hal ini"Serius Mike berkata kali ini.

Mereka saling memandang antara satu sama lain.Dalam hati hanya Tuhan sahaja tahu betapa sakitnya hati dia.Bukan mudah hati aku akan terima seseorang yang pernah sakiti aku.

Wajah Affan bermain di kepala.Dia masih sayangkan lelaki itu.

Sungguh!

"Kau takkan bahagia kahwin dengan aku.Perasaan aku bukan untuk kau.Please lupakan je hal ni"

"Kenapa?Kau rasa bersalah dengan Affan?Kalau dia betul-betul sayangkan kau.Dia akan lepaskan kau"jawab Mike memandang mata Hazel milik Elena.

Cuaca semakin dingin sekarang buatkan badannya kesejukan.

"Kau tak tahu apa apalah Mike!Apa yang kau nampak terhadap aku!?Aku ni miskin.Sedarlah!Jangan panjangkan isu ni!Aku tak setuju!Kau ingat dengan wartawan tu kau boleh paksa aku?"geram Elena membantah persetujuan itu.

"Kau perlu setuju.Makcik kau dah setuju dengan perkahwinan ni yang tinggal keputusan kau je tapi fikir dulu kau mahu bahagiakan keluarga kau atau pentingkan diri sendiri ?"katanya sambil menepuk bahu elena.

Soalan itu sukar dia menjawab.

Mustahil aku tak nak bahagiakan keluarga aku yang miskin tu.Tapi perlu ke aku berkorban lagi?

"Kau memang kejam Mike."

____________

Keesokan harinya,Elena datang bersama puan Azizah ke rumah agam itu untuk berbincang.Suasana rumah agam milik Dato' Malik suram tanpa kata-kata.Elena dan makcik yang baru sampai hanya membisu seribu bahasa.Sekilas lalu dia melihat Mike yang tersenyum.

"Jadi semua setuju?"Soal Dato' Malik merenung wajah puan Azizah.

Mulalah dia tersenyum macam dapat loteri.Siapa je tak nak duit kan?

"Saya yakin yang Elena setuju lagipun saya dah lama kenal anak buah saya.Dia memang sangat baik orangnya."kata puan Azizah lembut.Terbuntang mata Elena apabila puan Azizah begitu senang setuju.

"Apa makcik buat ni?Kita datang sini sebab nak katakan yang ni salah faham bukannya kahwin"Bisik Elena kepada puan azizah.

Mungkin dia dah hilang akal yang bakal suami aku tu orang kaya.Mata duitan betul lah,!

"Hei Elena ni lah peluang kau untuk ubah keluarga kita yang miskin ni.Kau tak nak kaya ke?Setuju je jangan bantah!"Tegas puan Azizah sambil mencubit lengan Elena supaya setuju.

"Tapi ini hidup Elena!Makcik siapa yang boleh tentukan hidup Elena sesuka hati?!"Jerit Elena sehingga mereka sekeluarga tergamam.

Puan Azizah terus menekup mulut Elena sehingga dia tak bersuara.Dengan sedaya upaya Elena meleraikan pelukan itu tapi ternyata kekuatan nya tak mampu.

"Haha maaflah anak buah saya ni selalu sangat lepas cakap"Tersengih Puan Azizah.

"Saya tahu yang Elena tak mahu kan?Dengar cerita kamu gaduh dengan anak saya di cafe betul?"Soal dato Malik menguji sejauh mana gadis itu bertahan.

Dia tak boleh goda Elena dengan duit.Tapi Elena seorang yang baik tak mungkin dia akan tolak.

"Eh taklah Dato'.Elena ni memang keras kepala sikit orangnya tapi dia takkan buat benda semua tu"Balas puan Azizah takut-takut persetujuan ni terbatal begitu sahaja.

Elena terus menggigit tangan puan Azizah dengan kuat.Dia terus mendecit sakit.

Mike hanya menahan ketawa apabila melihat Elena yang terkapai-kapai jatuh di atas lantai.Tiada siapa yang cuba tolong atau peduli semasa itu.Akhirnya elena sendiri yang bangun dari situ.

"Aku nak tanya?Kenapa aku perlu setuju kahwin dengan anak encik?Apa sebab dia kaya?No!Aku Tak nak semua tu"Elena mula bersuara dan sekali lagi keluarga itu terkejut dengan sisi lain Elena.

"Kau patut setuju sebab Aku selamatkan kau"Dato Malik membalas dingin lantas melempar beberapa keping gambar.

Gambar masa di hotel!

"Sekarang kau tahu kenapa kau perlu kahwin dengan anak aku?Ada seseorang yang cuba ugut kami untuk sebarkan khabar angin ni sebagai skandal.Tapi disebabkan budi terhadap kau.Aku nyatakan yang kau ialah kekasih Mike"terang panjang lebar dato Malik.Gambar itu direnung lama.

Mike perangkap aku..Tak guna !

Mike yang duduk itu terangkat kening apabila Elena menjeling ke arahnya.

"Elena kau tak nak malukan keluarga kita kan?Cukuplah dengan keluarga kita yang miskin ni.Cuba fikir kalau ibu bapa kau lihat sekarang ni pasti mereka sedih"pujuk puan Azizah memandang gambar itu.Nada dia nampak sedih tapi hatinya melonjak teruja .

Sejak dulu dia memang mahu anak buahnya kahwin dengan harta yang banyak supaya dia boleh hidup senang.

Air mata Elena mahu mengalir tapi dia menahannya.Genggaman tangan semakin erat mengoyak gambar itu.

Dato' Malik masih menunggu keputusan dari Elena.Gambar itu diletakkan di atas meja semula .

Ini dah berakhir Elena.

"Baiklah.Kalau itu yang buat makcik gembira Elena setuju tapi.."

"Tapi?"

"Elena tak mahu jumpa makcik lagi selepas ni.Bawa semua harta yang makcik dapat tu dan jangan sesekali tunjuk muka makcik lagi!Ini pertolongan yang terakhir yang Elena buat untuk makcik!!Satu hari apabila makcik menyesal dan mula merayu.Masa itu Elena takkan peduli lagi.."Rintih Elena sambil mengambil cincin itu.Hati ini siapa sahaja tahu..

Puan Azizah hanya mengangguk dan tersenyum kemenangan.Dia nampak sangat teruja

Dia memandang satu persatu wajah ahli keluarga itu.Pastinya mereka mempunyai rahsia tersendiri yang aku tak tahu.

Aku yakin

____________________________

"Ellyssa Elena dimaklumkan mempunyai hubungan mesra bersama anak pewaris ACE holding Mike Elvin.Ini membuatkan semua pihak berasa terkejut"

Paparan gambar mereka betul-betul terpapar di kaca televisyen.Barang yang terdapat di bilik itu dibaling kuat sehingga retak.Marah nya sudah mencecah tinggi meluap-luap menahan kemarahan.Pembantu dia juga terkejut dengan tindakan nya.

"Perempuan sundal ni lagi!!Semua benda kau nak rampas dari aku kan?!Mike Elvin milik aku tiada siapa yang boleh rampas dia dari aku!!"jerit wanita itu dengan geram dia membaling lagi barang sehingga dia puas.

Dia menjeling ke arah barisan pembantu itu pula.Setiap pembantu berasa takut.Malahan ada yang sudah tertunduk di hadapan nya.Begitu mengerikan apabila wanita itu hilang sabar.

.

Dia ingat Mike akan lupakan pangkat dan harta demi dirinya tapi dia sama je!

"Cik.."

"Apa yang kau nak?!Beritahu aku berapa lama perempuan sundal ni kenal Mike!!"marah Wana mencekik kolar seorang pembantu itu.

Dia terkejut sehingga tertunduk ke bawah dan menggeleng kepala tidak tahu.Terketar-ketar dia melihat Wana yang marah itu.

"D...Dia kekasih Affan..Itu je yang saya tahu cik..Jangan bunuh saya cik.."Jawab pembantu rumah itu takut.Wana melepaskan pembantu itu dengan menghempaskan badannya ke lantai.Tak kiralah dia sakit atau tak.

Wana tersenyum lebar sehingga ke telinga.Tak sangka Elena sanggup tinggalkan kekasihnya demi harta.Gadis ni sama sahaja seperti dulu.

"Oh I see..Kau memang hebat Elena!Berani kau cuba lawan aku?!Bagitau aku mana Elena sekarang?!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience