BAB 4

Other Completed 4028

Semester kedua di Universiti Kebangsaan Malaysia bermula. Aku, Syafa, Fatiha dan Nurain awal-awal lagi sudah menampakkan wajah di kelas pertama kami di semester ini. Sudah pastinya riuh kelas itu memandangkan kami bersua kembali dengan rakan-rakan daripada jurusan yang sama.

“ Amboi, makin tembam aku tengok kau ni Aira. Bahagia sangat ke duduk rumah?” teguran Nadia aku balas dengan senyuman. Memang tekaannya tepat. Di rumah, aku hanya menghabiskan masa mengadap laptop, televisyen dan makanan. Jarang sekali aku bersenam. Melepaskan rindu yang mencengkam kepada rumah.

“ Wei, aku dengar prof yang mengajar kita ni skema sikit. Senior aku cakap markah dia tu teruk gak. Bimbanglah aku.. “ luah Ainun pula. Aku juga turut merasa seram. Jika benar seperti yang dikatakan, pasti coursework kami akan jatuh semester ini.

Tika itu jugalah pintu dibuka dari luar. Tergamam aku saat melihat wajah-wajah tersebut. Bagaimana mereka juga boleh sekelas denganku? Adakah ini mimpiku cuma? Jika benar ini mimpi, bangkitkan aku dari mimpi ini!

“ Hang tengok apa sampai tak berkelip tu Aira? Usyar Kayrul ke?” aku tersentak mendengar soalan Kairunnisa.

“ Mana ada! Memandai je hang ni. Aku tengok pintu tu lah..” aku pantas menutup muka dengan buku. Andai mereka tahu bahawa aku sebenarnya melihat Aril yang berada dalam kelompok tersebut, pasti aku akan dihujani dengan usikan!

Kelas akhirnya bermula selepas 10 minit menunggu kedatangan pensyarah. Profesor Aman, yang dikatakan skema itu sebenarnya penuh dengan unsur humor yang agak menyakitkan hati. Itulah pendapat aku tentang dirinya tika beliau mengajar kami pagi itu. Pasti ada sahaja yang ingin diperlinya tentang masyarakat kami, tetapi beliau turut menerangkan bahawa tujuan dia berkata sedemikian adalah untuk membuka minda kami yang seakan tertutup dengan segala cerita karut. Benarkah?

Dalam pada khusyuk menumpukan perhatian kepada Prof. Aman yang mengajar di hadapan, sempat aku mencuri pandang ke arah dia yang duduk di antara Muaz dan Kayrul. Wajah itulah yang aku rindu sejak sebulan yang lalu. Kini, peluang itu hadir untuk aku menatap wajahnya. Dia tampak semakin kacak, ditambah pula dengan kemeja berjalur disertakan dengan tie yang begitu menyerlahkan ketampanannya. Saat itu, ada getar bermain di jiwa. Terasa semuanya indah belaka. Aduh! Duhai hati.. tenanglah. Jangan ada getar dahulu!

“ Makan kat mana wei?” soal Ainun usai kelas Prof. Aman.

“ Kat kafe jom! Dah lama tak makan kat situ,” cadangan Fatiha disambut anggukan oleh semua. Kami menapak ke kafe yang terletak tidak jauh dari situ.

“ Erk.. Kat kelas muka dia, kat sini pun muka dia? Bila lah gamaknya aku tak payah menghadap muka mamat perasan handsome tu?” ujar Fatiha tiba-tiba.

“ Siapa Tiha?”

Fatiha menjuihkan bibir ke meja hujung. Di hujung sana, kelihatan Kayrul dan Afiq sedang leka bersembang. Aku membulatkan mata. Jika Kayrul dan Afiq ada di sana, pasti..

“ Korang nak tercegat depan sini je ke?” satu suara menyapa.

Kami berpaling. Aku tergamam melihat wajah-wajah di hadapan kami. Di situ juga ada wajahnya yang menjadi pujaan hati.

“ Nak masuklah ni! Jom!” ujar Fatiha. Aku pula hanya membatu di situ. Terasa kaku tika melihat dia yang tersenyum ke arah kami. Alangkah bahagianya jika senyuman itu menjadi milikku. Aduh! Sudah! Kenapa pula harus aku fikirkan semua ini di saat ini?

“ Kenapa Aira? Ada masalah apa-apa ke?” tegur Muaz. Aku pantas mengelengkan kepala. Aku berpaling untuk melihat teman-temanku. Eh, mana mereka?

“ Aira! Jomlah!” Nurain tiba-tiba menarik lenganku. Aduh, malu! Macam mana mereka semua boleh membiarkan saja aku tercegat di situ? Mengadap Aril pula!

“ Kau kenapa tercegat kat situ tadi Aira?” Aku pantas mengelengkan kepala.

“ Aku tak perasan korang dah pergi. Hehehe,” ujarku cuba menutup rasa. Getar di jiwa masih terasa.

Sekali lagi kesempatan yang ada aku gunakan untuk mencuri pandang ke arah Aril. Terubat kerinduan aku padanya meski hanya dapat menatap dia dari jauh sahaja. Aril.. andai kau tahu rahsia hatiku, mahukah engkau menerima aku yang kurang segala-galanya ini menjadi insan istimewa di hatimu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience