BAB 10

Other Completed 4028

Syafa dan Muaz mengambil keputusan untuk berkawan sahaja. Itu yang dikhabarkan Syafa sendiri kepadaku. Kata Syafa, Muaz belum bersedia untuk punya hubungan cinta, dan seandainya jodoh itu milik mereka, pasti mereka akan bersama juga nanti suatu hari. Tetapi, daripada kata-kata itu, aku dapat merasakan yang Muaz juga sebenarnya punya perasaan yang sama kepada Syafa, mungkin kerana dia belum bersedia yang menyebabkan dia mengambil keputusan seperti itu.

Aku dan Aril? Kisah kami masih belum menemui titik noktahnya. Sehingga kini, aku sendiri tidak pasti akan perasaannya kepadaku. Tetapi, khabar yang dititipkan Muaz buatku ialah Aril sudah berpunya. Entah.. Aku sendiri tidak pasti dengan tingkahnya sebelum ini. Cuma..aku hanya mampu berharap yang terbaik untuk kami. Andai Allah menetapkan hubungan kami juga akan terjalin seperti mana Syafa dan Muaz, aku terima seadanya. Itulah yang aku belajar tika hati mula terbuka untuk jatuh cinta lagi. Masa laluku sudah lama berlalu. Masa silam yang penuh dengan kisah duka, yang membuat kepercayaanku kepada lelaki pudar. Tetapi, pertama kali mengenali Aril, hatiku yang tertutup rapat untuk menerima cinta, terbuka kembali. Mungkinkah ia petanda? Atau hanya dugaan Allah dalam menguji keimananku cuma? Yang pasti.. aku akan terus setia menanti. Menanti sehingga Allah hadirkan bakal imamku. Dia yang bakal menjadi pemimpin buat keluargaku. Yang bakal menjadi abah buat anak-anakku. InsyaAllah.. bila tiba masanya nanti, akan aku hulurkan kisah bahagia kami untuk dikongsi bersama.

“ALLAH.. seandainya telah Engkau tetapkan bahawa dia tercipta untukku, aku pohon, satukanlah hatiku dengan hatinya di bawah lembayung rahmatMu. Aku pohon, KAU limpahkan jua kurniaMu kepada kami. Peliharalah hati kami agar kami tetap mencintaiMU lebih dari segala-galanya.. Tetapi.. andai telah Engkau tetapkan bahawa dia bukanlah insan yang tercipta buatku, aku pohon, jauhkanlah hatiku dari terus mencintai dirinya. Peliharalah hati kami agar kami tidak terjatuh dalam lembah cinta pura-pura. Peliharalah jiwa kami sehingga hadirnya dia yang tercipta buat kami dalam membawa kami menuju ke syurga cintaMu, ya Rabb..”

Aku akan terus berdoa, kerana dengan berdoa dan bercerita dengaMU ku merasa dekat padamu Ya Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience