BAB 3

Other Completed 4028

“ Nanti balik belajar elok-elok ye, angah. Abah yakin dengan anak abah. Anak abah mesti boleh buat yang terbaik punya!”

Aku senyum tika mendengar pesanan abah. Tubuh itu aku peluk erat. Berakhir sudah cuti semesterku, dan ini bermakna, aku akan memulakan semester kedua minggu hadapannya. Ah, sudah hampir setahun aku menjadi anak perantauan.

“ Angah, kalau nak cari calon suami, jangan cari yang jauh-jauh, pilih yang dekat je. Nanti susah pulak nak dapatkan persetujuan abah. Buat macam along pun tak apa,”

Kali ini, aku ketawa mendengar pesanan ummi. Aku tahu dia sekadar bergurau. Masakan usia semuda aku sudah disuruh mencari calon menantu buatnya. Oh, tidak!

“ Ummi, jangan nak mengada. Angah, pergi sana belajar. Abah tak nak angah ada pakwe. Belajar tu yang penting,”

“ Ummi, kali ni angah setuju dengan abah. Angah akan ikut pesanan abah. Hehehe,” ujarku seraya memeluk tubuh ummiku pula. Ummi mencium dahiku. Sebak terasa. Ya Allah.. kini aku faham perasaan yang dialami oleh along. Perasaan berjauhan dengan keluarga.

“ Dah, bas dah sampai tu. Nanti lambat pulak. Jaga diri angah. Jaga peribadi,” itulah pesanan terakhir abah sebelum aku menghilangkan diri ke dalam bas.

Di dalam bas, aku mula memikirkan tentang diriku sendiri. Ya, kata-kata ummi tadi membuat aku terfikir tentang dirinya. Sudah lama aku mempunyai rasa buat dia yang aku kenali melalui temannya itu, namun tidak pernah sekalipun aku berbicara dengannya. Aku hanya beberapa kali bertembung dengannya bersama teman yang sekelas denganku itu.

Hairan kan? Bagaimana aku boleh jatuh hati kepadanya?Aril Ridzuan. Mesra disapa dengan panggilan Aril. Senyuman dialah yang membuat aku jatuh hati kepadanya. Pelik, kan? Semudah itukah aku jatuh hati? Ya! Kerana dia punya ciri-ciri lelaki idaman aku. Pertama kali aku berjumpa dengan lelaki yang punya ciri-ciri idamanku, tika itu jugalah aku jatuh hati kepadanya.

Bagaimana aku bertemu dengannya? Melalui laman sosial fac. Tika itu, aku sudahpun berkawan dengan temannya yang bernama Aidil Muaz itu. Kebetulan, Muaz itu sekelas denganku untuk kursus Pengurusan Perniagaan. Aril yang mula-mula membuat permintaan untuk menjadi temanku di fac, dan aku menerima. Hanya ucapan terima kasih yang aku berikan tika itu. Tidak lama selepas itu, barulah aku perasan akan kehadirannya. Dia juga satu jurusan denganku. Ah, tika itu aku juga terfikir akan kemungkinan, “adakah dia jodohku?”.

Apa ciri lelaki idamanku yang ada padanya? Dia bercermin mata. Dia tidak lokek dengan senyuman, sentiasa membuat semua orang rasa selesa dengan dirinya. Tetapi, ciri yang membuat aku jatuh hati padanya ialah, dia seorang yang agak pendiam, tetapi setiap kali pasti ada unsur humor di dalam dirinya. Maksudnya? Pernah suatu ketika, salah seorang pelajar jurusan kami membuat lawak, tetapi tiada sesiapa pun yang ketawa, dan tiba-tiba, di penjuru sana, kami mendengar seseorang ketawa. Tika berpaling, aku melihat dia sedang ketawa sambil menepuk-nepuk Muaz, dan ketika itu jugalah semua orang ketawa. Untuk apa, aku sendiri tidak pasti. Tetapi, aku sendiri ketawa melihat tingkahnya. Ah, bila hati sudah suka, apa-apa pun nampak comel, bukan?

“ Amboi.. Senyum sorang-sorang nampak. Apa yang lucu sangat tu?” teguran Syafa membuat khayalanku tentang dirinya terbang.

“ Eh. Tak ada apa-apa. Teringat kat family,” bohongku. Syafa mencebik bibirnya. Aku senyum. Kemudian, dia kembali hilang dalam mimpi indahnya. Aku pula hanya memandang ke luar. Memandang ke arah kepekatan malam dari dalam bas itu. Tiada siapa yang tahu tentang rahsia hatiku yang satu ini. Mana mungkin aku ceritakan kepada Syafa sendiri tentang lelaki itu sedangkan dia sendiri mengenali lelaki tersebut. Aduh, Aril.. kenapa harus rasa rindu ini bertapak buatmu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience