•Angle•

Drama Series 19932

Life is a series a thousand of tiny miracles.Notice them_{Fight For Life}

"One cup of tea and two piece strawberry shortcake"Ujar Ryn yang tergesa-gesa meletakkan kertas pesanan di atas meja.Pelik.Kenapa dari tadi takde sapa menyambut?

"Elena!Are you listening me now?!"

PAP!

"Ahh ya!Ya!Apa tadi lemon tea eh?"Panik Elena apabila disergah dari belakang.Buku pesanan jatuh bersepah di lantai.Otak jadi blur sekejap.

"THIS IS YOUR ORDER!FOCUS ELENA!"Ryn yang geram terus menampal kertas itu pada dahi elena serupa betul dengan hantu cina.Kaki elena dihayunkan seraya mengambil pesanan yang ditampal itu.

Apa tak kena perempuan ni?First day dia kot.Biadap sungguh.Bukan main lagi dia tengking aku.Umur kita bukan nya sebaya tapi jaraknya jauh sekali!Tapi aku juga yang salah sebab tidur.Damn!

"Ni dia cik."Senyuman aku yang manis diberikan kepada wanita yang bertopi merah.Elegan sungguh dia memakai dress merah dihiasi cincin permata berapa karat pun aku tak pasti.Tapi Mesti mahal!

"Thank you miss.I like your cake."Balas senyuman wanita itu.Why she so cute!Perempuan yang macam aku ni boleh terpikat belum lagi lelaki tengok dia.Tercabut jantung terus.Tak boleh bayangkan macam mana

Lagipun baru nak perasan diri dia kata aku cantik .Heh cake ni boleh kalahkan aku eh?Tapi itu tak mustahil.Memang lain kalau nak bandingkan aku yang jerawat batu pun banyak kat muka, nikan orang nak puji aku.Dalam mimpi jelah!

"Welcome cik.Enjoy"

Aku kembali ke kaunter semula sambil curi-curi pandang wanita itu.Muka bukan main flawless.Dia makan pun elok je.Untung wei sapa dapat!Kaya pastu cantik.

"Elena!Usya laki orang eh?Dari tadi asyik terjenguk serupa burung unta ni dah kenapa?"Sergah ayu.Nak tercabut jantung Elena dikejutkan suara gergasi Ayu tahap Altronova!Satu dunia boleh dengar dia menjerit.

"Astaga kau ni ayu!Mana ada!Aku masih ada maruah diri ok?Aku tengok perempuan yang topi merah tu.Cemburunya tengok muka dia."Tangan telunjuk terus ditujukan pada wanita itu.

"Hihi sorry.Perempuan tu ke?Kau tak tahu siapa dia ke?"Soal ayu pelik.Elena mengangguk laju.Jarang nampak elena tak tahu isu semasa selalunya dia yang laju sebarkan berita hangat.

"Kalau aku tahu takde lah aku tanya kau?Apo daaa..Cakaplah siapa tu"

"Dia tu.."

Bang!!

Satu tendangan yang kuat hingga pecah pintu cafe itu mengejutkan semua orang.Kelibat seorang lelaki yang memakai Hud buat tempat itu sunyi sepi.Setiap langkahnya menuju ke arah Elena yang tercongok di kaunter.

Drama apakah ini.

Dasyat betul sampai bawak kumpulan gangster jumpa dia.

"Ikut aku.."

Tangan Elena dipegang paksa untuk keluar dari cafe segera.Elena meronta nak lepaskan  diri tapi lelaki itu lebih kuat.Yang lain hanya kaku memandang gangster itu menghalang mereka untuk tolong.Banyak kali kepala elena  menoleh sekeliling.Badan dia  diheret jauh sampai ke lorong.

"Sakitlah!"Jerit Elena kuat apabila tangannnya dipegang hingga berbekas.

"Kau kenal laki ni?Kau anak dia betul tak?"Kata lelaki itu menunjukkan gambar seorang lelaki tua yang mendukung anaknya.

Itu ayah dia!

"Apa yang kau nak!apa kau nak buat pada aku dan siapa kau ni!"jawab Elena terketar-ketar kakinya berdiri hadapan lelaki yang curiga ini.

"Bagitau aku cepat!Ada seseorang yang membunuh ayah kau waktu itu dan aku nampak segalanya apa yang terjadi"jawab lelaki itu lagi.

"Bagaimana kau tahu?Apa yang terjadi sebenarnya!Beritahu aku dulu siapa yang bunuh ayah aku!"Tangisan Elena mengalir keluar.

Selama tujuh tahun dia tak pernah tahu punca ayahnya meninggal.Tapi secara mengejut ada seseorang berkata ayahnya dibunuh.Tak adil!

"Jadi betullah kau anak dia..It's okay Elena selagi kau tak beritahu bukti tu pada polis aku akan lepaskan.Kau dengar ni aku akan pastikan kau terima nasib yang sama jika kau langgar!Faham!"Herdik lelaki itu yang mencekik kolar Elena sekuatnya.

"Sekarang beri bukti kematian ayah kau!Beri aku!"

"Takkan!itu satu satunya ayah aku tinggalkan!Walau kau nak ugut aku  sekalipun!Aku  takkan beri lagi-lagi orang jahat macam kau!"jerit Elena yang sesak nafas.Nafasnya tercungap-cungap apabila salur nafas disekat.

"Kau nak aku guna kekerasan.Baiklah!"lelaki itu mengeluarkan telefon bimbit nya.

"Hello"

"Elena!!Selamatkan aku!!Sakit!!"jeritan makcik menyinggah ke telinga Elena.Terdengar sebatan yang bertalu-talu memukul tubuh makciknya.

"Hentikan!aku tak sanggup dengar lagi!Lepaskan dia!"Rayu Elena semahunya.

"Beri aku bukti tu!"

"Elena sakit!!Lepaskan aku!!Hentikan!"jerit suara makcik yang semakin kuat.Dia asyik mengerang sakit.

"Kau sanggup lihat keluarga kau terbunuh lagi sama seperti dulu!"

"Hentikan!Elena tolong aku!!"

Tangisan Elena tidak henti-henti mendengar rayuan dan jeritan makcik.Dia perlu memilih salah satu sama ada selamatkan makcik atau dibunuh.

Tak.Aku perlu selamatkan makcik.

"Lepaskan makcik aku dulu.."

"Kau beritahu aku dulu baru aku lepaskan dia"Senyum senget lelaki itu cuba menyaingi Elena.

"Kau takkan faham.Aku ada bukti tu cuma bukan aku yang pegang selama ni."Jawab Elena berterus terang.Sekali lagi kolar itu ditarik lalu ibu jari lelaki itu menekan salur pernafasan Elena agar dia tak bernafas.

"Kau jangan tipu aku perempuan!Hidup aku bergantung kepada bukti tu!Kau tak tahu berapa banyak aku lalui untuk mencari kau!"Naik angin lelaki itu apabila Elena masih berahsia kan tentangnya.

"Aku tak tipu!Aku tak ingat siapa yang ambil bukti tu!Kau seksa aku sekalipun jawapan aku tetap s-sama!"tersekat-sekat suara Elena hendak keluar.

"Beritahu!"Semakin kuat pegangan lelaki itu sampaikan kepala Elena jadi berat..

"A-aku tak tahu!"

Matanya sudah berpinar-pinar.Dia cuba melawan sakit itu tapi tak berdaya.Tangan nya terkapai-kapai menahan sakit.Akhirnya tubuhnya jatuh di atas jalan .

Terukir senyuman sinis yang terbit di hujung bibir.Lebih senang dia berurusan dengan gadis ini.Telefon diambil semula .

"Lepaskan dia"lelaki itu menyuruh sekutunya lepaskan makcik.Elena rasa bersyukur walaupun keadaan itu tak jelas dari pandangan.

"Mari ikut aku!Aku takkan percaya selagi aku tak lihat dengan mata kepala aku sendiri!"Mike mengangkat tubuh yang lemah itu.Terdapat kereta peribadinya  yang baru sahaja masuk ke kawasan itu.

Elena diletakkan ke dalam tempat duduk belakang.Ada dua orang lelaki yang menjaga di bersebelahan jadi dia tak dapat melarikan diri.

Apa nasib aku kali ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience