°EPISODE 40° [ AKHIR ]

Fantasy Completed 149830

Sekembalinya Sri Zizah dan lain ke Malaysia. Beberapa barangan sempat di beli jadi mereka terpaksa turuti semuanya yang di sediakan oleh juru penerangan antarabangsa.

"Lagi dua jam kita akan sampai di Malaysia Sri." Dewi masuk ke sebuah ruang khas Zizah.

"Baik lah, I nak rehat kejap."

"Apa Sri masih rasa sakit? Aku boleh bawakan ubat atau apa-apa saja yang Sri mahukan." Dewi mendekati Zizah.

"Tidak. I cuma nak rehat sikit masa lagi. You boleh keluar dulu." Zizah memejam mata.

"Baik lah aku keluar dahulu, jika mahu apa-apa silakan panggil saja." Dewi segere keluar.

"Hm.." Perlahan-lahan pernafasan Zizah mengendur.

Zizah bermimpi bertemu dengan seorang lelaki kacak yang lagi tersenyum lebar padanya.

Ia mengenali lelaki itu.

"Baby.." Lelaki itu hanya senyum tak pula ia bersuara.

"Baby Faid..?" Zizah segera berlari mendapatkan lelaki tinggi itu.

Ia sangat merindui lelaki tinggi kurus itu selama ini. Hanya di dalam mimpi mereka sering bertemu dan bertanya khabar.

"I love you so much Faid. You tahu tak kita dah lama tak berjumpa."

"I miss you.." Zizah mengedik manja di depan lelaki itu.

Lelaki itu hanya mengangguk kepala sambil memeluk tubuh Zizah.

"Mari kita pergi."

"Pergi ke mana Baby.?"

"Kita pergi ke syurga." Lelaki itu terus memegang lengan Zizah dengan senyuman merekah.

Mereka berdua berjalan ke satu tempat di mana tempat itu sangat luas dan, di penuhi kepulan asap putih tebal.

"Jauh tak ni. Baby.?"

"Tidak."

Dewi, Diandra menangis tak henti-henti ketika detik nadi Zizah tidak bernada lagi.

Zaini memakai Spek mata hitam.

Ia turut menangis atas pemergian Zizah yang sudah sihat. Tetapi dalam perjalanan pulang ke Malaysia.

Zizah sudah mengakhiri hidupnya sebelum ia bertemu dengan ahli keluarga yang lain.

"Sri.. Kembali lah."

"Jangan bergurau macam ni Sri."

"Kami perlukan Sri."

"Kami sayangkan Sri. Kami tak mahu majikan lain tolonglah jangan main-main."

"Please.."

"Sri.."

Zaini membuat panggilan kepada ahli keluarga Zizah di luar.

Ia tak tahan mendengar rakan-rakannya memanggil Zizah begitu.

"Helo Zaini."

"Ehem. Helo Datin, Asalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Kamu semua balik pukul berapa ni.?" Kaila kedengaran gembira.

"Lagi dua jam, Datin. Datin saya nak cakap satu benda dengan Datin. Saya harap Datin bawa bersabar dengan berita ini ya. Saya minta maaf."

"Haha. Kenape ni? Cakaplah saya dengar ni."

"Datin.."

"Ya."

"Sebenarnya, Sri Zizah sudah meninggal dunia setengah jam tadi." Zaini mengesat kelopak matanya.

"Hahaha. Kamu jangan main-main saya pecat kamu nanti."

"Helo. Zaini.. kamu gurau sajakan tadi.?"

"Tidak Datin."

"Allahuakbar." Kaila sudah jatuh pengsan kerana kabar berita yang di sampaikan Zaini.


Mayat Zizah sudah di masukkan ke hospital. Kaila menangis tak henti-henti kerana ia tak sempat untuk berjumpa dengan anaknya yang sudah sihat.

Mereka sudah merancang untuk bawa Zizah pulang ke kampung, mereka mahu Zizah membuat rawatan di sana.

Tetapi.

Kepulangan Zizah membawa duka kepada ahli keluarga yang lain.

Termasuk Sofea juga.

"Saya tak harapkan anak kite sembuh Hubby, Saya lebih rela dia sakit di pangkuan saya."

"Sabar sayang, bawa bersabar banyak-banyak ini sudah takdir." Pujuk Tan Sri Syahmie.

"Ya Allah."

"Kembalikan anak hamba."

"Kembalikan dia kepada kami. Kami tak restui kau mengambil ia dari kami.."

"Mama.. jangan cakap macam ni Mama."

"Mama tak redha."

"Mama."

"Cukup Ma, cukup." Mereka bertiga memeluk erat tubuh Kaila.

Tan Sri Syahmie terduduk di kerusi dewan bedah.

Ia cuba redha dengan ketentuan yang di beri tetapi Zizah tetap anak kesayangannya. Ia melebihi Zizah dari segalanya.

Tetapi ini yang dia dapat.

•TAMAT•

SELESAI.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience