BAB 1

Other Completed 4028

Doa menurut Islam ialah ‘pengharapan seseorang untuk mendapat kebaikan daripada Allah SWT dengan memohon secara langsung kepadanya’. Setiap individu mempunyai keperluan dan keinginan masing-masing sama ada secara positif atau negatif, kerana mereka terpaksa menghadapi pelbagai ragam hidup yang berupa cabaran, halangan, dugaan dan lain-lain.

Justeru mereka berdoa kepada Allah SWT memohon limpah perkenan dan rahmatnya supaya hajat mereka termakbul. Kita disyariatkan berdoa untuk kebaikan diri, keluarga, sahabat, sesama Islam hatta kepada bukan Islam sekali pun supaya mereka diberi taufik dan hidayah oleh Allah SWT.

Allah SWT menyuruh kita berdoa dan memohon restu daripadaNya. Allah SWT berjanji memperkenankan permohonan yang diminta oleh mereka sebagaimana firmanNya dalam surah al-Mu’min ayat 60 yang bermaksud: “Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku akan perkenankan doa permohonan mu”.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience