BAB 5

Other Completed 4028

“ Ha? Seriously??!! Syafa tak tipu Aira kan??”

Anggukan Syafa membuktikan bahawa dia benar-benar serius dengan kata-katanya. Aku diam di tempat dudukku. Seakan tidak percaya dengan apa yang dikhabarkan oleh teman rapatku itu.

“ Tapi macam mana Syafa boleh..”

“ Syafa dah jatuh hati pada dia sejak pertama kali jumpa dia. Syafa pun tak pernah sangka yang Syafa akan jatuh cinta pada dia. Aira.. nak buat macam mana ni.. Aira pun tahu, ni kali pertama Syafa jatuh cinta..”

Aku diam. Bukan aku tidak pernah mengagak tentang perkara ini, tetapi aku hanya khuatir telahanku tidak tepat, dan kini, empunya diri sudah mengaku segalanya kepadaku. Memang aku tidak silap menduga Syafa punya rasa terhadap dirinya!

“ Tapi kenapa Syafa tak beritahu Aira dari dulu lagi? Kenapa Syafa ambil masa yang lama untuk berterus-terang dengan Aira?”

Syafa tunduk. Aku tahu, dia rasa bersalah kepadaku. Bersalah kerana telah menyembunyikan perasaannya dari pengetahuanku. Tapi, aku yakin dia punya alasan sendiri atas tindakannya itu.

“ Syafa minta maaf, Aira. Silap Syafa sebab tak berterus-terang dari dulu. Syafa takut apa pula kata Aira kalau Syafa beritahu benda ni pada Aira. Syafa takut Aira..”

“ Aira apa?”

“ Aira ada perasaan pada dia juga!” Nah! Itulah sebab mengapa dia melindungi rasa hatinya kepada jejaka itu daripada pengetahuanku! Kerana dia khuatir aku juga punya rasa yang sama!

“ Kenapa Syafa boleh fikir macam tu?”

“ Sebab Syafa selalu perasan.. Aira selalu pandang dia. Aira kan teman dia, dan Aira terlebih dahulu kenal dia. Tak mustahil Aira pun ada perasaan pada dia, kan?” kata-kata Syafa menebak jantungku. Rupa-rupanya ada orang lain yang perasan akan pandangan mataku kepada jejaka tersebut, tetapi cuma telahannya tidak tepat!

“ Syafa.. Syafa salah faham,”

“ Apa maksud Aira? Selama ni Syafa selalu tengok Aira pandang ke arah group mereka. Mustahil Aira tengok Kayrul pulak kan? Aira tak pernah berkawan dengan dua orang lagi tu. Kawan Aira cuma dia kan dalam group tu?”

Aduh! Bagaimana aku harus ceritakan segalanya kepada gadis ini? Adakah ini waktu yang paling sesuai untuk aku kongsikan rasa yang ada buat lelaki itu kepada temanku ini? Aku benar-benar keliru. Tidak berterus-terang bermakna aku akan membiarkan Syafa terus salah sangka. Jika aku meluahkan, aku bimbang lain jadinya.

“ Syafa minta maaf, Aira.. Kalau Syafa tahu Aira pun ada perasaan pada dia, sungguh! Syafa takkan jatuh cinta dengan dia! Syafa minta maaf sangat-sangat..”

“ Syafa, bukan salah Syafa kalau Syafa jatuh cinta pada dia. Lagipun, Syafa yang terlebih dulu sukakan dia. Aira sendiri tak boleh halang kalau perasaan tu ada dalam hati Syafa,”

Jelas di mataku kesedihan yang Syafa tanggung. Mungkin dia tidak menjangka aku juga punya rasa yang sama pada lelaki yang dikasihinya.

“ Tapi, memang Syafa salah faham. Aira memang tengok ke arah kelompok mereka selama ni. Tapi pandangan Aira bukan pada Muaz..”

“ Ha?! Maksud Aira??”

“ Aira sukakan kawan kepada Muaz..”

“ Aril?”

Sungguh pantas gadis ini meneka. Aku melepaskan keluhan, seraya mengangguk perlahan. Jika tadi aku melihat wajah itu suram, tetapi kini wajahnya kembali ceria. Mungkin gembira kerana kami menyukai orang yang berbeza.

“ Alhamdulillah.. takut betul Syafa kalau Aira betul-betul suka dekat Muaz tadi..”

“ Kenapa, takut Aira masuk line dulu sebelum Syafa ek..”

“ Aira ni! Memandai je..”

Kami sama-sama ketawa. Akhirnya, rahsia hatiku bocor jua. Jika dulu, rasa hatiku itu aku simpan sendirian, kini tidak lagi. Sudah ada Syafa yang dapat aku kongsikan segala rasa tentang lelaki itu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience