°EPISODE 22°

Fantasy Completed 149830

Qasha dan Haikal masuk ke dalam rumah Faid dengan langkah yang sederhana.. Sudah seminggu Faid tak kemana-mana lagi. Nama nya juga sudah di Blackburn oleh ketua Menteri Syahmi.

Tok..

Tok..

Qasha dan Haikal sudah membuka kasut diluar rumah.

"Assalamualaikum Id.. Assalamualaikum kau ada di rumah tak.." Qasha mengetuk pintu sekali lagi tetapi tiada siapa pun yang membuka pintu di depan mereka berdua.

"Diorang tak ada kot.." Haikal mengaru Kepala yang tak gatal itu.

"Takkanlah! Tu kereta Faid ada.." Qasha menjeling pada Haikal dengan tak berpuas hati.

"Kita try sekali lagi kalau tak ada juga kita balik.." Haikal mengundur selangkah ke hadapan.

"Assalamualaikum.. Faid.."

Click.

Pintu dibuka dari dalam terpempan wajah Alin di dalam, Ia tersenyum sendiri..

"Waalaikumussalam.. Maaf makcik ada hal sikit dekat belakang kenape tak tekan loceng saja.." Alin menunjuk di sebelah pintu masuk

"Oooh tak perasan. Hehehe.." Qasha dan Haikal sengeh sendiri.

"Masuklah.. Makcik panggilkan Faid kejap.." Alin berjalan pergi tanpa menutup pintu rumah disitu.

"Baiklah terima kasih.." Qasha berjalan masuk ke dalam rumah itu dengan memerhati sedikit di dalam rumah Faid.

"Boleh tahan rumah Faid eh. Besar.." Haikal berbisik perlahan disebelah Qasha.

"Tunangnya Seri, Mestilah besar.. Aku dengar kata rumah ni hadiah dari Seri buat keluarga Faid."

"Memang aku dengar dari budak-budak pejabat lah.." Qasha memerhati di lorong dapur dibelakang.

"Serius lol..?" Haikal terpana seketika.

"Diorang cakap dekat satu juta jugalah rumah macam ni pun.. sebab Faid cakap dengan Zizah tu sebelah rumah diorang tu ada swimpool." Terang Qasha lagi.

"Gila mahal..!!! Ish ish.."

"Lama dah ke korang berdua sampai ni.?" Faid terus duduk didepan Haikal dan Qasha disitu.

"Oi pocot.!! huissh terkejut aku.. kau apa kabar Id lama betul kau tak join group Bend's tu.." Haikal terus bangun dan berjalan duduk disebelah Faid.

"Aku tak berapa sihat sikit badan pun sakit-sakit ni.." Ia mengurut tengkuk sendiri.

"Seri ada call kau tak Id..?" Qadha memadang tepat pada wajah Faid yang sedikit putih pucat seperti bukan demam biasa..

"Tak ada.. aku ada call dia banyak kali jugalah.. tapi dia hanya hantar mesej saja.. cakap sibuk ada plan meetinglah plan marketinglah.."

"Dia pun dah lain dah sekarang ni lepas aku terus terang dengan dia haritu.." Faid menggeleng kepala sendiri.

Qasha mengigit bibir sendiri.

"Dia tak sibuk pun sebenarnya.." Haikal memerhati kearah Qasha.

"Maksudnya..?" Terkebil-kebil biji mata Faid memandang wajah Haikal di sebelah.

"Syarikat yang kau pegang sebelum ni kan dah ada orang baru yang handle.."

"Jadi..?" Bahu Haikal digenggam kasar.

"Dia selalu keluar dengan lelaki tulah diorang selalu keluar bersama.. pergi meeting atau pergi tengok site pun diorang pergi bersama.."

"Id aku perasan jari Zizah dah takde cincin tunang korang lagi Id.." Haikal meluah segalanya.

Qasha mendiamkan diri.

"Aku minta maaf sebab snap gambar kau malam tu.." Haikal menunduk kepala.

"Oh faham.. faham sangat.. maksudnya pertunangan kitorang ni hanya sekadar gelaran sajalah."

"Hahaha. Memang patutlah dia buat macam tu padan dengan muka aku ni pun. Hahaha.." Ia tergelak sendiri.

"Sabar Id.. Zi memang sibuk tu nanti dia tak sibuk dia datanglah jumpa kau Id.." Qasha menenangkan hati Faid.

"Zizah memang baik kan.." Faid menundukkan kepala matanya sudah merah menahan tangisan sendiri.

"Kau sabar banyak-banyak okey Id.." Qasha terus menerus menyabarkan hati Faid yang lagi teluka.

Dia kasihani dengan nasib Faid.

"Kau tak salah pun Haikal.. semua ni sebab nafsu kalau tak disebabkan hal Sofia aku tak sanggup biar Zi terluka dengan aku lagi.." Ia menangis sendiri.

Alin mendiamkan diri sambil membawa dulang berisi cawan dan pencuci mulut ke meja di ruang tamu.

"Jemput minum encik.." Alin menuang air laici ke dalam cawan dari Jerman yang sudah terhidang rapi itu.

Sungguh dia tak suka dengan Faid anaknya lupa daratan.

"Buat susahkan Makcik jer, terima kasih.." Qasha yang berada disitu turut membantu puan Alin meletak cawan didepan Haikal dan Faid.

"Tak susah pun nak.. Makcik iklas dari hati nak layan kawan-kawan anak Makcik ni..." usai begitu dia terus berjalan ke dapur kembali.

"Id.. sebenarnya aku yang suruh Shid hantar gambar dengan video dekat Seri malam tu. Sungguh ni aku betul-betul nak minta maaf sekali lagi dengan kau Id.." Haikal mengenggam bahu Faid lama.

"Aku sedar Haikal.. semua kekayaan ni buat aku alpa dengan tanggungjawab sendiri! Sepatutnya aku pujuk aku bincangkan hal ni dengan Zizah."

"Tapi tengoklah semua musnah dalam sekelip mata saja. Tak apa bro aku maafkan kau.." Bawah matanya sudah lebam kebiruan.

Setiap hari ia menangis meratapi nasib sendiri diri pun sudah tak terurus lagi.

"Aku akan terangkan benda ni dekat Seri esok.. itu janji aku. Qasha kau teman aku ya pergi jumpa Seri nanti." Haikal menatap wajah Qasha seperti meminta pertolongan.

"Hm baiklah.." Qasha memandang kearah lain dengan riak tak suka.

••••


-AKU BUKAN UNTUKMU-

Dahulu kau mencintaiku..
Dahulu kau menginginkanku..
Meskipun tak pernah ada jawabku..
Tak berniat kau tinggalkan aku..

Sekarang kau pergi menjauh..
Sekarang kau tinggalkan aku..
Di saat ku mulai mengharapkanmu..
Dan kumohon, maafkan aku..

Aku menyesal t'lah membuatmu menangis..
Dan biarkan memilih yang lain..
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu..
Pasti itu terbaik untukmu..

Janganlah lagi kau mengingatku kembali..
Aku bukanlah untukmu..
Meski ku memohon dan meminta hatimu..
Jangan pernah tinggalkan dirinya..
Untuk diriku..

Sekarang kau pergi menjauh..
Sekarang kau tinggalkan aku..
Di saat ku mulai mengharapkanmu..
Dan kumohon, maafkan aku..

Aku menyesal t'lah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain..
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu..

Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu..
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya..

Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku..

Share this novel

Nur Azlina
2022-08-07 13:57:10 

padam muka faid ikut nafsu lagi tamak sangat.


NovelPlus Premium

The best ads free experience