°EPISODE 19°

Fantasy Completed 149830

Faid terpaksa patahkan rajukkan kerana Zizah. Ya dia memang tak boleh jauh dengan Zizah lama-lama kerana wanita itu telah mencuri hatinya.

"Chacha.. Zizah dah masuk kerja ke..?" Faid memerhati sekeliling kawasan pejabat itu.

Mana tahu dia bertanya tiba-tiba Zizah sudah berada di belakangnya. Zizah seperti halimunan 2034 masihi..

"Belum lagi tuan Faid, Tapi harini dia ada meeting kejap lagi mungkin dalam perjalanan kot." Chacha memerhati wajah Faid lama-lama.

Glup...

"Matilahnakkkkk. Mana aku nak menyorok ni.." Faid mengaru belakang tengkuk melilau dia mencari sesuatu.

"Selamat pagi Seri.."

Faid tergamam dengan dengan laju dia menyorok dibawah meja kerja Chacha seketika.

"Tuan Faid..!!.."

"Shhh diam-diam jangan cakap I ada dekat sini faham.." Perlahan saja kata-katanya.

Chat tercengang sendiri, Ia pura-pura membuat kerja secara berdiri membelakangkan Faid.

Tap..

Tap..

Tap..

Langkahnya terus ke meja Chacha tanpa berfikir apa-apa pun ia tahu Faid takkan kesini untuk mencari dirinya. Faid memang kuat merajuk..

"Cha buatkan air untuk I.. Hauslah.. and jangan lupa bawa note untuk meet dengan I nanti ya.."

"Baik Seri.." Chacha segera berjalan laju ke pantri..

Zizah terus membuka pintu bilik itu tetapi hanya dua langkah saja ke dalam.. tiba-tiba ia menghidu sesuatu.

"Bau apa ni..?" Zizah berjalan perlahan-lahan sambil menghidu bauan itu..

"Ya tuhan.. Hidung budak ni memang tajam betullah janganlah bagi dia lalu sini aduh.." Faid sudah berdoa di dalam hati.

Tap..

Tap..

Tap.. tumit kasut empat inci itu sudah melangkah menjauhi meja Chacha.. tiada perasaan apa-apa Ia terus berlalu masuk ke dalam semula.

"Fuh baguslah.." Ia mengurut dadanya perlahan di bawah meja Chacha.

Ia membuka pintu pejabat. Bauan fresh lavender menyengat hidung membuat dia tersenyum lebar..

"Ah I rindukan bilik ni. Wangi.."

Tok..

Tok..

"Coming..."

"Seri air coklat, You fav.." Chacha meletakkan mug di depan Zizah diatas meja.

"Thank you Cha.." Zizah mengambil mug berisi air coklat dengan sedikit dahaga ia menghirup dengan memejam mata.

"Ah sedap sangat ni.." Ia kembali membuka mata..

Nikmat terus naik ke bulan.

"You welcome Seri.. Oh Seri.. dalam setengah jam lagi kita ada meeting ya lepastu pukul 11 pagi nanti. Seri harus pergi berjumpa dengan Tengku Zaaf dan.."

"Oh stop'it.. aduh.." Tangannya didepa pada Chacha.

"Okey-okey.." Chacha tersenyum sendiri ia menutup mulut perlahan.

"Cakap harini ada berapa meeting..?" Zizah memusingkan kerusi itu dengan gaya membulat.

"Empat meeting sampai jam 3.30 petang.." Chacha senyum lagi.

"Canc.."

"Tak boleh..!! Diorang nak berjumpa dengan Seri juga harini.." Chacha terus memotong percakapan Zizah laju-laju.

"Please..." Zizah menatap wajah Chacha minta sedikit belas kasihan kepada gadis itu.

"Tak boleh Seri.. Diorang tu dah meroyan tau selagi tak jumpe dengan Seri, Sorry.." Chacha juga meminta simpati dari Zizah.

"Miss you, Baby.." Faid mendengar kata-kata Zizah. Jujur dia sangat merindui wanita sexy itu.

"Esoklah jumpa yang lain. Membosankan.."

Tak boleh.. Seri dah tolak perlawaan Tengku Zaaf tu dah banyak kali tau. Silap-silap angau orang tu hihihi.." Ia menekup mulutnya sendiri.

"Angau ape..? dia tu Playboy.. Oh by the way I pula cantik mestilah dia meroyan gila hahaha. Opss.." Zizah menekup mulutnya sambil ketawa kecil.

"Yes.. bagai pinang dibelah dua haaa gitew.." Chacha menambah lagi.

"Kan.. nasib baiklah handsome.. you.." Zizah melebarkan senyuman dibibir.

"WHAT..? Berani betul budak ni puji lelaki lain..!! memang tak boleh jadi ni.." Faid mengertap bibir.

Dia mula geram dengan kata-kata Zizah di dalam sana.

"Lebih handsome dari tuan Faid ke Seri..?" Chacha sengaja bertanya begitu kepada Zizah yang masih menghirup air koko yang hanya tinggal separuh itu,.

"Erm.. not bad tapi biaselah I malas nak melayan peel Tengku Zaaf tu.. kalau mela.."

"Apa...? Kalau mela apa Zizah..?" Meluru saja Faid masuk ke bilik Zizah dengan tak mengetuk pintu bagai.

"You ni asal..? Masuk ke sini tak ketuk pintu dulu.. kalau I tengah bogel tadi macam mane..? Teruk sangat perangai you ni Faid Adha.." Puas dia menghambur kata-kata begitu pada Faid.

"Cha you keluar dulu.." Tajam mata Faid menikam tubuh badan Zizah yang teramat seksi di matanya.

Seminggu tak berjumpa dia ingin meroyan dengan Zizah.

"No... Cha you stay sini.!! I tak nak percaya dengan mamat ni lagi.." Zizah memandang tepat pada tubuh Chacha.

"You....."

"What...? ni pejabat I so suke hatilah I nak arahkan sesiapa sekalipun bukan hak you.." Zizah hanya melemparkan senyuman sinis pada Faid.

"Cha I haus sangat ni please buatkan I air.." Tali lehernya dilonggarkan sedikit ia terus berjalan ke meja Zizah.

"Air paip disini mahal..!! And sini bukan kedai buat air ye sesuke hati nak arahkan orang I buatkan air untuk you.." Zizah menghentikan langkah Chacha untuk pergi.

Chacha hanya mendiamkan diri di depan pintu bilik itu dengan perasaan serba salah dengan Faid dan Zizah di situ.

"Kedekut.." Faid menggeleng kepala melihat kelakuan Zizah mulai kasar dengannya.

Dia buntu akal..

"Okey, I minta maaf dengan you baby.." Faid menunduk kepala sedikit.

"Wow. Amazing kenape Faid.. Mane ego you yang melangit tu. Dah post dekat ex wife you kembali ke...?"

"I.. tahu you marahkan I. Sepatutnya I yang mesti marahkan you kot....?" Faid mula bangkit dari duduk.

Zizah terus mengabaikan Faid di situ..

"Cha you order semua meeting harini lepastu nanti I tak balik office dah tau.. okey..?" Beberapa fail di tangan Zizah sudah bertukar tangan dengan Chacha.

"Baik Seri terima kasih.." Ia berpuas hati dengan kata-kata Seri seketika tadi. Mereka berdua berjalan pergi dari situ tanpa melihat wajah Faid lagi.

"What happen..? urghh shit.." Kerusi di depannya ditendang kuat.

"Jangan nak main tendang-tendang kerusi tu boleh tak..? Kerusi tu lagi mahal dari harga baju you tu Faid.. Tq.." Zizah lantas menutup pintu dan beredar pergi tanpa berfikir apa-apa lagi.

"Zizaaaaaaaaaaaaaahhhhh.. kau sengaja cari pasal dengan aku.. kau langsung tak peduli tentang aku lagi.. kau dah kenapa...? kau dah kenapa...?!!! Zizzzzaaaahhh..." Sekali lagi Faid meroyan sorang diri di dalam bilik itu.. sungguh Zizah sudah mulai berubah angin dengannya.

Salah siapa..?

Satu pejabat itu terkejut apabila mendengar suara Faid menjerit-jerit di dalam bilik Seri Zizah, Ada yang mula bergosip tentangnya.

"Seri reject lah tuuu..." Balqis menepuk lengan Salwa.

"Entahlaa.." Salwa mencebik sambil mengulangi kerjanya yang sedikit tertunggak sesaat tadi.

"Sudahlah mandul..!!" Afiq tergelak sendiri.

"Itu bukan masalah mandul ke ape..? Adela tu Seri tak berkenan dengan sikap si Faid tu.." Rais sudah bertukar tempat dengan Fauzi disebelahnya.

"Betul.." Fauzi mencelah.

Tak lama kemudian Faid keluar dari bilik itu dengan termengah-mengah mungkin dia melepaskan stress di dalam sana sorang diri.

Wafie mencebik bibir dia menyampah dengan langkah Faid yang sudah pergi jauh dari ruangan pejabat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience