BAB 2

Other Completed 4028

Entah sudah berapa jam aku duduk di sini, fikiranku kosong hanya mata sahaja yang tidak memandang pemandangan yang terbentang luas di depan mata. Kedamaian menyerap ke dalam jiwa. Sudah seminggu aku berkampung di sini, dan sepanjang tempoh itu, bayangan wajahnya tak pernah lekang dari singgah di ruang mata biar kami terpisah jauh. Dia di Melaka, dan aku di kampungku sendiri. Meski aku rindu untuk menatap seraut wajah damai miliknya, namun kerinduan pada keluarga tetap membatasi segalanya. Hanya di laman sosial FB lah aku melepaskan segala rasa yang wujud buatnya meski aku tahu, dia tidak pernah sedar akan kehadiranku.

“ Angah! Kenapa termenung kat sini? Ingatkan pakwe ek..”

Soalan yang terluah di bibir comel adik bongsuku membuat aku senyum sendiri. Telahannya memang tepat, tetapi dia bukan kekasihku. Dia insan yang berjaya membuat aku percaya pada cinta untuk sekalian kalinya. Ah, cinta! Ternyata rumit daripada yang ku sangka!

“ Memandai je adik ni.. Kenapa datang? Ummi suruh panggil ke?”

“ Tak adalah. Adik boringlah.. Asyik mengadap buku je dari tadi. Bila tanya ummi angah kat mana, dia kata angah ke sawah. Tu adik datang. Nak ‘skodeng’. Hehehe,” Pipi itu aku cubit. Merungut dia tika itu.

“ Tahun depan awak tu nak exam. Mestilah nak kena usaha lebih sikit. Nanti awak rasa juga holiday macam kakak-kakak awak yang lain. Masa tu baru rindu nak study apa semua..”

Dia sudah melabuhkan duduk di sisiku. Sama-sama memandang ke arah sawah yang terbentang luas di hadapan kami. Nun di hujung sana, kelihatan beberapa ekor kerbau sedang leka bergelumang dengan lumpur. Teringat kenangan ketika aku berumur 11 tahun. Bermandi lumpur dengan teman-teman sekolah yang lain. Aisya, adikku ini juga ikut serta, dan apabila pulang ke rumah, teruk kami dimarahi ummi. Semenjak hari itu, kami tidak lagi bermain lumpur, dan hanya bermain di sekitar rumah sahaja, bimbang dimarahi lagi.

“ Waa.. tak sabar rasanya nak tunggu holiday macam tu!! Setahun lagi!!”

“ Eh.. budak ni.. Yelah, masa ni awak excited la. Cuba nanti alami apa yang along dan angah rasa, masa tu baru awak tahu langit tu tinggi ke rendah,”

“ Bukan memang langit tu tinggi ke angah? Hahaha,”

“ Aisya Suhana!”

Kami berkejaran di atas padang berhampiran dengan sawah.Terasa kembali menjadi kanak-kanak tika berkejaran seperti itu. Aku mengejar, dan dia akan melarikan diri. Mempunyai bilangan adik-beradik yang kecil membuat hubungan kami amat rapat. Tiada rahsia antara kami adik-beradik. Begitu juga dengan abah dan ummi kami. Setiap masalah yang menimpa pasti akan kami kongsikan bersama. Tetapi, dalam hubungan percintaan, kami selesa bercerita antara kami tiga beradik. Aisya pula hanya suka berkongsi denganku, mungkin kerana jarak umur antara dia dan along, Aifa Farhana agak jauh yang menyebabkan hal ini terjadi. Aku pula tidak kisah. Untuk mendapatkan nasihat, aku akan berkongsi dengan kakakku.

“ Aira Fittiya! Aisya Suhana! Buat apa kat tengah padang tu! Balik! Dah nak magrib ni!” suara ummi kedengaran. Kami memandang ke arah yang sama. Tidak pula kelihatan ummi di mana-mana.

“ Amboi.. Adik ingat tone ummi je yang boleh kalahkan Ning Baizura, tapi mata ummi pun lebih tajam dari Edward Cullen!”

Aku dan Aisya sama-sama ketawa. Pantas kami menyarung selipar dan menapak pulang ke rumah yang terletak tidak sampai 500 meter daripada situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience