BAB 7

Other Completed 4028

Aku dan Syafa sama-sama terkedu. Berkali-kali aku melihat mesej di skrin telefon. Benar, memang ia bukan mimpi! Muaz sudahpun mengetahui rahsia hati Syafa! Allah..

“ Aira, apa kita nak buat ni? Mesti Syafa malu nak jumpa Muaz lepas ni..”

“ Sabar, Syafa. Muaz tak kata apa-apa pun, kan? Dia cuma mengagak. Dia sendiri tak pasti betul ke tidak, kan?”

Aku cuba menenangkan hati temanku itu. Entah di mana silapnya, suatu hari Syafa tersilap menghantar mesej yang sepatutnya dihantar kepadaku di ruang bual FB milik Muaz. Dan kini, lelaki itu cuba mengorek rahsia tentang diri Syafa daripadaku. Aku jua seperti Syafa. Terperanjat dengan semua ini!

“ Tapi, dah sah-sah memang dia tahu, kan? Siap boleh tanya, betul ke Syafa Alieya minat kat aku?” Syafa mengulang mesej yang dihantar Muaz kepadaku. Aku angkat bahu. Tidak punya jawapan untuk soalan itu.

“ Aira..”

“ Kalaupun Muaz tahu, apa salahnya Syafa? Sekurangnya, Syafa akan lega sebab dia dah tahu perasaan Syafa pada dia,” mulutku lancar berkata-kata.

“ Aira! Apa boleh cakap macam tu. Memanglah benda ni biasa. Tapi Syafa khuatir apa tanggapan dia pada Syafa lepas ni..”

“ Tak apa, Syafa. Nanti Aira minta dia rahsiakan hal ni daripada pengetahuan siapa pun termasuk kawan-kawan dia, okey?” aku memberi jaminan. Syafa angguk dalam keterpaksaan.

Petang itu, pensyarah kami tiba-tiba membuat kelas ganti. Mujurlah aku dan teman yang lain awal-awal lagi berkampung di perpustakaan untuk menyiapkan tugasan kami, jika tidak, pasti memakan masa untuk hadir ke kelas. Dewan kuliah yang mampu memuatkan 200 orang pelajar itu masih lengang. Dr. Syed sudahpun berada di hadapan. Ketika itu jugalah kelibat teman-teman Muaz, dan pastinya Aril juga ada di kelompok tersebut kelihatan dari muka pintu. Mereka mengambil tempat tidak jauh daripada kelompok kami.

“ Aril tu..”

“ Syyhh..” aku menjeling Syafa di sebelah.

Sedang asyik aku mencoret sesuatu di dalam buku sementara menunggu kuliah dimulakan, terasa ada seseorang yang memerhatikanku. Aku mengangkat wajah, dan berpaling ke arah sana. Ke arah dia yang sudah berjaya membuka pintu hatiku. Nah! Terkedu aku di saat itu. Terus aku larikan pandangan ke hadapan tatkala sepasang mataku bertembung dengan matanya yang juga sedang memandang ke arah kami. Dia juga melarikan pandangan ke arah lain tika itu. Dap! Dup! Dap! Jantung ini berlagu kencang. Allah.. apa yang aku alami sekarang ini? Tidak pernah aku alami semua ini dengan mana-mana lelaki sebelum ini. Allah.. tolong tenangkah hati ini.. Jangan biarkan debaran mengganggu diri.

“ Kenapa Aira?” soalan Nurain aku jawab dengan elengan. Tidak mahu dikesan.

“ Habis tu kenapa muka Aira merah je?”

Nah! Di situlah kelemahanku. Kata teman-temanku, wajahku tidak akan mampu melindungi apa yang ada dalam fikiranku. Semuanya akan terserlah di saat itu. Saat aku berkecil hati, marah atau sedih. Wajahku akan muram. Dan jika aku malu, pasti wajahku akan berubah menjadi kemerahan. Aduh!

“ T.. tak ada apa-apa..!” aku tunduk. Allah.. getaran ini benar-benar menggangguku.

Usai kelas jam 7.30 malam, kami berlalu ke surau. Aku hanya menunggu di luar memandangkan aku mendapat cuti. Saat itu juga Aril dan teman-temannya melintas kawasan yang aku duduki untuk ke surau lelaki yang terletak berdekatan. Aku hanya mampu tunduk. Tidak sanggup rasanya bertentang mata setelah eksiden sebentar tadi.

“ Aira, dah! Jom balik!”

Mendengar kata-kata Fatiha, aku bangkit dari duduk dan menyertai mereka. Kami harus melalui surau lelaki jika ingin ke pintu utama. Ketika itu, Aril dan temannya juga sudah selesai mengerjakan ibadat wajib itu. Segan terasa untuk melintas di situ, tetapi memandangkan hanya itu jalan yang ada, aku gagahi diri. Sekali lagi, aku tunduk memandang lantai saat terperasan pandangan mata Aril ke arahku. Tetapi, kali ini aku berusaha menidakkan dengan mengatakan bahawa dia sebenarnya melihat ke arah Syafa. Ah, pandai sungguh aku memujuk hati!

“ Aira, Aira..” aku berpaling ke arah Nurain.

“ Kenapa Ain?”

“ Aira.. tadi kan.. Ain perasan Aril duk pandang Aira..”

Aku tersentak. Syafa di sisiku jelas terkejut. Nurain pula dengan wajah seriusnya. Mungkin untuk meyakinkan kami yang dia berkata benar.

“ Hahaha. Biar betul Ain ni. Nak buat apa dia pandang Aira?”

“ Manalah Ain tahu. Pergilah tanya dia kenapa dia pandang Aira..” selamba sahaja jawapan yang keluar dari mulut gadis tinggi lampai ini.

“ Bila Ain nampak?”

“ Baru je tadi. Time kita lalu depan diorang,”

Nyata, mataku tidak menipu. Memang benarlah dia memandang aku tadi, dan aku yang malu, terlebih dahulu menundukkan wajah. Ya Allah.. apakah maksudnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience