EPISODE 06

Fantasy Completed 149830

Hujan lebat membasahi bumi tak terasa pertunangan Faid dengan Zizah sudah masuk lima bulan.

Kehidupan mereka berdua sangat di senangi oleh masyarakat sekeliling.

Walaupun kehidupan Faid sedikit berbeza dengan Zizah, Perempuan itu tetap memilih Faid sebagai teman hidup saat ini..

"Hi morning Mami.." Zizah turun dari tangga atas.

Ia berlari anak mendapatkan Maminya yang sedang mengarah bibik mereka mengubah pasu bunga di letak ke tempat lain.

"Hey, Morning.. awal bangun nak ke mana ni Zi..? Hujan pula tu dekat luar.." Datin Kaila memeluk tubuh Zizah sekejap.

"Nak pergi beli cincin.. tapi itulah hujan dari pagi tadi lagi Zi rindu Faid, Mami.." Ia terus mencium pipi Maminya.

"Rindu.. rindu.. Faid tak ke mana pun Zi.. sayang sangat eh dengan si tunang tu.." Datin Kaila memuncungkan bibir.

"Hehe.. dia jelah dapat buka pintu hati Zi ni Mami.. takde orang lain dah"

"Asebab itu lah Zi tak boleh lepas Faid pada orang lain lagi." Dia terus berjalan ke slidedoor hujan lebat diperhati lama.

"Habis tu Sofia dengan keluarga dia macam mana..? Everything okey tak.." Kaila menepuk belakang tubuh Zizah.

"Hm entah..!! Papi cakap jangan ganggu diorang dah.. sebab, Papa Sofia muflis teruk.." Ia melihat ke kolam renang.

"Papi you tu tak suka ada masalah.. lagipun kita ni orang berpengaruh tak elok kalau you asyik cari salah keluarga diorang, Zi." Pujuk Kaila lagi.

"Heh.. memang itu yang I nak Mami..!! Mami tak ingat ke kejadian menimpa Faid tahun lepas..? Dia hampir-hampir bunuh diri disebab keluarga Sofia tu Mami." Zizah monyok kan diri.

"Sudahlah tu Zi.. tak elok cari gaduh dengan orang.."

"Diorang mungkin dah insaf dengan perilaku mereka sebelum ini." Tan Sri Syahmi mendekati Zizah dan isterinya disitu.

"No.. Papi.. I takkan berpuas hati selagi Sofia tak terima akibatnya." Ia bercekak tubuh sendiri.

"Sampai bila Zi..?" Kaila mengeluh berat.

"Sampai Sofia betul-betul insaf takkan ganggu Faid lagi Mami.." Giginya dikertap kasar.

Syahmi dan Kaila meninggalkan Zizah disitu sendirian.

"Well.. permainan kita sudah mulai..!! I akan pastikan you merana Sofia. Tunggu pembalasan dari I.." Zizah tersenyum hambar.

Kamal membuang beberapa bag ke dalam rumah usang itu. Ya kehidupan mereka sudah pun berubah 360 darjah.

"Papa..!! I tak suka hidup merempat macam ni.. please lah cari kerja.."

"I ni dah berapa lama tak keluar jalan-jalan makan angin tau.."

"See fhone I pun kena jual semata-mata nak bayar sewa rumah buruk ni..!! Argh stress." Sofia menekup mulutnya sendiri

"You punya pasal lah ni..!! Seronok lingkupkan hidup orang huh puas hati you..?" Kamal mendegus geram dengan bebelan anaknya.

"You....!!! I buat macam ni bersebab tau.. Memang jantan tak guna tu mandul pun ape jer I boleh buatkan..?"

"So dia kena terima lah.." Sofa buruk disapu dengan tisu lalu ia duduk bersilang kaki.

"Hey dia ni..!! Apalah nasib ada anak macam ni.. Sofia..? buat kerja tak guna otak..!!"

"Y-you ikut perangai siapa ni.. arwah Mama you tak macam ni tau.." Ia terus berjalan keluar dari rumah itu.

"Tak ikut siapa pun.. Memang I macam ni.." Sofia memerhati sekeliling rumah buruk itu dengan pandangan jijik.

"Eeiuu.. bau ape ni..? Busuknye huwerkkk.."

"Berlagak tak bertempat..!!" Kamal mengeleng kepala perlahan.

"Ape I tak dengar..? Hey Papa you memang hilang deria bau ke..?"

"Kena covid eh.. busuk-busuk sangat tempat ni tahu tak..?"

"Jijik.. panggil bibik cepat tolong buang bau busuk tu please Papa.." Sofia keluar dari rumah dengan jengketan kaki ia geli dengan rumah berhabuk itu..

"Bibik..? Haha you bermimpi di siang hari ke..?" Kamal menjeling pada Sofia poket seluar diseluk.

"HUWERKK busuk!!!" Sofia terus memijak kaki Kamal..

ia jijik begini.

Kamal terpegun sendiri melihat beberapa unit di dalam pejabat yang sedia sempurna di sisi mata orang lain.

Semua orang sudah tahu Faid telah pun mendapat pangkat yang tertinggi di atas nama syarikat baru itu.

Siapa lagi jika bukan Zizah yang melakukan itu semua.

"Ni ke pejabat dia..? Woah boleh tahan besar gila.." Kamal memerhati sekeliling..

ruang luar penjalan kaki saja megah apatah lagi di dalam.

Zizah menghubungi Kamal untuk datang ke pejabat ada hal untuk di bincangkan.

"Baby.. betul ke apa yang you nak buat ni..?" Faid mengenggam bahu Zizah didepannya.

"Yes.. I memang nak benda ni berlaku. Kenapa you kesiankan ex bapak mertua you ke apa ni..?" Zizah menolak tangan Faid jauh darinya.

"Baby..!! Apa semua ni..?"

"Hehe.. I nak you kahwin dengan anak dia.." Zizah sudah melangkah ke sofa, punggungnya dihenyak disitu.

"No baby.. No.. I tak terima semua ni.." Faid meninggikan suara pada Zizah.

"Actually.. kenape sekarang ni I rasa you tak ikhlas dengan pertunangan kita ni Faid..?" Tajam anak mata Zizah melihat tubuh Faid.

"Baby, listen here I tak..."

"Stop'it.. I tahu you hanya pura-pura sukakan I bukan..?." Zizah menyilang tangan di dada.

"Baby !! Jangan main-mainkan I Baby.." Faid sudah meradang sendiri.

Tok..

Tok..

"Coming.." Zizah seperti tadi masih memeluk tubuh sendiri.

Faid mengundur selangkah ke belakang bila Kamal yang masuk ke dalam.

Sungguh benar tekaan Zizah, Kamal yang berada di luar sana tadi.

Ada yang belum follow ke.? Follow cepat kalau tidak buruk siku. Hahaha..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience