BAB 6

Other Completed 4028

Semenjak aku suarakan tentang Aril kepada Syafa, perasaanku kian tak tentu hala. Entah kenapa, aku rasakan perasaanku kepada lelaki itu kian dalam. Kata Syafa, mungkin kerana selama ini aku memendam sendirian. Dia juga merasakan perkara yang sama setelah rasa hatinya tentang Muaz disuarakan kepadaku. Tetapi.. aku sememangnya tidak mahu perasaan ini kian dalam. Aku takut kecewa. Ya, mungkin Aril tidak tahu tentang perasaanku, tetapi aku tidak langsung bersedia andai kata dia bersama dengan yang lain. Ah, pasti cemburu itu akan hadir jua, bukan?

“ Aira.. Syafa rasalah kan.. Syafa nak lupakan je perasaan Syafa pada Muaz tu,” ujar Syafa di suatu hari. Aku tersentak, tidak menjangka dia akan membuat keputusan sebegitu.

“ Kenapa pula?”

“ Sebab Syafa rasa bodoh. Bodoh sebab menyukai seseorang yang Syafa sendiri tak pasti hatinya untuk siapa. Syafa tak nak cinta Syafa tak berbalas. Sebelum perasaan cinta Syafa pada dia makin dalam, mungkin lebih baik Syafa lupakan dia.. Kan?”

Aku terkedu mendengar bicara Syafa. Seakan kata-katanya terkena batang hidung sendiri. Masakan tidak, aku juga mengasihi lelaki yang tak pernah ku ketahui rahsia hatinya. Sudah berpunya kah dia? Bagaimana keluarganya? Ah, semua itu masih tinggal persoalan bagiku!

“ Tapi Syafa yakin ke Syafa boleh lupakan dia? Syafa tahu kan, first love tak mudah untuk dilupakan? Apatah lagi first love at the first sight. Syafa, dah 10 bulan Syafa suka kat Muaz, dah 10 bulan Syafa diamkan perasaan Syafa, Syafa nak mengalah macam tu je? Kenapa Syafa tak tebak dulu hati Muaz? Mana tahu, mungkin dia pun ada perasaan yang sama??” aku cuba memberi keyakinan meski aku tahu, Muaz bukan lelaki yang mudah bercinta.

“ Syafa tahu.. tapi..”

“ Syafa, Syafa lebih tahu perasaan Syafa. Kalau benar itu yang terbaik yang Syafa boleh lakukan untuk diri Syafa, Aira tak halang. Tapi, jangan pula Syafa menyesal suatu hari nanti,”

Syafa senyum. Dia menggenggam erat jemariku. Aku membalas senyuman itu.

“ Aira pula?”

“ Maksud Syafa?”

“ Aira tak nak cuba tahu hati Aril ke?”

Aku tersentak. Tidak menjangka kisah aku dan Aril turut diheret sama dalam cerita ini. Aku hanya eleng kepala. Bukan aku tidak mahu, tetapi seperti yang aku katakan sebelumnya, aku tidak sanggup kecewa. Cukuplah aku kecewa dahulu. Kecewa dengan cinta yang tidak kesampaian. Memang Aril bukan cinta pertamaku seperti mana Muaz di dalam hati Syafa, tetapi kehadiran Aril buat aku percaya kembali pada cinta meski aku hanya mampu mengasihinya dalam diam.

“ Aira?”

“ Banyak perkara tentang diri Aril yang Aira tak tahu. Apa yang Aira pasti, Aril dah ada kekasih. Itupun lepas Aira baca post di FB dia beberapa bulan yang lepas. Aira dah cuba berusaha untuk melupakan Aril, tapi ternyata ia amat payah. Semakin Aira cuba lupakan, semakin kuat perasaan itu datang. Aira tak kuat untuk hadapi kekecewaan. Aira dah tak mahu terluka. Kisah silam Aira buat Aira takut,”

“ Aira, perasaan itu kan anugerah daripada Allah. Aira tahu kan, Aira tak boleh elak semua tu?”

“ Ya, Aira tahu. Aira masih berdoa, masih berusaha memohon pada Allah supaya Allah berikan Aira petunjuk. Jika benar Aril tu bukan untuk Aira, Aira pohon pada Allah supaya jauhkan perasaan ini daripada Aril, tapi.. jika Allah tetapkan yang Aril itulah sebenarnya jodoh yang tercipta buat Aira, Aira mohon pada Allah agar DIA peliharakan perasaan ini sampailah tiba masanya nanti,”

“ Aira nampak lebih matang bila bercakap soal cinta, “ ujar Syafa. Aku senyum.

“ Pengalaman banyak mendewasakan Aira, Syafa. Aira pernah kecewa dengan lelaki. Jadi, sekarang Aira lebih berhati-hati dengan insan bernama lelaki ini..”

“ Andai suatu hari nanti, Aril datang membawa cinta, Aira terima?” aku senyum. Tidak pernah aku memikirkan kemungkinan itu.

“ Jodoh tu rahsia Allah, Syafa. Tapi, andai Aril datang bersama cinta buat Aira, Aira pasti akan terima, insyaAllah, tapi itupun lepas dia lulus ujian daripada abah dan ummi Aira..”

Kami saling ketawa. Benar, jodoh itu rahsia Allah. Andai benar seperti yang Syafa katakan itu, insyaAllah, aku akan menerima Aril sebagai Adamku, bakal imamku. Telah aku panjatkan doa kepada Sang Pencipta segala rasa ini agar dipeliharakan hatiku, agar aku tidak jatuh cinta kepada orang yang salah lagi. Biarlah cintaku ini hanya untuk cinta terakhirku di dunia ini. Cinta buat dia yang akan memimpinku ke syurga cinta Allah yang Satu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience