°EPISODE 29°

Fantasy Completed 149830

Hari demi hari berlalu pergi dengan tenang Sofia telah pulang ke rumah dengan Zaini.

Faid pula tak habis-habis dengan sikap cemburunya hingga sang tunang langsung tidak boleh ke mana-mana tanpa pengawasannya.

Lagi beberapa hari saja dia bakal bergelar suami kepada Sri Nurul Azizah. Ia semakin was-was dengan wanita cantik dan sexy.

Sepertinya wanita itu sudah kurang pedulikan dirinya lagi.

"Faid.."

"Eh. Sofia ada apa..?"

"Kenape you masih tak masuk lagi..? Dah lewat ni.." Sofia menghampiri Faid yang masih berada di belakang rumah Latifah.

"I.. I tengah tengok tunang I tu. Seronok sangat si Zizah main abu api dengan suami you, Sofia."

"Hm.. Abu api je pun.. Busuk! I tak suke.." Sofia menggedik ngeri dengan kelakuan Zizah.

"You tak cemburu ke dengan Zizah.? See di-orang siap bergelak tawa lagi macam tak ada masalah apa-apa tu.." Faid menjeling geram dengan sikap Zizah yang lagi bermain lari-lari dengan adik-adik Zaini.

"Zaini tu bukan suami yang baik untuk I Faid. Dia tak macam you yang selalu care tentang keperibadian I masa kite masih wife/husband. Dulu.."

"Apa yang you nak cakap ni Sofia?" Faid terus bangun dan bercekak pinggang.

Ia tahu siapa Sofia.

Janda nya tak habis-habis nak merosakkan kebahagiaan yang dia cuba gapai dengan Zizah selama ini.

Apa agaknya yang Sofia mahukan lagi..?

"You tahu bukan siape perangkap I dulu.." Sofia masih memandang sisi bahu Faid.

"Sofia.. Sofia.. You masih tak berubah lepas apa yang jadi kat you kebelakangan ni.." Faid menggeleng kepala dengan agenda Sofia.

"I... I sebenarnye.." Ia mengharapkan agar Faid membenci Zizah.

Dengan langsungnya dia boleh mendapatkan duda kaya itu semula.

"Faid. Tak gune you nak berkahwin orang macam Zizah tu. Dia playgirl! I tahu you dah dibutakan dengan wang ringgit dia tu Faid.."

"Hahaha bodohnya you ni, Sofia."

"Kenyataan memang macam tu Faid! You mesti.."

"Stop'it Sofia.."

"Tapi.. Dia langsung tak mengharapkan hubungan korang pun. Trust me Faid.." Sofia terus tersenyum lebar melihat wajah lelaki itu sudah berubah dingin.

"Oh shit Sofia! Walau apapun terjadi Zizah tetap milik aku.." Faid bangun dari gazembo beratapkan bumbung biru itu.

Langkahnya di dekatkan dengan Zizah dan lain-lain.

"Baby.."

"You.. Kenape berpeluh ni..?" Zizah segera mengelap dahi Faid dengan hujung baju kemeja lengan panjang.

"I nak balik KL.. Sampai bila you nak stay dekat sini..?"

"Bang Faid tak selesa ey tinggal dekat sini..?" Alya bertanya dengan tersipu-sipu malu.

"Oi tunang orang! Gila.." Si kembar mula menyiku lengan Alya.

"Bukan tak selesa. Tapi Saya masih ada urusan penting dekat tempat kerja sana kitorang datang sini hanya nak melawat!"

"Bukan nya nak buat tapak perkhemahan dekat sini.." Faid mula memerli.

Dia menyampah dengan persekitaran kampung itu. Rumah dekat-dekat, ada longgokan sampah sarap lagi.. Kolot!

"Sombongnya!!.." Qistina mengertap gigi.

"Siapa sombong?? Kau Qis! Kau sedar tak kau tengah cakap dengan siapa ni."

"Dia ni lebih tua dari kau tau!! Jangan biadap sangat." Sofia terus menolak bahu Zizah ke tepi Alya.

"Apa kurangnya kau Sofia.?! Cakap! Macam kau tu beradap sangat kau sedar tak kau biarkan tetamu terhormat kau ni tidur dalam bilik adik-adik aku dua hari lepas.?"

Sofia bercekak pinggang. Dia mahu nampak megah di depan Faid dan Zizah di situ.. tetapi malangnya.

"Tu bilik adik-adik aku rumah mak tau! Bukan hotel five star. Sedar diri sikit.."

"Aku isteri kau Zain! Kenapa kau perlu malukan aku sampai macam ni sekali.? Kenapa!!!..."

"Jangan jadi benak Sofia. Aku sendiri nampak kau nak goda duda kaya ni masa Sri tak ada di rumah pagi tadi."

"Cukuplah. Jangan jadi tuli sangat." Zaini menarik tangan adik-adik kembarnya pergi dari situ.

Siapa pun Sofia. Keluarga nya tetap nombor satu.

PLAK

"Kau!!!..."

"Apa-apa. You nak sepak I juge ke..? Silakan I tengah cabar you ni Sofia.." Zizah bercekak dada sambil tersenyum lebar.

"Zizah!!! Kauuu..."

PLAK..!!

Sekali lagi Zizah menampar pipi Sofia dengan kuat.

"HYE! Perempuan tak guna.." Sofia ingin sekali membalasnya tetapi.

"Itu sebab kau ganggu tunang aku. Sofia! Benar kata Zaini jangan jadi benak sangat. Elok jer nanti ingat semua tiba-tiba esok bangun pagi terus lost memori."

"Hahahaha.. Alahai kesiannya Puan Sofia Ariana ni setiap penjuru benci dia. Opss terbabas pula hahaha.." Semakin kuat Zizah berkata-kata untuk menghentam hati Sofia.

"Kurang ajar kau Zizah!!!.." Sekali lagi tangannya cuba melayang pada wajah Zizah. Tetapi...

"Jangan cuba-cuba nak sentuh Zizah aku, Sofia! Urusan kami dah settle kat sini jadi kami minta diri dulu.." Faid terus menolak bahu Sofia menjauh.

"Jadilah menantu dan isteri yang baik dekat keluarga ni hm.." Faid terus menarik tangan Zizah untuk ke kereta yang di parkir di depan rumah Zaini.

"Bye-bye Puan Sofia Ariana, Selamat menempuhi alam neraka buatmu selama-lamanya hahahaha..." Zizah melambai tangan dengan gediknya pada Sofia.

"Argh!! Sial.." Sofia menghentak kaki dengan geram.

Malam sudah melabuhkan tirai.

Latifah dan anak-anak yang lain masih di depan ruang tamu banyak rancangan di kaca tv yang menarik di malam minggu.

Anak-anak jiran juga masih ramai bermain-main di luar rumah dengan gembira. Suasana kampung itu masih dalam keadaan perkampungan moden dan meriah.

"Zaini!!..."

"Hm.." Pendek saja sahutannya.

"Kau dengan Zizah ada apa-apa hubungan, bukan..?"

"Kau rasa.?"

"Aku tak perlu rase semua tu Zai!.."

"Aku nampak dengan kepala sendiri kau tarik Zizah masuk ke dalam tolet semalam, Kau henjut dia! Kan..?" Sofia terus membaling bantal peluk ke belakang tubuh Zaini.

"Entah. Baguslah kau sudah tahu.." Zaini terus buka pintu bilik ia meninggalkan Sofia terkebil-kebil yang lagi memandang belakang tubuhnya.

"Arghhhhhhh!!!!! Zainiiiiii.!!!!! Kau memang tak guna! Suami dayus! Bodoh! Celaka!" Sofia terus mengamuk tanpa sempadan di dalam bilik mereka.

Zaini hanya mengeluh.

Dia tahu dia sudah terlanjur banyak kali dengan tunang Faid, Dia sangat suka dengan gaya dan cara wanita itu..

Lain dari yang lain aksinya.

"Kenapa lagi dengan perempuan tu Zai..?" Latifah hanya sekadar bertanya saja.

"Sofia sakit kepala tu mak nanti makan ubat okaylah.."

"Ni adik-adik abang tak siapkan home work lagi esok dah nak bangun pagi." Zaini mengelus rambut adik-adik si kembar dengan kata-kata sederhana.

"Dah siapkan pagi tadi, Along.. Kakak Zie tu cantikkan.." Qistina senggeh panjang.

"Haa'ah.. Tadi dia ada bagi duit kat Zain tiga ratus ringgit tau. Zain dah simpan di bank tau.."

"Bukan apa takut mak songlap jer bila kitorang gie sekolah nanti. Hahaha." Zain terus gelak mengekek.

"Eh budak ni! Bertuah kau ya.." Latifah membaling bantal petak ke perut Zain.

"Si kembar ni dapat duit juga tak..?" Zaini ke belakang sofa.

Ia mengurut bahu Latifah. Begitulah sederhana nya keluarga mereka selama ini.

"Dapat.. Macam Angah juga tiga ratus." Qistina menunjuk pada Zain dengan senggeh panjang.

"Betul-betul betul-betul.." Alya juga turut menyampuk.

"Alya dramstik.."

"Bhahaha. Werkkk si kembar dramstik.."

"Oi tunggu kau Anggah!!.." Si kembar mula mengejar Zain sampai keluar rumah.

"Sampai bila kau nak bertahan dengan perempuan tu Along..? Mak tak tahan telinga dengar dia bebel tiap-tiap hari merungut itu ini."

"Mak.. Macam mana pun Sofia tetap isteri Along.."

"Sini longg.." Latifah menarik tangan sang anak ke tempat duduk di sebelahnya.

"Mak tetap sukakan Laila.."

"Mak.."

"Dia masih terbaik untuk kau Zai.."

"Mak dengar dulu mak.."

"Tapi.. Sofia tu.."

"Seorang suami adalah cerminan kepada isteri, mana bentuknya suami itulah bentuk yang isteri ikutkan."

"Sofia bukan perempuan baik-baik! Dia pernah masuk club malam! Ayah dia kaki perempuan nak.."

"Mak.. Kami sama-sama ada pengalaman di masa silam.." Lembut saja kata-kata nya bila bersemuka dengan ibu tersayang.

"Tapi Longg.. Sofia bukan isteri yang..."

"Along akan cuba buat yang terbaik untuk keluarga kami mak."

"Kalau duda tu mampu buat isteri Along tergila-gilakan dia dulu. Sekarang turn Alongg pula akan membahagiakan Sofia mak.."

"Tapi.. Sofia tu bukan perempuan baik-baik Long! Dia bekas orang nak!!.." Latifah menampar bahu Zaini dengan geram.

"Sofia akan terus jadi isteri Along sampai Along pejam mata mak. Ini sumpah Along mak.."

"Ya Allah.." Ia sudah buntu akal untuk menasihati anak sulungnya dari hari pertama anaknya bergelar suami kepada Sofia.

"Sampai satu saat nanti sekujur tubuh Along yang kaku ni terkubur di belakang masjid, barulah dia akan jadi janda semula.."

"ALONG! Apa kau merepek ni nak..? Ya Allah.." Latifah menekup wajahnya dengan tapak tangan.

Latifah sudah buntu akal untuk membuat anaknya membenci Sofia.

Sofia mengertap gigi perasaan bencinya pada Zaini mula melayang jauh dari lubuk hati.

Tak salah jika kita cuba untuk menerima orang baru di dalam diari hidup kita di hayat ini. Sejujurnya kita tak perlu tahu siapa dia, kita tak perlu mengungkit siapa dia di masa lalunya.

Setuju.?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience