°EPISODE 37°

Fantasy Completed 149830

Di satu acara sederhana di dewan hotel Seri Arwana di Kelantan.

Zizah dan seisi keluarga di undang, begitu juga dengan Zaini dan Sofea juga turut di undang bagi memeriahkan lagi majlis sambutan akikah anak Dato'Kamaruddin Asla dan sekeluarga.

"Zai.." Panggil Sofea sambil mwmbontoti suami.

"Hm kenapa?." Zaini menggenggam erat tangan Sofea di dalam dewan itu.

Takut kehilangan isteri mungkin.

"Itu bukan Zizah ke.? Aku dah lama tak dengar khabar angin tentang diorang."

"Jadi.?" Zaini menolak tubuh Sofea ke tepi dinding.

Pandangan matanya sudah mengecil.

"What.?"

"Aku tak suka kau ambil kisah tentang diorang lagi. Sebab kau bukan sesiapa pun faham. !!"

"Zain. Orang ramai ni, Behave sikit lah. Diorang kenal ahli keluarga aku Zaini. !!"

"Tahu. Sebab tu aku nak ingatkan kau jangan sesekali buat kecoh dekat sini kalau tidak kita balik sana." Zaini menarik tangan Sofea ke tempat duduk.

"Zaini."

"Apa."

"Kau sayang aku tak.?"

Zaini segera beralih wajah pada sang isteri. Dia mengecam tingkah laku Sofea sekarang ini, tiba-tiba tanya soalan pelik padanya.

"Sayang tak.?" Sofea yang mengenakan pakaian batik terserlah kecantikan kulit dan wajah Sofea.

"Sayang." Zaini beralih wajah kearah lain.

"Huh? Ape aku tak dengar, cakap lah kuat sikit Zai." Sofea menggenggam erat lengan Zaini.

"Sayang. Aku sayangkan kau. Puas.?"

"Ha cakap terus macam ni bukannya susah pun."

"Sebenarnya aku mengandung Zaini. Ini testimoni aku selama." Sofea memberi barangan kecil itu kepada Zaini.

"I-ini..?"

"Ya. Aku mengandung."

Panas mata Zaini setelah ia melihat garis dua di batang kecil itu.

"Bila kau beli.. Isk benda ni..?" Suaranya sudah tenggelam timbul.

Zaini benar-benar terkejut dengan berita Sofea sampaikan kepada nya.

"Aku suruh Adik kembar belikan yang murah saja, sebab aku dah lama tak datang period."

"Kau suka tak.?" Sofea menoleh pada Zizah yang lagi duduk berhadapan dengannya.

"Terima kasih Fia. Terima kasih sebab kau sudi mengandungkan anak aku."

"Hm." Sofea tersenyum lebar sambil memeluk lengan Zaini.

Zizah mula tak selesa bila bertatapan mata dengan Sofea.

Ia mengambil langkah keluar dari dewan. Zizah berjalan ke tandas yang tak jauh dari Dewan tadi.

Sofea juga bangun, ia mengekori langkah Zizah ke tandas juga.

Ia masih berdendam dengan Zizah selama ini.

Jika boleh dia mahu buka aib Zizah sepenuhnya di dalam dewan, depan semua orang yang mengenali keluarga Zizah.

Tetapi dia mempunyai rancang lain.

PRAK.

Sofea mengunci pintu tandas.

Dia berjalan ke ruangan depan cermin. Ia membersihkan tangan dengan pencuci sabun di tepi cermin.

CLACK.

Zizah keluar dari tandas.

Ia mendapati Sofea sudah ada di depan cermin, langkahnya diatur ke depan cermin.

"Hi Sri Zizah how are you today.? Bahagia tak tu.?" Sofea melambai tangan dari arah cermin saja.

"Kau dah kenapa?!." Zizah membersihkan tangan serta mengambil tisu di tepi dinding.

"Oh tak ade apa aku cuma nak tahu kau dah sihat ke belum lepas balik dari rawatan khas tu. Haha ops." Sofea tergelak tahan.

"Aku sihat saja, cuma kau yang sakit." Zizah berjalan pergi meninggalkan Sofea.

"Nanti dulu. Zizah !!." Sofea pantas menarik bahu Zizah dari tepi.

"Kau nak apalagi.? Masih tak cukup dengan Zaini, Sekarang kau nak cari jantan lain ke.?" Zizah menolak tangan Sofea menjauh.

"Aku sebenarnya kesiankan kau Zizah. Sebab Faid tak setia pun dengan kau selama ni."

"Dia curang di belakang kau Zizah." Sofea terus memeluk tubuh Zizah.

"Aku lagi mengandungkan anak dia, Zizah." Sofea tersenyum lebar.

Kaku segala sendi Zizah dengar semua kata-kata dari Sofea.

"Sudah lama aku nak cakap semua ni tapi aku takut kau tak percaya, Malam tu kami tidur bersama setelah kau dan Zaini tengah bersedap di dalam toilet." Semakin kejap Sofea memeluk pinggang Zizah.

"Dia tak sudi pun nak pandang muka kau selama ni tapi di sebabkan duit dan kau sangat kaya raya, so dia terpaksa saja."

"Dia terpaksa turuti semuanya. Kejam bukan.?" Sofea melepaskan pelukan di pinggang Zizah.

Ia menjarakkan diri.

"Aku harap sangat kau berpisah sajalah dengan Faid tu. Zizah dia lelaki tak guna."

"Lepaskan dia. Cari lelaki lain yang standard dengan kejayaan kau Zie."

"Ya." Sofea menepuk bahu Zizah sebelum ia melangkah kaki pergi dari depan Zizah.

"Sebenarnya Zaini pun bukan lelaki baik dan setia, Sofea." Zizah tersenyum puas.

Segala sendi Sofea menegang.

"Sebelum kau berkahwin dengan dia, sebelum dia berkahwin dengan Laila dia bodyguard aku dulu."

"Aku tak percaya kata-kata kau Zizah. Kau memang psiko !!"

"Apa kau nak sebenarnya huh. Cakap." Suara Sofea sudah meninggi.

"Kami dah bersama selama sepuluh tahun lepas. Sedangkan kau.?! Hahaha."

Zizah dan Sofea serentak bersemuka.

"Aku tak nak apa-apa pun. Cuma aku nak cakap saje, Zaini tu benar-benar sudah kotor di tangan aku."

"Cakap saja lah apa yang dia tak tahu. Heroin? Shabu? Vita R.? Dragon? Hm.."

"K-kau.. !!!"

"Nanti. Aku baru cover depan kau dah menggelabah."

"Aku tak buka cerita di atas katil lagi. Kau memang benar-benar mengelabah Sofea."

"Kau langsung tak berubah, Sofea." Zizah berjalan selangkah demi selangkah kearah Sofea.

"Zizah. Jauh !! Jangan dekat jangan !!." Sofea sudah mengundur diri jauh dari Zizah.

"Aku bukan perempuan yang suka cari publisiti murahan seperti kau Sofea."

"Hidup dalam ketakutan diri sendiri. Berubah lah Sofea sebelum tuhan ubah hidup kau tu." Zizah segera beredar dari situ.

Malas betul dia nak berlawan mulut dengan Sofea.

"Aku mengandungkan anak Faid, Zizah !!"

PLAK

"Kalau benar kau mengandungkan anak dia. Maksudnya kau juga terkena jangkitan kuman HIV."

"Selamat ya." Zizah segera beredar pergi dari toilet.

Zaini yang lagi berdiri tak jauh dari tandas wanita tadi turut tercengang kerana melihat Zizah keluar dari sana.

"Zie.." Zaini mendapatkan Zizah.

Dia memeluk tubuh Zizah yang masih sama, cantik dan seksi seperti dulu.

Cukup sempurna apa-apa yang Zizah gayakan selama ini di tubuhnya. Sesuai.

"Zain.?! Cari Sofea ke?" Zizah tersenyum seperti biasa.

"No. I cari you Zie. I miss you.." Zaini memeluk tubuh Zizah dengan erat.

Sungguh dia rindukan kenangan mereka dulu, kini dan selama-lamanya.

"Jangan dekat Zaini. Setialah pada Sofea. Tolong jauhkan diri dari I. Bye." Zizah menggeleng kepala sambil menolak tubuh Zaini menjauh.

Dia terlalu penat dengan drama yang tak sudah-sudah ini.

Ia mahu hidup tenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience