°EPISODE 33°

Fantasy Completed 149830

Sudah seminggu Laila berulang alik ke umah Latifah. Dia masih belum dapat jawapan dari semua yang dia lihat sebelum ini.

Dua hari lepas dia dapat khabar angin mengatakan Zaini sudah pun bernikah dengan wanita bergelar janda.

Tetapi wanita dari luar bandar.

(Tak guna! Janda juga yang kau cari aku pun janda! Bekas tangan kau juga Zai..) Bibirnya di kertap berkali-kali.

Ia masih mencari jawapan sendiri.

"Pelik! Kenapa kau tak pilih aku saja untuk di jadikan isteri kau semula Zai..?"

"Sebab kau tu bukan perempuan baik-baik, Laila." Haida mencebik bibir.

"Aku bukan perempuan baik-baik? Habis tu isteri Zai tu perempuan baik-baik ke tah-tah lagi teruk dari aku ni tau.." Laila mengepal penumbuk.

"Mungkin Zai nampak perempuan tu baiklah kot. Sebab tu dia jadikan janda tu sebagai isteri dia." Haida menambah bara di hati Laila.

"Tah-tah cantik kot. Lainlah macam kau tu sekali make up tebal baru nampak tone.." Latip menjongket kening dengan senyuman sinis di beri.

"Hahaha. Mungkin isteri Zai cantik tu, yelah sampai sekarang aku langsung tak nampak mana isteri dia tu.." Fauzi melihat kearah Laila dan Haida.

"Kena kurung sebulan ler tu sedap, Hahaha.." Dinda gelak mengekek

"Aku balik dulu lah benci borak dengan korang ni. Menyampah!!..." Ia cepat-cepat melangkah kaki ke kereta.

Pintu kereta di tarik sekuat hatinya.

Ia masuk ke dalam kereta semula lalu pintu kereta tadi di hempas sekuat-kuatnya sehingga bergegar kereta itu.

"Argh!! Zaini! Engkau memang kejam!!!."

"Geng, Laila meroyan tu.." Fauzi menggeleng kepala.

"Biarlah dia, Sebelum ni dia berlagak sangat! Dah ada suami tapi nak juga cari jantan Bangla. Sedih!!" Dinda duduk di tepi dinding pondok.

"Hahaha memang elok sangat dengan muka dia tu." Latip terus membaringkan kepala di atas peha Haida.

"Korang jangan buat projek kat sini pulak." Dinda memberi amaran siap-siap pada Latip dan Haida di situ.

"Hala!! Nak tunjuk alim konon belah lah kau.." Latip terus menedang punggung Dinda dari belakang.

"Bodoh siak!!!.." Cepat-cepat Dinda ambil selipar Latip lalu di baling betul-betul mengena dahi lelaki itu.

"WOI! Ah celaka.." Latip terus bangun dari baring atas peha Haida.

"Hahaha wuuuu rasakan.. Werkk wa cau dulu lah mak panggil.."

Laila terus keluar dari kereta. Ia berjalan tergesa-gesa dengan airmata panas ke depan rumah Zaini.

Dia harus buat perhitungan dengan lelaki itu.

"Abang! Keluar..."

"Abang!!!"

"Abang Zai!!!! Kau keluar sekarang.."

"Ada apa ni Laila..?" Latifah terus berlari mendapatkan Laila di depan pintu.

"Mak! Mak cakap jujur dengan Laila. Zaini dah berkahwin ke bukan.? Cakaplah!!!.." Di goncang bahu wanita itu dengan kencang.

"Mana kau tahu ni..?"

"Orang tahulah! Orang ni masih sayangkan Zaini! Dia cinta pertama Laila, mak.."

"Hahaha. Kau ni jangan meroyan dulu lah Laila." Latifah menampar bahu Laila dengan kuat.

"Cakaplah!! Apa Zaini dah berkahwin ke..?"

"Siapa cakap si Zai dah berkahwin huh? Siapa bagitahu kau! Mak ni duduk sekali dengan Zai pun tak tahu apa-apa."

"Kau jangan percaya sangat. Entah betul ke tak diorang cakapkan tu.."

"Isk.. Jadi abang masih menduda ke mak.? Laila masih ada harapan untuk dapatkan abang Zaini, Kan!!.."

"Kau kena goda dia semula kalau kau nak dapatkan Zaini tu. Mak yakin dalam hati dia masih ada nama kau, Laila.."

"Isk.. Laila sayangkan abang. Laila boleh jadi gila kalau abang dah berpunya tau mak, Isk Laila akan goda abang semula isk.." Ia tersenyum dalam tangisan.

"Sudah! Kau balik sana mak nak ke kebun kejap nak kutip kelapa. Balik ya.." Latifah terus meninggalkan Laila sendirian di situ.

"Eeeih, jahatnya akak Laila.."

"Shhh.. Diam-diam nanti kak Laila dengarlah.." Kembar kakak terus menutup mulut si adik.

Sedang Laila menangis tak henti-henti di dalam kereta. Zaini langsung tak fikir apa-apa pun. Ia hanya mahu bahagia kan Sofia.

Sesekali dia mahu gembirakan hati Sofia tak salah. Sofia sudah sah menjadi isterinya surat-menyurat pun sudah bertukar milik sah mereka.

Seutas rantai tangan dan dua bentuk cincin di depa depan Sofia.

"Cuba lah yang ni, Fia.." Zaini memerhati kearah wajah pucat Sofia tanpa sebarang make up itu.

Jika di lihat agak polos dan lugu orangnya. Tapi disebalik wajah siapa yang tahu tentang wanita itu.

"Untuk mak ke..?"

"Hm. Kalau untuk mak, aku bawa mak ke sini tapi sekarang ni cuma kita saja yang ada. Cubalah.." Kali kedua Zaini cuba nasib.

"A-aku tak berani nak cuba. Rosak barang kemas ni nanti aku takde duit Zai.." Sofia terus melangkah kaki keluar dari kedai hiasan emas itu.

"Fia.. Tunggu.."

"Apalagi..?"

"Aku nak beli untuk kau sebagai hantaran perkahwinan kita beberapa bulan lepas. Tengoklah jari kau yang kecik ni cuma ada satu cincin saja.."

"Satu ni pun jadilah Zaini. Sekurang-kurangnya cincin ni masih jadi hak aku dan kau masih suami aku, jika nanti kita berpisah aku serah semula cincin ni pada kau."

"Sofia! Kau faham tak apa yang aku buat ni?"

"Tak! Aku tak nak faham apa-apa pun Zai. Cukuplah kau dah belanja baju tidur ni terima kasih.." Sofia terus berjalan jauh dari Zaini.

Dia serik dengan kata-kata kesat dari Latifah.

Sofia menunggu kelibat Zaini di tepi pintu keluar parking kereta di tingkat bawah.

"Hahaha.."

"Bodoh lah korang ni. Hahaha.."

"Wey awek melayu siot.."

"Cantik siot lekuk body dia. Hahaha.."

"Hahaha, Hi.."

"Sorang je ke adik manis..? Nak abang temankan.."

Sofia terus gementar sendiri melihat mereka melangkah kearahnya. Apa yang dia ingat hanya Zaini tapi mana suaminya sekarang.?

"Eh korang ni asal! Gile ke..?" Selangkah demi selangkah ia berundur ke belakang.

"Woah! Melawan.."

"Hye jangan dekat! Kalau tak.."

"Kalau tak apa adik cantik,? Jangan kedekut sangat nanti awak yang rugi tau.." Mereka hampir-hampir mengepung tubuh Sofia.

Belum apa-apa Sofia sudah lari ke dalam semula. Barang-barang yang di bawa tadi di buang ke tepi.

Sekarang apa pun yang terjadi ia hanya mahukan Zaini saja.

"Zaini. Tolong....!!"

"Hye, jangan lari!!!!.."

"Zaini, Isk Zaini tolong!!!.."

"Kejar weyyy.. jangan sampai perempuan tu lari jauh."

BUK

Sofia terus terlanggar seseorang.

"Zzza.. isk.." Mengeletar tubuhnya bila ia berdiri kaku di dalam pelukan seseorang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience