°EPISODE 31°

Fantasy Completed 149830

Seminggu kemudian.

Tan Sri Syahmi mula menyelongkar beberapa buah almari pakaian milik Zizah. Dia sangat tahu Zizah lagi sembunyikan surat sakit Faid di dalam sana.

Prakk

Surat-surat yang ada di bawah timbunan baju tidur Zizah jatuh berselerak di atas lantai. Tan Sri Syahmi terus mengutipnya lalu dibawa keluar dari bilik itu.

"Jadi ini yang kau sembunyikan dari aku, Zizah..?" Tan Sri Syahmi terus membawa surat-surat itu ke ruang tamu rumah.

Dia harus bersemuka dengan Zizah depan-depan.

"ZIZAH!.."

"Papa.."

"Eh.. Hubby ade apa ni..?" Kaila turut terkejut dengan suara lantang sang suami.

"Ni apa..?" Tan Sri Syahmi terus membuang surat-surat itu ke wajah anaknya.

"Ma-mane Papa dapat surat-surat ni..?" Zizah segera mengutipnya semula.

"Aku dah lama bersabar dengan kau Zie! Cukup lama.. Aku sayangkan kau lebih anak-anak aku yang lain tapi kau tipu aku hidup-hidup!.."

"Papa.. I can.."

PANG

"HUBBYYY! Ya Allah.."

"HIV positif. Stage ke empat kau cakap Faid selalu pergi berubat habis ini apa? Apa Zizah!!.."

Iskk..

"Cakap lah!!" Semakin kuat suara Syahmi.

"Hubby, Sabarlah dulu biyy bagi Zizah cakap baik-baik dia simpan semua ni pasti bersebab biyy." Kaila menarik tangan sang suami menjauh.

"Cakap Zie! Jangan jadi tunggul depan aku. Aku takkan kesiankan kau lagi bila kau berani tipu aku selama ni.."

"Isk.. Memang Faid HIV POSITIF. Tapi kitorang memang tengah berubat Papa.."

"Ap-apa.. Zie apa maksud kau nak..?" Syahmi menggeleng kepala melihat Zizah yang sudah menangis tak henti-henti.

"Zie pun positif Papa, Mama.."

"Astaghfirullah-hal-azim.. Zizahhhhh!!" Kaila terduduk kaku diatas lantai ketika Zizah berkata beliau juga positif.

"Allahuakbar. Ya Allah.." Syahmi menekan dada kiri dengan kuat.

"Ii-ni yang kau bagi pad--pa k-ami selama ni Zie.." Sesak nafasnya semakin mencengkam.

"Isk. Maafkan Zi Papa.."

"Sanggup kau tipu kami Zie. Sanggup kau conteng arang di wajah kami berdua Zie!!! Kau memang tak reti untung.." Kaila terus menghumban kata-kata pada Zizah.

"Allah.." Ia dapat rasakan nyawanya melayang meninggalkan jasad saat ini.

BUK

Syahmi terus jatuh pengsan keatad lantai dengan kuat.

"Hubby!! Hubby bangun.."

"Papa!!!.."

"Jangan sentuh suami aku anak dehaka..!!"

"Mama.."

"Aku haramkan kau sentuh suami aku, Zie.. Berambus!!!.."

"Mama jangan macam ni isk.. Papa!.."

"Bibikkkk!!! Guarddddd! Tolong.."

Tiga jam kemudian.

Keluarga besar itu berkumpul semula di ruang rawat hospital. Semua ahli keluarganya menjauhkan diri dari Zizah yang lagi menangis seorang diri di tepi dinding putih itu.

"Mama takkan maafkan anak derhaka itu.."

"Mama. Bawa bertenang dulu.." Fatihah mengurut bahu sang ibu yang lagi menangis memandang pintu wad itu.

"Mama takkan maafkan dia. Isk.."

"Maa.." Zizah cuba mendekat tetapi.

"Kau jangan dekat dengan keluarga kami, anak derhaka. Dasar kau memang tak sedar diri!.." Hamun Kaila lagi.

"Maa Maafkan Zie, Zie salah dengan Mama, Papa.. Zie tak bermaksud nak sembunyikan apa-apa pun dari keluarga kite Mama.."

"Baru sekarang kau nak cakap semua ni..? Kalau sejam lagi suami aku tak sedarkan diri di dalam sana aku nak kau keluar dari rumah kami.."

"MAMA..!!"

"Anak Derhaka.. Jangan kau sebut aku Mama kau.. Berambuslah dari sini pergi hidup dengan Faid kau tu sana. Pergi.."

"Mama.. Bertenang dulu Mama. Sabar-sabar.." Fathia terus memeluk sang ibu.

Mereka bertiga terus memeluk sang ibu di depan Zizah. Ia tahu ahli keluarganya yang lain tak kan sesekali berpihak padanya.

Faid berlari anak mendapatkan Zizah di depan pintu wad kecemasan. Dia meninggalkan semua kerja-kerja yang masih banyak di pejabat, Sungguh dia terkejut dengan berita tular di pejabat mengatakan Tan Sri di masukkan ke wad kecemasan.

Sedangkan tunangnya tak bagitahu apa-apapun.

"Zie.."

"Jantan berpenyakit!!.."

Faid dan Zizah terkejut dengan tempikan dari Kaila.

"Maaf.. Ada apa ni..?" Faid menarik tangan Zizah mendekat.

"Hey jantan berpenyakit! Kau bawak perempuan ni pergi jauh-jauh dari sini."

"Apa..?" Faid terkejut dengan kata-kata bakal mak mertua saat ini.

"Aku tak mahu kalian sebar penyakit HIV korang dekat sini. PERGI!.."

"Aunty Kay. Saya tak faham apa yang terjadi ni? Tolong jelaskan.." Faid cuba untuk mendekatkan diri dengan Kaila.

"Jangan dekat dengan keluarga aku!!! Berambos..!!" Kaila terus memeluk ketiga-tiga anaknya se,eratnya.

"Isk.. Mama.."

"Aku haramkan kau panggil aku Mama! Pergi! Pergi!!.."

"Faid. Mama dengan Papa dah tahu I di jangkiti isk.."

"Apa.?" Kali kedua Faid terkejut besar.

Ingin pitam rasanya bila dia mengetahui hal ini di depan keluarga Zizah yang lain.

"Ye.. Papa di serang heart attack sebab ia terbaca surat I.. I takut kalau Papa tinggalkan kami, Faid.."

"Calm down Baby. I turut berduka cita dengan berita ni.. Kita pergi dulu ya.."

"Biar Mama tenang dulu dengan yang lain." Faid terus memeluk tubuh Zizah yang bergetar sejak tadi.

Bagaimana hal ini boleh di ketahui oleh Tan Sri Syahmi jika tak ada yang memberitahu. Apa ada yang melihat Zizah juga membuat rawatan yang sama seperti dirinya juga.

"Tak nak. I nak jenguk Papa dulu."

"Untuk seketika Baby. Mama lagi emosi tu yunk.." Faid terus memujuk sang tunang.

"Guard!! Bawa mereka pergi dari sini! I tak nak tengok pasangan berpenyakit tu ada di sini."

"I jijik dengan mereka. Uruskan mereka supaya tidak kesini lagi usir mereka pergi.."

"Baik Datin Sri.." Beberapa orang bodyguard suruhannya sudah melangkah kearah Zizah dan Faid.

"Mama! Sudah malu orang dengar Mama jangan rendahkan martabat orang lain walaupun dia teruk macam mana sekali pun Ma.." Fatihah terus memujuk sang ibu yang lagi beremosi sejak tadi.

"Betul tu. Zizah tetap adik kami Mama.." Fathia juga tidak setuju dengan kata-kata sang ibu mereka.

"Mama.. Semua ni ujian untuk kita Mama, Kalau Mama tak tenang macam tu juga lah kami semua kat sini."

"Papa masih ada dekat dalam tu Ma.." Azfar sudah menangis sejak tadi.

Mereka sekeluarga sudah buntu akal dengan ketegasan sang Ibu.

Sang menantu tak pernah melihat Kaila setegang ini walaupun dalam apa keadaan pun. Tapi ini seperti nya Kaila sudah menunjukkan sisi dirinya yang sebenar kepada anak-anak dan menantu.

"Betul tu Mama. Bawalah bertenang dulu ya Insha Allah semua pasti baik-baik saja.." Hasrizal juga cuba memujuk ibu mertuanya.

"Banyak-banyak kan berdoa ya Mama. Insha Allah Papa pasti sihat semula." Daniel kepada suami Fathia juga turut menyampuk perbualan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience