°EPISODE 20°

Fantasy Completed 149830

Sandra mengeluarkan fhone dari poket seluar belakang. Lantas dia berjalan ke arah Zizah yang lagi minum bersama Tengku Zafran dan Amalina rakan niaga mereka.

"Seri.. ada pesanan.." Sandra sedikit berbisik ditelinga Zizah.

"Ouh.. thanks.." Zizah mengambil fhone ditangan Sandra dan perempuan itu kembali ke belakang sedikit jauh dari perbincangan itu.

"Dari siape ni..?" Zizah terus membuka whatsapp terbutang matanya bila gambar yang mengairahkan itu terpempan di matanya.

(Sabar Zi.. sabar.. kau dengan dia tak ada hubungan apa-apa dah.. biarkan dia dengan dunia dia sendiri, fuh sabar..)

Zizah mengambil tisu langsung di lap pada bawah matanya perlahan.

Zaaf hanya memerhati lagak Zizah sedikit lain macam matanya melirik pada susuk tubuh itu sekali. Dia dan Amalina sedang membincangkan perkara penting.

Jam di dinding menunjukkan sudah 12 tengah malam.. Faid membuka kasut lalu diletak atas rak kasut seperti biasa.

Jam tangan diperhati kejap lalu dengan langkah beberapa tapak kejadian tadi bermain di dalam memori otaknya perlahan-lahan.

Ia tersenyum lagi.

"Berani betul kau sekarang Id..? Baguslah tu Faid. Kau masih muda handsome pula tu tak salah main perempuan sana sini kan..." Ia tergelak lagi seperti orang sedang di lamun cinta.

"Aku puas hidup macam ni.." Ia menapak naik terus ke biliknya di tingkat atas.

"Kau baru balik Id..?" Alin bercekak pinggang dibelakang Faid.

"Hurm kenapa.?" Faid membuka tali lehernya dia rimas dengan tali itu terjerut bagai anjing.

"Lewat balik..? selalu tak lewat sampai macam ni sekali.. Kenapa.. bergaduh dengan Zizah lagi hurmm...?" Alin mendekat

"Tak pun... Dia sentiasa busy, Macamlah duit tu boleh bawa masuk kubur! Bosan..." dia kembali berjalan ke ruang tamu rumah ia duduk disitu.

"Sudah nama pun anak menteri memanglah dia sentiasa sibuk Faid..!! Kau pun sibukkan..? Takkan dah berkawan lama tak kenal hati budi masing-masing lagi.." Alin duduk disebelah Faid.

"Kenal Mak.. kenal sangat..!! Zi tu jenis pendam dan pendendam.. dia takkan bersuara selagi kita sendiri tak cerita dekat dia. Lepas tu mogok!! pening ar.." Baju kerjanya dibuang atas meja.

"Dah setahun kenal.. takkanlah baru sekarang baru nak pening nak boring bagai..? Faid.. kau kena fikir sama.."

"Zizah tu takkan buat hal kalau kau sendiri tak cari pasal dengan dia tau." Alin bangun dan melangkah pergi tinggalkan Faid disitu terkebil-kebil sendiri.

"Mana Mak tahu dia takkan buat hal kalau bukan semua benda tu punca dari Id ni..? Dia tu cuma ada gelaran saja, Padahal dia dengan pelacur diluar sana tu sama saja darjatnya.. Mak."

PLAKK

Terdengar bunyi itu sangat nyaring. Faid tergamam terus bila Alin menampar wajahnya..

"Kau dah melampau Id..!! Cukup melampau.. aku ni bukan nak masuk belah sesiapa tau tapi mulut kau tu dah lancang sangat!"

"Hahaha. Mak nak bela dia..?"

"Kau tak fikir ke siapa selamatkan kau dulu...? Otak kau tu dah dibuang ke mana huh.." Alin mencengkam kelima-lima jarinya tanda kemarahan dihati sudah memuncak.

"Melampau...?" Faid terus bangun dari duduknya.

"Ni masalah Id Mak.. So mak tak payah masuk campur please.. lantak dialah.. perempuan semua sama! Menyusahkan." Faid terus meluru naik ke bilik.

"Ya mak tahu ini masalah kau! Tapi Zizah tu tunang kau Id. Kenapa kau jadi macam ni..?"

"Ini semua salah Zizah mak. Salah dia!"

"Kalau dia salah betul kan! Bukan kau buat hal macam ni Id. Jangan kau lupa siapa kau sebelum ni sebelum kau berjumpa dengan Zizah tu."

"Id tak peduli siapa dia tu mak. Tak jadi kudis pun buat Id selama ni kalau mak nak tahu Id memang dah muak dengan dia."

"Hahaha. Muak dengan perangai gedik dia tu dia fikir Id ni senang-senang boleh di perbodohkan ke? Dia silap banyak mak.." Faid segera naik ke bilik.

"Kau akan menyesal Id..!! sumpah kau akan menyesal nanti.." Alin membungkam sendiri serius Faid sudah tak menghormati dirinya lagi.

"Alin.." Fendy menghampiri Alin dia memberi fhone yang sudah tersedia video tersebut.

"Apa ni abang?.."

"Kawan Id bagi kat abang. Rupanya Id langgan pelacur dekat karaoke semalam.."

"Pelacur..? Astaghfirullah hal azim.." Alin terduduk airmata sudah membasahi pipi.

"Abang rasa mungkin Zizah dah tahu hal ni.."

"Habis tu macam mana dengan keadaan kita nanti bang..? Macam mana kalau Zizah ambil semula harta-harta yang dia bagi dekat Id selama ni.."

"Zizah tu budak baik Lin. Dia tidak mungkin.. Maksud abang dia mungkin takkan berkira dengan kita."

"Id memang anak tak tahu untung! Lin nak jumpa dengan Zizah nanti.." Alin terus menuju ke dapur.

Alin dan Fendy berjalan ke ruang kerja yang di tempatkan Zizah di dalam sana. Mereka harus bertemu dengan pemilik syarikat itu.

"Assalamualaikum cik.." Alin dan Fendy sama-sama memberi salam pada Chacha.

"Iya.. Waalaikumsalam. Ada apa Tuan/Puan.." Chacha tersenyum lebar melihat kedua-dua orang di hadapannya.

"Sri Azizah ada tak..? Cik kenal kami berdua bukan." Alin tersenyum lebar.

"Ouh itu.. Sri ada tapi Puan dah buat temujanji ke sebelum ni..?"

"Belum. Tapi ini mengenai anak-anak kami.." Fendy memerhati kearah Chacha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience