°EPISODE 32°

Fantasy Completed 149830

Laila bercekak pinggang di sebalik pokok pisang di belakang rumah Latifah. Beberapa orang jiran-jiran lagi memerhati kearah Laila.

Si janda Zaini.

"Tengok lah tu.." Saloma menunjuk kearah Laila.

"Terhendap-hendap dia. Aku tahu dia tengah cari si Zaini lah apa lagi."

"Dulu bukan main berlagak tapi sekarang ni tengok kalah pencuri.." Tipah mencebik bibir.

"Biasalah baya-baya di-orang masih mentah dalam rumah tangga. A ku yakin dia dah berubah.." Ndak tersenyum sendiri.

"Berubah ke macam tu..?" Tipah menjui11h bibir.

"Kita jangan sekali-kali pandang buruk orang Pah. Tak baik.." Ndak menggeleng kepala.

"Habis anak akak tu baik sangat..? Naik kereta entah apa-apa! Setiap malam pula tu." Tipah tak mahu mengalah dengan si Ndak yang lagi melihat kearah Laila.

"Dia balik dengan Grab! Kau ni Pah.. Tak baik fitnah orang berdosa tau tak..?" Ndak terus bangkit dari duduk.

Langkah nya terus di bawa ke rumah semula.

"Eleh!!! Grab konon.."

Laila mengigit kuku jari dengan kuat. Dia langsung tak puas hati dengan wanita yang sedang menjemur pakaian di bawah bangsal kereta Zaini.

Ia tertanya-tanya siapakah wanita cantik itu.

"Siapa perempuan tu eh?"

"Kakak dia ke atau adik beradik dia..?"

"Ke mak sedara dia. Tapi nampak nya lagi muda dari Zai.. jangan-jangan itu kawan-kawan si kembar tu tak.?"

"Tapi budak-budak tu jarang bawak kawan-kawannya balik ke rumah!.."

"Haish!!!... Kusut lah pikir pasal perempuan tu. Apa aku mesti pergi tanye dia terus ke sekarang ni..?"

Dari jauh dia melihat Zaini lagi membantu wanita itu menyidai pakaian.

Membulat biji matanya kerana pakaian Zaini turut bercampur dengan pakaian wanita itu.

"A-apa semua ni..? Siapa perempuan tu!!!.."

Tanpa menunggu waktu lama. Ia segera berjalan ke rumah Zaini dengan linangan airmata.

"ABANG!!!.."

"Oi katik..."

"Kau dah kenapa terjerit-jerit macam mak lampir ni..?" Sofia membuang pakaiannya ke dalam bakul semula.

"Hey perempuan!! Aku yang patutnya tanya kau!.."

"Kau siapa? Kenapa kau ada dekat sini? Kenapa baju kau bercampur dengan baju dia ni hah!!!! Jawab.." Lantang betul suaranya.

Dia tak perduli.

Beberapa orang jiran-jiran Zaini sudah menjengah di depan bangsal kereta si Zaini.

"Laila! Apa kau bising-bising dekat sini malu orang tengok ni Laila. Pergi balik sana.." Zaini terus menarik tangan si jandanya ke tepi.

Malangnya tangan si duda itu di tepis jauh.

"Abang!!.. Laila ni janda abang! Sepatutnya kita berbaik semula dan abang masuk meminang Laila. Tapi ape yang abang buat ni..?"

"Abang bawa perempuan ni duduk sekali tanpa menikah! Teruk sangatlah perangai abang ni sampaikan sanggup cari perempuan luar semata-mata sebab nafsu."

PLAK

"Kau memang kurang ajar!.."

"Abang! Tengok perempuan ni dia tampar Laila.."

"Kau siapa dik..?"

"Kami tak pernah nampak pun sebelum ni.."

"Ha'ah.. betul tu. Jangan buat maksiat macam ni dik oi ni kampung melayu, bukan kampung kafir.."

"Betul tu kami setuju.."

"Jawablah perempuan tak tahu malu!!!.." Laila mengesat pipi yang di tampar Sofia tadi.

Sakit bukan main.

Latifah tergelak jahat di dalam rumah. Dia melihat segala-galanya di depan mata.

Sungguh ia puas hati dengan kata-kata orang kampung mengutuk Sofia.

"Mak cik.. Ini sebenarnya.."

"Maaflah semuanya ya.. Ini sebenarnya anak sedara aku yang datang dari jauh-jauh sebab tulah korang tak kenal.." Latifah terus mengurut bahu Zaini.

"Mak!!.." Zaini mula panas telinga.

Dia mahu jujur dengan orang kampung yang mereka lihat ini isteri keduanya.

"Ha'ah.. I.. I anak sedara orang tua ni hehe.."

"Ha..?"

"Biar betul..?"

"Tipu lah. Kami tak percaya cakap kau.."

"Betul-betul.."

"Kalau betul kau anak sedara bekas mak mertua aku ni. Siapa ahli keluarga kau?"

"Aku kenal semuanya keluarga bekas mak mertua aku ni tau.." Laila segera mendekati Latifah.

Lalu di salam tangan tua kerepot itu.

"Mak apa khabar..?" Laila terus memeluk tubuh Latifah sambil menjelir lidah pada Sofia.

"Sihat alhamdulillah.. Jom masuk yang lain biarkan mereka pulang sendiri.." Latifah terus menarik tangan Laila ke dalam rumah.

"Baik mak.." Laila sempat menjeling sekilas pandang pada Sofia.

"Satu / kosong. Hahaha..."

"Makk!!!.. Kita kena bincang hal ni.."

"Sudah. Janda kau memang cantik patutlah mak kau masih tak boleh move on." Sofia menggeleng kepala sambil mengambil pakaian semula yang ada di dalam bakul.

Sakit hati dengan perangai si mertua.

Dasar kerepot!

"Sofia.. Kau jangan ambil hati dengan kata-kata Laila tadi tu okay.." Zaini mengurut belakang tubuh Sofia.

Dia mengharapkan hubungan mereka bakal baik-baik saja lepas ini. Sejak dia kantoi dengan Sofia sebulan lalu sudah dua bulan dia tak di benarkan langsung untuk menyentuh tubuh Sofia.

Sofia sangat tegas orangnya. Jika dia tidak mahu jangan sesekali memaksa ia memang kata 'tidak' walaupun mereka tidak bertegang urat lagi.

"Bila kau bercerai dengan janda kau tu Zai..?"

"Huh..? Erm dah lama.." Zaini mengambil beberapa helai singlet tube Sofia lalu di sangkut pada hanger.

"Cantik bertudung litup mata bulat hehe.."

"Sofia.! Cukuplah tu.." Beberapa hanger di sangkut pada ampaian baju.

Wajahnya sudah berubah dingin.

Dia tak suka jandanya jadi top topik di tengah-tengah hari rembang begini menyampah.

"Korang bercinta dulu baru berkahwin ke? Ataupun berkahwin dulu baru bercinte..? Cakap lah.." Sofia menolak bahu Zaini dengan jari telunjuk.

Dia memberikan senyuman paling manis pada lelaki itu semahu-mahunya.

"Henjut dulu baru kahwin! Puas hati kau..?" bakul pakai di rentap kasar lalu di bawa masuk ke dalam rumah.

"Hahaha.. Gigolo ke kau ni Zai..?"

"Diam lah kau!.." Sempat Zaini membaling hanger lebih pada betis berisi Sofia.

Padahal tak kena langsung.

"Hahaha.."

"Hahaha.."

"Hahaha.."

"Alahai kesiannye perempuan berhijab macam kau ni henjut dulu baru kahwin. Erkkk.." Sofia langkah kaki masuk ke dalam rumah.

Ia terus berjalan ke ruang tamu.

"Kau ni dah kenapa hah..? Gila ke!!" Laila terus bangun dari duduk di sebelah Latifah.

"Yang gilanye kau orang dua! Sama-sama otak out of the stok. Hahaha." Sofia bercekak pinggang sambil tergelak besar.

"Kau! Kurang ajar !!!! Aku tak pernah jumpa perempuan macam kau ni.." Laila bercekak pinggang.

"Memang lah tak pernah jumpa sebab kau tu perempuan kampung! Kampung.."

"Satu + satu.. Bye bye.." Sofia segera melangkah kaki ke dapur pula.

Dia mahu menyakat sang suami kaw-kaw di belakang pula. Dah lama dia simpan dendam ini.

Latifah dan Laila terus memandang wajah Sofia dengan seribu soalan.

"Eeeeeeiih mak!!.. Tengoklah perempuan tu.."

"Biarkan dia, Mak bapa dia memang tak ajar dia dari kecik sebab tu perangai dia kalah Firaun.." Latifah hanya memberi sedikit senyuman saja pada Laila.

Ada yang rindu..? Acer tonjol diri sikit..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience